Ramadhan,
Pergi mu dulu,
Satu kehilangan,
Kini,
Kau menjelma lagi,
Membawa seribu satu keberkatan..
Ramadhan,
Tahukah kamu kedatangan mu
Di nanti,
Setelah lamanya tidak bersua,
Aku amat merindui kamu
Tahukah kamu
Kusambut mu dengan bunga-bunga mewangi
Kuhiasi cintaku kepada mu
Ramadhan
Adakah kau membawa kabar dari syurga
Perdengakanlah.
Ingin sekali aku merasainya,
Keindahan syurga itu
Tumpuan mukminin sejati
Pada mu lah
Mereka menyemai rasa cinta pada illahi
Padamu lah mereka menanam bekalan esok hari
Padamu lah mereka mengharapkan keberkatan
Agar semaian hari ini dapat dituai
Untuk persembahan di Padang Mahsyar.
Ya ALLAH
Tima kasih ya ALLAH
Kerana kau kembalikan pada kami bulan penuh
Kenikmatan,keberkatan,kesejagatan.
Moga ia akan kembali
Pada masa akan datang.....
nota jari:aku x tau sama ada aku dah pernah post belum
tapi hati aku tergedik-gedik jugak suh post dlm nie....
dah lama aku x menulis...
senang2...
berilah komen....