Thursday, December 16, 2010

leap year

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:46 AM 0 nak jugak..!!


perhatian

aku jarang tengok citer cinta



tetapi macam mana ntah tetiba tertengok citer nie


tapi citer nie memang best


mata aku pon tak mengantuk lagi nie

meh aku citer sikit kat ampa




Leap year

Mengisahkan seorang perempuan bernama anna.dia merupakan seorang perempuan yang boleh dikatakan berjaya dalam hidupnya.seorang yang cantik dan comel,

merupakan penghias rekaan dalaman, dan juga mempunyai seorang teman lelaki yang sangat hebat iaitu seorang cardiologist iaitu pakar jantung.Pada pandangan wanita lain, Anna memiliki hidup yang sangat-sangat sempurna, tetapi bagi Anna dia merasakan tidak. Ada kekosongan di dalam hidupnya.Walaupun pun sudah bersama hampir empat tahun dengan teman lelakinya, tetapi sehingga sekarang teman lelakinya belum pernah melamarnya untuk berkahwin.

Teman lelakinya Jeremy boleh dikatakan handsome dari segi luaran, merupakan seorang doktor pakar jantung dan hidupnya sangat sibuk dengan kerjayanya. Walaupun sibuk tetapi dia masih meluangkan masa bersama anna. Dia merasakan dia tidak perlu berkahwin buat masa sekarang, dan hanya menumpukan kepada kerjaya nya, dan dia juga beranggapan bahawa anna juga mempunyai pemikiran yang sama dengan beliau,tetapi jauh di dalam hati anna sudah mula ingin berkahwin

Kisah ini bermula apabila anna terdengar tentang cerita tahyul irish yang berkenaan dengan leap year atau tahun lompat. Menurut cerita tersebut, perempuan dibenarkan untukmelamar lelaki tersebut berkahwin,dan ia hanya boleh dilakukan pada tahun lompat tersebut sahaja. Maka , anna telah mengambil keputusan untuk ke Dublin , memandangkan teman lelakinya sedang berada di sana kerana terlibat dengan cardio conference, dan juga anna telah mengambil keputusan untuk propose teman lelakinya berkahwin pada tarikh 29/2

Maka bermulah perjalanan anna ke Ireland.tetapi terdapat masalah berlaku dan

akhirnya dia tersadai di sebuah daerah bernama Dingle. Disinilah dia berjumpa dengan ‘the truly soulmate’, iaitu Declan.declan pada pandangan aku , merupakan seorang lelaki yang sangat sederhana rupanya dari segi luaran dan dalaman. pemilik bar, sangat praktikal, little bit romantic,protector,gentleman dan baik .setiap kali aku tengok cerita ini, berkali kali jugalah aku jatuh cinta dengan dia.kalau menurut definasi penulis lain yang menulis cerita ini, dia boleh dikatakan lelaki idaman wanita.

Memandangkan anna begitu teringin sangat ingin berjumpa dengan pakwe dia, maka dia mengupah Declan as driver untuk membawanya ke Dublin tepat pada masanya.akhirnya Declan setuju dengan syarat membayarnya sejumlah wang(sebenarnya wang itu digunakan untuk membayar hutang barnya)

Dalam perjalanan ke Dublin, macam -macam perkara berlaku antara anna dan juga Declan. Pada hematnya anna, Declan merupakan seorang yang kasar, tidak bertimbangrasa, tidak pandai menjaga sensitiviti wanita, tetapi akhirnya pandangannya terhadap Declan juga turut berubah.Begitu juga Declan,pandangannya terhadap anna juga berubah. Dalam perjalanan ke Dublin, membuatkan mereka rapat dan mula mengenali antara satu sama lain.

Akhirnya , Declan berjaya membawa anna berjumpa dengan Jeremy,tapi sewaktu perpisahan tersebut, barulah mereka sedar bahawa mereka sudah jatuh cinta.tetapi masing-masing terpaksa memendam disebabkan keadaan waktu itu yang tidak mengizinkan….maka terpisahlah mereka buat seketika..

Anna bersama dengan Jeremy….

Dan declan kembali ke dingle meneruskan hidupnya sebagai lelaki biasa

Selang beberapa bulan………………..

Akhirnya, Jeremy telah melamar anna untuk berkahwin….itupun Jeremy melamarnya sewaktu anna di dublin

Tetapi di dalam hati, anna tidak bahagia dengan lamaran tersebut….

Dia masih teringat dengan seorang lelaki yang dia pernah kenal….

Anna menerima lamaran tersebut

Suatu majlis dilakukan untuk meraikan peristiwa gembira itu

Tapi entah kenapa anna masih memikirkan lelaki tersebut

Pada waktu itu jugalah, anna mendapat tahu bahawa Jeremy berkahwin bukan atas faktor cinta tapi tuntutan kerja. Dimana sekiranya mereka ingin mendapat sebuah apartment yang dia orang inginkan(sebab sebelum ini, anna and Jeremy ada apply satu apartment yang gorgeous nie), pemiliknya perlu berkahwin.atas sebab itu, Jeremy berkahwin dengan anna

Maka

Anna telah mengambil keputusan meninggalkan Jeremy

Maka berterbanganlah anna dari boston to ireland

Of coz la, ending dia Declan dan anna bersama

Happily ever after

Dialog best dalam filem nie sewaktu anna melamar Declan

ANNA: “Declan O’ Callaghan, here is my proposal”. I propose we not, make any plans, we should give a chance let it work out, and how it works out. Do you want to not make plans with me

( waktu nie anna mcm nak ajak jadi boyfriend dia la)

tapi declan diam dan pergi,sebab dia tengah ambil sesuatu

after a moment(when he went get his mother’s ring , and left anna alone. Suddenly Anna running away from his bar and go to sea)

DECLAN: Mrs O’bradycallaghan. Where The Hell Are You Going

ANNA; You Say No

DECLAN: I Didn’t Say No, I Didn’t Say Nothing

ANNA; You Walk Away

DECLAN: I Get Something

ANNA: Really? That Was Agood Time To Get Something?

DECLAN: Yeah Actually

SUDDENLY, HE SHOWS THE RING TO ANNA

DECLAN: You Big Idiot, I Wouldn’t Be Holding This Ring If It Weren’t For You

I Reject Your Proposal, I Don’t Want To Not Make Plans With You

BUT, I WANT TO MAKE PLANS WITH YOU



oh god..waktu itu,hati caiq habes....macam dia polak propose aku..hahahahaha


 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea