Tuesday, July 12, 2011

*-*

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:51 PM 0 nak jugak..!!

alhamdulillah...ya ALLAH

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:02 PM 0 nak jugak..!!



orang kata kalau nak beryukur dengan apa yang ada cuba tengok alam..
tilik betul-betul seisinya
lihat bagaimana prosesnya..fikir bagaimana ia terjadi
aku pun cuba mengambil pendekatan yang sama, tapi dari sudut yang berbeza
sedang memerhati burung-burung berterbangan kat depan pokok rumah aku
sambil diri di atas buaian... terbuai-buai sampai pening..
yeah memang pening...so mula decide untuk menghentikan ayunan buaian
aku menaip apa yang aku rasa...


tetiba hati nie rasa bersyukur kerana selama 23 tahun hidup, ALLAH banyak membantu dan banyak mempermudahkan urusan ku..
kadangkala aku pun lalai, lupa..banyak dosa juga yang aku buat
..tapi aku tak lah menjadi kan tagline' NOBODY IS PERFECT' sebagai alasan..manusia seharusnya boleh cuba buat yang terbaik untuk dirinya sendiri.




Tapi ALLAH masih lagi sudi memaafkan aku dan masih lagi membantu aku..
kalu dimbaskan kembali..aku nie bukan berasal dari keluarga yang kaya..biasa-biasa sahaja
aku lebih suka 'meng-term'kan istilah biasa biasa kepada --->keluarga dunia ketiga
maksud keluarga dunia ketiga pada fahaman aku ialah: keluarga yang mempunyai sesuatu yang tidak lebey dan juga tidak kurang, tapi masih perlu mencari untuk memenuhi keperluan dan paling penting si ibu bapa masih perlu mencari rezeki. ini kerna si anak masih belum bekerja, belum mampu menampung ibu bapanya...


yup..aku masih belum bekerja tetap, setakat kerja partime apa la sangat. itu pun duit yang aku dapat bulan-bulan belum pernah lagi aku hulurkan kat mak bapa aku...banyak dihabiskan untuk membayar hutang.. yea ada hutang yang perlu aku selesaikan.
[YA ALLAH, jauhkan aku dari segala hutang piutang]

sekarang aku berdoa agar, suatu hari bila tiba saatnya, aku
dapat membalas balik apa yang diberi..
mengimbas kembali hidup aku, aku rasa aku sangat bertuah dan bersyukur sangat-sangat..
ALLAH memang menyusun hidup hambanya dengan baik sekali..jikalu ye pun badai melanda, itu hanya dugaan dari ALLAH s.w.t


antara perkara yang aku selalu ingat dan perkara yang selalu aku berterima kasih pada ALLAH

aku bersyukur aku mendapat sebuah family yang menyayangi aku.
walaupun kadangkala, kita xley terima mak kita membebel, marah...tapi aku lebih suka kalu mereka membebel dari duk diam tak ambik pot langsung kat anak-anak..aku nie pun anak yang nakal jugak..tak baik sangat.tak jahat sangat..juz nakal..hahahah

aku bersyukur sebab aku pindah ke kedah, sebab kalu aku duk johor maybe aku jadi budak liar...ini tak tipu seyes cakap..sebab situasi sana memang lagi hardcore berbanding kat sini..tu pun aku mengeluh kat mak bapa aku kenapa perlu pindah...tapi memang betul johor still the best place to live...sebab johor lah tempat zaman kanak-kanak aku..orang kata zaman kanak-kanak memang susah nak lupa...dan aku mengaku itu memang betul.

aku bersyukur aku dapat result pmr yang bagus, walhal aku nie memang memang tak pandai..
tapi aku percaya pada usaha..

allah makbulkan doa aku untuk masuk plkn..yang nie memang aku idam jugak dari dulu, walaupun masuk separuh jek..lepas tu kena kuar gi matrik.

aku bersyukur, reslut spm aku teruk giler, tapi ALLAH masih beri kesempatan kat aku sambung belajar masuk matrik..alhamdulillah...

paling penting, ALLAH beri aku peluang masuk universiti yang aku memang idam-idamkan sejak skola menengah lagi...lepas tu dapat kos yang aku boleh katakan bila aku keje nanti ,aku dapat berbakti kepada orang lain.insyaallah..then, walaupun aku manyak main-main kat uni...ALLAH bagi aku peluang untuk berkenalan dengan sahabat yang sekepala dan baik....

sekarang aku bagi aku peluang untuk keje kat tempat yang dari dulu aku nak keje walaupun hanya sebagai partime...alhamdulillah

semua menda yang terjadi, aku sangat berterima kasih pada ALLAH

sebenarnya nikmat ALLAH tak terkira banyaknya....sangat banyak...kalu boleh aku kata infiniti..
sebab kadangkala kita akan mengeluh untuk sesuatu yang kita tak dapat....sedangkan ia hanya cepat atau lambat sahaja...kalau tak dapat, ia mungkin x sesuai untuk kita..kalau dapat, bersyukurlah....sesetengah orang mungkin akan mengeluh, kenapa dia dapat macam tu, kenapa aku tak dapat, kenapa dia boleh melancong satu malaysia sedangkan aku nak gi bukit bendera pun tak mampu...kenapa dia boleh branded, tapi aku duk ulang baju yang sama..
setiap orang telah terlukis rezekinya sejak di luh mahfuz lagi....ALLAH MAHA PENYAYANG...ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK HAMBANYA

aku berdoa agar ALLAH dapat terus membimbing aku, tunjukkan aku ke jalan yang lurus dan diredhai..kurniakan kerja, jodoh , sebuah yang famili yang baik dan kehidupan yang diredhai..

amin....

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea