Friday, June 18, 2010

remaja dulu VS remaja kini

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:35 PM 2 nak jugak..!!
Remaja dahulu...

Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...

Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool' la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk sertai peperangan...
Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...
[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan diterima, InsyaAllah....

Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...
[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey... .

Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul 6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...

--------------------------------------------------------------------------------


Remaja Kini...


Remaja...
Dimanakah mereka??
Dimanakah mereka ketika ini??
Yang dimana pada suatu hari nanti,
Kan mentadbir dunia ini,
Suatu hari nanti...

Remaja kita,
Telah ditipu dunia yang fana,
Lalai dan leka,
Dari mengingatiNya...

Hancurlah dunia!!
Hancurlah Islam!!
Jika dirimu sebegini rupa,
Remaja Islam kini,
Hubbu dunia bermaharajalela,
Hubbu akhirat kau palingkan,
Dihanyut ombak penipuan,
Oleh manusia bertopengkan syaitan...

Duhai remaja...
Bangunlah,
Bangunlah remaja,
Dari tidurmu yang lagha,
Ayuh bangunlah,
Ayuh kembalilah,
Ke pangkal jalanNya,
Ayuh!!
Lahirkanlah generasi dahulu..

Insaflah!!
Ayuh bangkitlah!!
Engkau harapan dunia,
Tegakkanlah sinar harapan..

AYUH!!

Bangkitlah remaja harapan dunia,
Buktikanlah keluhuranmu,
Buktikanlah,
Generasi dahulu,
Telah kembali,
Bebaskanlah dirimu,
Dari kejahilan yang membelenggu,
Ayuhlah remaja!!
Kita berjihad di medan ujian,
Sanjunglah panji-panji keimanan,
Kerana disana menanti syurga idaman,
Duhai Remaja Harapan.

f.r.i.e.n.d.s.h.i.p a.n.d .l.o.v.e

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:34 AM 0 nak jugak..!!

aku kenal kau
kau kenal aku
kau tinggi
aku rendah.
dulu kau kata "nape suka tgk aku"
aku kata"mana de aku tgk kau..aku tgk kawan kau yg hencem tu..jgn perasan"
sesungguhnya aku cakap betul
kita jadi kawan lepas tu
tak lebey dari kawan
aku hanya anggap kau sebagai kawan
selepas setahun kau minta aku jadi lebey dari kawan
aku kata"bt lawak ek??"
aku tak mau...
kita tetap berhubung
kau di kutub selatan
aku dikutub utara
perhubungan jarak jauh x akan menjadi..
dan aku x percaya perhubungan mcm ini

kau x marah aku menolak
malahan kita tetap kawan'
tahun kedua di uni,kau minta perkara yang sama
aku hanya gelak
ada suatu hari kau tepon citer pasal probs kau..
seyes..itu lah conversation thru phone yg paling lama penah aku buat
sampai panas telinga aku
tapi..
apa gunanya kawan
menjadi pendengar yang setia..


selepas tiga tahun kau menunggu
aku rase kau penat menunggu
aku perasan kau sudah
kurang msg..
kurang bertanya khabar

rupe-rupenya.kau dah berpunya
sebab tu kau diam
nape x bagi tahu aku
sampai aku tahu dalam laman sesawang tu..
kalu tanya aku
adakah aku terkilan..
mungkin ye..

dan sekarang
aku lihat kau sangat bahagia..
sangat bahagia
aku pun tumpang bahagia
lepas nie akan ade telinga yang sanggup jd pendengar untuk kau
bukan aku
tapi dia.

lastly:semoga berbahagia

remember,you still my friend and always be like that



l
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea