Sunday, March 20, 2011

jangan remehkan sesuatu kebaikkan

ayat dianyam oleh yana yahya at 3:39 PM 0 nak jugak..!!


oh selamat tengahari...merangkap petang
saat ini ,hujan turun dengan lebatnya..
sepatutnya time hujan macam nie mesti korang dah membuta tuli kan
aku pon ade niat nak buat macam tu, tp ati nie xde feel pulak nak tido...
walaupun bantal sejuk(bukan bantal busuk) dah mula memanggil-manggil...
sesungguhnya iman ku terlalu kuat untuk menepis godaan si bantal sejuk itu
maka ku langkahkan kaki ku ke laptop dan mula bercadang nak stalker orang...
jeng.....jeng...jeng.....

btw,ari nie xde sape nak di stalker
mulalah aku bukak blog aku yang dah keusangan di mamah usia..
sebenarnya, tujuan aku menulis aku nak share la sedikit ilmu yang aku dapat sewa
ktu pergi ceramah pagi tadi..

hati berkata:" seyes yana pergi ceramah....apakah dunia dah terbalik ke?"

otak kata:"betul la...ari nie dia bangun awal seh....sebelum subuh dia dah bangun

tangan:" kalu x caya tengok tu, dia dah sterika baju kurung dia tu nak pegi sana"

mata:" haaah, betul la....."

semua organ berkata:"yana, si pemilik tubuh nie dah berubah la......

jeng......jeng....jeng.......

btw, itu cuma drama semata-mata..
dan lagi satu aku bukan nak heboh satu kampung yang aku pergi ceramah
tujuannya adalah aku akan share ngan korang apa yang aku dapat..
jangan pikir or berperangsangka buruk..

secara jujurnya, dah lama aku x pegi ceramah yang berbentuk rohani nie..
boleh dibilang dengan jari..
itulah lah satu kerugian yang aku rasa sangatlah sewaktu berpindah ke hukm..
kalu dulu, kat ktsn ade jugak lah usrah...ceramah kat surau..
tapi sekarang sibuk memanjang..
salah aku jugak tak mencari....(jangan terlalu memberi alasan ,yana)

berbalik kepada tadi..
alhamdulillah ari nie, berkesempatan dapat pergi ceramah
itu pun mendapat undangan dari adik junior nursing..
ceramah disampaikan oleh DR....jap..lupa lak nama...nak amik buku jap...

1 minit kemudian


5 minit kemudian







7 minit kemudian

hah jumpa dah..nama dia DR. ariza muhammad
pakar o&g Hospital Ampang.
so, dia lah bagi ceramah..
orang dia humble...bahasakan dirinya makcik lagi...
orangnnya sangat sibuk..sebelum dtg dia kata dia pergi kelas hadis...(dlm ati kagum2)
sebab tu sampai lewat..

so tajuk yang diberikan adalah berkenaan:"you choose the path"
tajuk berkenaan dengan pilihan yang ada dan pilihan apa yang anda pilih.
so ceramah yang berlangsung selama 2 jam, ade beberapa intipati yang sempat aku tulis

1-sesiapa yang meringankan satu kesulitan hamba lain, maka ALLAH akan ringankan kesulitannya di padang mahsyar.

sebagai contoh yang kita boleh ambil, nie pon contoh terdekat
(contoh-contoh yang diberi oleh dr itu sendiri)
kalu pt/pesakit tu ngah sesak nafas, dimintanya kita angkat katil/prop ups,...itu pun dah dikira pahala, sebab kita dah singkir or usir kesulitannya yang di hadapinya.
pt nak termuntah, disuanya plastik itu pun sudah dikiranya membantunya.
pt nak pergi tandas, pt nak kencing...itu pun dah mendapat pahala.
yela...sesentengah orang meremehkan kerja tu..
kata jijik la...tu bukan kerja kita la...ape la..itu la..ini la..
DR tu kata...orang itu tidak tahu ape yang pt rasa selagi dia x menjadi pesakit itu sendiri.
bayangkan kalu diri anda terbaring di katil hospital
sedangkan kita very severly nak kencing..tapi x de org nak bantu..
ape perasaan anda???
kita akan paham ape yang orang rasa bila kita jadi pesakit..
DR.kata hati kena ikhlas..
anda yang menentukan ia bagus atau pun tidak.


2-janganlah kita meremehkan sesuatu kebaikan, walaupun kecil

bak kata makcik(tukar lah pulak)...
kerja yg dibuat mesti disertai dengan niat yang betul
tugas kita sebagai perseorangan yg memberi perkhidmatan kepada orang lain
doktor dengan pesakit
nurse dengan pesakit
or paramedic dengan pesakit.
semua itu perlu dilakukan dengan niat nak membantu
janganlah kamu meremehkan kerja yang dilakukan
kerna setiap itu adalah amanah..
setiap itu kebaikkan

(btw, waktu nie memang betul-betul bukak minda aku..kadangkala aku pun mengeluh jugak ngan apa yang aku buat, x dinafikan
malas nak pi posting....malas nak buat tu..mengeluh jugak kadangkala kena bt mende remeh..
lagi lagi buat ecg...
adik ecg...
adik lepas nie ecg sini yek..
lepas tu repeat lepas 30 minit..
itu adalah salah satu contoh yang sering dirungutkan oleh rakan-rakan aku dan juga aku)

so, pesanan :jgn meremehkan sesuatu kebaikkan, walaupun kecil ..
ingat ye kawan-kawanku sekalian


3-setiap orang didepannya, terbentang pilihan sama ada
- the road travelled by majority
or
-the road less travelled.

mana satukah anda..tapi kadangkala pilihan yang kita buat adalah berdasarkan kepada majoriti
perasan tak..
ikutlahlah mana satu
sekiranya nya pilihan yang kita buat itu membawa kebaikan..makan tegakkan pendirian anda
walaupun anda terpaksa memilih"the road less travelled"



4-ikutlah fitrah yang ditetapkan oleh allah..

(btw, aku x berapa fokus sangat sebab dah mula menguap-guap macam rimau dah)
huhuhu


5.sebenarnya, dugaan hamba yang diberi nikmat melihat dan mendengar lebih banyak dari orang buta dan pekak

agak-agak paham x ayat di atas
yela godaan tenet yang mengandungi mende-mende yang x patut ade.
tgk orang seksi la
pendek kata, x jaga mata la
lagi banyak yang disediakan untuk mata kita melihat, lagi cenderung kita melakukannya.
betul tak.
kita kurang menjaga mata..
berbanding orang buta..
oleh tu adalah salah anggapan sekiranya
orang buta lebih banyak menerima dugaan..
sebenarnya orang yang celik lagi bergunung dugaan sedang menanti mereka.

so, jangan dok cuci-cuci mata selalu


6-janganlah kamu mengumpat kerna ia diibaratkan seperti memakan bangkai saudara kita sendiri


itulah sahaja yang aku dapat sepanjang ceramah tadi..
moga-moga leh diambil iktibar dari apa yang disampaikan...


(p/s: penat tul menulis amik masa 2 jam nak mengarang..adei..)

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea