Friday, May 28, 2010

menantu ke antoooo

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:04 PM 0 nak jugak..!!
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas
semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka
, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Super Junior’s new song BONAMANA is out!

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:51 PM 0 nak jugak..!!



at-10-tion---- at-10-tion
for all ladies out there

lagu terbaru dari super duper grup bes ever from korea
which is

SUPER JUNIOR


officially released on 13 th may 2010.

TAJUK LAGU :BONAMANA

yang bermaksud: beauty-pretty-canteek
of coz la lagu lagu dia org semestinya berkaitan ngan pompuan
x kan la laki kot
x sesuai...


sepatutnya ada 13 org member
TETAPI
untuk kali ini hanya ada 10 orang sahaja
yang x de ialah

kibum: cibuk berlakon xabes- abes
kangin: continue military services
hangeng: kena gantung sementara sebab kes saman ari tu la


seyes beb!!! lagu nie sangat F.U.N.K.Y


sedap didengar




nota jari: selamat mendengar
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea