Tuesday, December 16, 2008

hadiah tok bush sempena krismas

ayat dianyam oleh yana yahya at 2:29 PM 0 nak jugak..!!

semalam aku rase satu dunia terkejuz ngan berita nie kan...
binatang kat zoo pon akan terkejuz gak...
satu planet bumi la terkejuz+berbaur suka
aku yang ngah sempoi2 relax atas kerusi sambil menunggu buletin utama..terbuntang mata aku ngar berita nie...'BUSH DI BALING KASUT'
lebih kurang gitu la ayat penyampai buletin utama..
statik..kaku aku seketika...
aku pon tinggikan volume tv
biar org sebelah umah dgr gak...hehehe..kalu leh aku nak pasang speker biar satu taman dgr gak...
tapi konpom la ea pon de tv leh tgk sendiri(aku bermonolog sendirian)
lepas abes je panyampai tu bace yang patot..
aku pe la gelak jahat sejahatnya..(gelak sopan)hahahaa
tapi xde la gelak mcm orang gila...kang x pasal2 kena marah ngan mak aku
memang padan muka dia pon
kasut bersaiz 10 dibaling ke arah bush
tapi sayang x pulak mengena di kepala...
tapi x per..percubaan yang baik
si bush nie pon pandai lak elak....nie yang membuat jiwa aku kaco seketika!!
aku rase hadirin yang ade dalam temubual tersebut sokong kot tindakan si pembaling nie..tetapi memandang nak kena ..kalu x sokong alamat bukan rakyat iraq sejati la..
maybe ea org nak
jaga adab,terpaksa la kot buat ape2 yang patot nak selamatkan si bush nie..
aku tengok perdana menteri iraq muka kering je..selamba je....aku tgk pon nak tergelak gak
x de pon tanda2 lak ea nak protect si bush nie...maybe dlm hati ea kata....."syabas mera beta"...
"baling lagi...x cukup amik kasut orang sebelah"-nie (perdana menteri iraq sedang bermonolog sendiri)...hahahahaha
---terkejuz katakan-----
nie la hadiah yang paling sesuai tuk si bush
nie pon kira cipot je
tu x kira lagi ape yang ea dah bowat pada rakyat iraq....rakyat iran(era bapak ea dulu)....rakyat palestin....



gaya si pengecut----------------------->

HADIAH HARI NATAL BUSH

ayat dianyam oleh yana yahya at 2:11 PM 0 nak jugak..!!
HE DESERVED FOR THAT!!!!!!!
Bush dibaling kasut
DIAIBKAN... (Gambar besar) Muntadar Al-Zeidi bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, semalam manakala gambar di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil melaungkan “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.” Bush mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostum ketika Muntadar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush sambil diperhatikan oleh Nuri Al-Maliki yang tergamam. – AP

BAGHDAD 15 Dis. – Seorang wartawan Iraq membaling sepasang kasut ke arah Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush semasa lawatan perpisahan beliau ke Iraq, semalam.
Insiden itu menonjolkan kebencian mendalam yang terus dirasai di negara ini terhadap Bush yang mengakui perang di Iraq masih belum dimenangi.
Wartawan berkenaan, Muntazer al-Zaidi bangun sewaktu Bush mengadakan sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Malik seraya menjerit dalam bahasa Arab, “ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing!” lalu membaling kasut yang dipakainya.
“Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq,” jerit Muntazer, wartawan untuk televisyen Al-Baghdadia, sebuah stesen milik Iraq berpangkalan di Kaherah.
from: utusan malaysia
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea