Saturday, February 12, 2011

apa yang kamu cari...

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:37 PM 0 nak jugak..!!

Buat teman-teman yang diingati...

Jangan dicinta kerana dia lelaki,

Kelak kita akan membenci,

Jika dia bukan lelaki yang dicari,

hanya pandai menabur janji.

Jangan dirindu pada paras rupa,

Kelak kita akan terseksa,

Jika dia tidak sebaik rupanya,

Senyum manisnya tipu belaka.

Jangan dikasih kerana dipuji,

Kelak kita menagih janji,

Setelah rupa dimamah hari,

hilang sudah puji memuji.

Jangan dicari seorang kekasih,

Kelak kita akan disisih,

Jika kasih luntur bersih,

Menangislah diri hidup bersedih.

Wahai sahabat wahai teman,

Carilah dia kerana Tuhan,

Untuk menanbah ceteknya iman,

Bekalan diri hidup berteman.

Wahai sahabat wahai teman,

Cintailah dia kerana beriman,

Dijadikan Tuhan sebagai pasangan,

Baik buruk ketentuan Tuhan.

Wahai sahabat wahai teman,

Terimalah dia penuh keikhlasan,

Andai buruk anggaplah dugaan,

Andai baik pujilah Tuhan.

Wahai sahabat wahai teman,

Ingatlah akan janji Tuhan,

Isteri yang baik besar balasan,

Suami penyabar itulah kemenangan

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea