korang..korang...dah tengok surat kabo belum
kalu belum, meh usha citer paling menarik dlm surat kabo ari nie
BENGANG... Recep Tayyip Erdogan berjalan keluar melintasi Peres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa (kanan sekali) selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu keganasan rejim Zionis pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, semalam. – AFP......................................................................................................................................................................
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi
Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.
Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB,
Ban Ki-moon selepas dia ‘dipaksa’ memendekkan ucapannya mengenai isu keganasan Israel itu.
Erdogan sedih kerana hadirin yang terdiri daripada elit politik dan tokoh perniagaan memberi tepukan menyokong ucapan Peres mengenai kewajaran serangan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,300 penduduk..
Sekembalinya dari Davos, Erdogan semalam diberi sambutan sebagai wira oleh ribuan rakyatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul
.................................................................................
inilah wira sebenar yang kta cari dlm memerangi masalah israel palestin
.......................................................................................................
p/s:emmm..ari tu wartawan dari iraq dah bowat perkara tergempak sekali di muka bumi nie ngan melempar kasut ke arah Bush(director yg menyebabkan malapetaka di iraq n palestin)
ari nie perdana menteri Turki pulak lakukan benda yang sama...tapi cara yang sungguh berbeza. n berstail.(juga mengenai palestin)
emmm...penulis masih menunggu wakil dari mesir pulak...bila ye???
klik di bawah nie ye