Sunday, August 29, 2010

kenapa

ayat dianyam oleh yana yahya at 2:05 AM 0 nak jugak..!!
"nape setiap kali aku memasang- angan yang tinggi
dan setiap kali juga,akan ada yang cuba merobohnya sheingga menjadi butir-butir pasir"
kenapa..

aku

ayat dianyam oleh yana yahya at 1:24 AM 0 nak jugak..!!
aku
aku bukan perenang yang bisa mengharungi lautan
melawan ombak mendatang
tapi aku bisa menyelam
mencari butiran tiraman
untuk ku jadikan ilham

aku bukan pemanah
yang sering menepati sasaran
bila panahan dilepaskan
tapi aku bisa melempar menepati garisan bertanda
walau kekadang aku tersasar

aku bukan penyair
yang bisa memukau pembaca
dengan susunan kata puitis
tapi aku bisa menulis
walau hanya aku yg mengerti
makna tersirat dibalik baris

aku bukan cendekiawan
juga bukan hartawan
aku bukan sesiapa
aku hanya manusia
yang cuba menjadi insan
dan bukan sekadar orang

........................................................... yana yahya

Wednesday, August 18, 2010

sajak tuk MR.ramadhan

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:06 PM 4 nak jugak..!!

Ramadhan,

Pergi mu dulu,

Satu kehilangan,

Kini,

Kau menjelma lagi,

Membawa seribu satu keberkatan..

Ramadhan,

Tahukah kamu kedatangan mu

Di nanti,

Setelah lamanya tidak bersua,

Aku amat merindui kamu

Tahukah kamu

Kusambut mu dengan bunga-bunga mewangi

Kuhiasi cintaku kepada mu

Ramadhan

Adakah kau membawa kabar dari syurga

Perdengakanlah.

Ingin sekali aku merasainya,

Keindahan syurga itu

Tumpuan mukminin sejati

Pada mu lah

Mereka menyemai rasa cinta pada illahi

Padamu lah mereka menanam bekalan esok hari

Padamu lah mereka mengharapkan keberkatan

Agar semaian hari ini dapat dituai

Untuk persembahan di Padang Mahsyar.

Ya ALLAH

Tima kasih ya ALLAH

Kerana kau kembalikan pada kami bulan penuh

Kenikmatan,keberkatan,kesejagatan.

Moga ia akan kembali

Pada masa akan datang.....





nota jari:aku x tau sama ada aku dah pernah post belum

tapi hati aku tergedik-gedik jugak suh post dlm nie....

dah lama aku x menulis...

senang2...

berilah komen....

Friday, August 13, 2010

bab-bab terasa nie...necrosis dah kot

ayat dianyam oleh yana yahya at 2:34 AM 0 nak jugak..!!
tadi ada orang perli saya...
guess what...saya terasa
rasanya kalau cakap/tanya betul-betul depan saya lagi baik
kan x pasal-pasal saya kutuk/marah awak berkilo-kilo kati dalam hati saya
tengok....kan dah kurang pahal puasa saya hari nie...
by the way,x semua apa yang awak nak ,akan awak dapat..
x semua apa yang awak rancangkan ,akan berlaku seperti apa yang awak inginkan...
ingat tu wahai saudari ku......

Friday, August 6, 2010

selamat berposa

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:02 PM 1 nak jugak..!!
minggu depan,insyaallah kita akan menyambut ramadhan almubarak
minggu depan jek
tinggal beberapa hari je lagi
sekejap je masa berlalu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
itu je la yang aku nak tulis.
.
.
.
.
xde idea nak menulis bila perut lapar.
.
.
.
.
.
.ape pon selamat berpuasa

Monday, August 2, 2010

tiket tuk raya dah bes

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:03 PM 1 nak jugak..!!

perhatian-perhatian
kepada pengguna tegar gerabak kereta api ktmb
dari R1-R4
amat malang bagi kamu sekiranya kamu ingin pulang ke kampung
berhari raya(walhal puasa pon belum)
pada 8/9/2010
ini kerana tiket ekonomi semua nyer da abes dilesap
oleh pengguna gerabak ekonomi yang paling tegar di malaysia
sesungguhnya pilihan yang ada bagi kamu adalah
tiket -tiket yang yang memerlukan kamu mengeluarkan not-not duit yang lebih besar

baru ingat nak bajet tapi hampeh
bertambah lah perbelanjaan aku
so,terpaksa la aku membeli tiket yang lagaknya tuk org2 berada
walhal yang cuma membezakan ekonomi ngan kelas-kelas gerabak yang len
hanya lah warna kerusi...
sighhhhh


-semua jadi gabra bila cakap pasal tiket raya-



especili aku la

huhuhuh
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea