Sunday, April 22, 2012

k.a.h.w.e.n

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:13 PM 0 nak jugak..!!

assalamualaikum semua
wah ,dah lama tak menulis..
berapa lama tinggal pun aku x ingat
................pause.............(tak tau nak tulis ape)
..........................long pause.............(otak karat takde idea)

btw, semenjak dua nie..aku tgk fb aku..penuh dengan gamba-gamba kawen.
ramai member-member aku dah kawen..alhamdulillah
tumpang gembira tengok depa kawen..
pakai baju chantek2..pendek kata yang  bila kawen semua jadi ensem dan chantek belaka..
betulkan fakta nie...??
wajarlah umur dah tua kenalah kawen....ye dak..
sama ada lambat atau cepat..
tahniah kepada yang rasminya menjadi suami dan isteri yang akan memikul tanggungjawab.
tahniah juga kerana berjaya melangkah ke satu tahap yang orang lain belum lagi sampai
tahniah juga kerana anda telah berjaya ..yeah...
bukan semua orang berani mengambil langkah drastik .
tetapi jangan menganggap perkahwinan nie sebagai satu bebanan..tapi anggaplah ia satu tanggungjawab.
semua orang kata, bila kita dah kawen..semua tanggungjawab akan tertumpu ke bahu kita.
si suami akan mula memikirkan tempat tinggal yang harus disediakan,sediakan nafkah, mula memikirkan bagaimana ia harus membawa hala tuju bahtera perkahwinan tersebut.Pendek kata si lelaki, akan mula jadi laki..,maksudnya akan jadi ketua keluarga..si suami tak boleh la lagi pikir dirinya masih bujang, sedang di rumah ada si isteri yang sedia menanti.Si isteri  pula akan menjadi pendamping si suami yang setia, yang akan meniup semangat bila si suami rebah, yang yang menuturkan senyuman yang manis tak kala si suami gundah gulana,yang akan menjaga makan pakai suami., yang akan menjaga zuriat yang comel2...




pendek kata , perkahwinan tidak berlandaskan.'.aku terima nikahnya' semata.-mata
tetapi ia adalah penerimaan-pemahaman-pelaksaan konsep perkahwinan itu sendiri..
Bila kita mula memerima amanah yang telah di berikan oleh ALLAH,, nescaya kita akan cuba memahami sebaik-baiknya amanah tersebut.Bila kita sudah memahami akan akan tanggungjawab tersebut, kita akan mula melaksanakanya sebaik mungkin, dalam membentuk sebuah keluarga yang rahmah-sakinah-mawaddah.

fenomena yang berlaku sekarang adalah, bila ada sesetengahnya, boleh menerima, tetapi pemahamannya kurang, maka perlaksaan dalam menerajui sebuah perkahwinan itu, terkandas setengah jalan.,Ada juga yang sesetengah dari mereka, mudah menerima, mudah memahami, tapi malas melaksanakannya.Ini yang di katakan tidak bertanggungjawab.. Maka mulalah berlaku kes-kes penceraian.Selagi mana konsep penerimaan dan pemahaman tidak dilakukan dengan betul, selagi itu konsep pelaksaan tidak dapat di buat dengan sebaiknya...ingat pendek kata perkahwinan itu tiang serinya terdiri dari penerimaan, pemahaman dan pelaksaan..(wah  bagi ceramah ustazah bahiyah je...)..Selepas itu, baru diserikan dengan kasih sayang, setia, toleransi, dan sebagainya.barulah aman makmur....insyaallah....sentiasa berdoa pada ALLAH, ALLAH itu maha penyayang....(lagak aku cakap macam orang yang dah kawen jek..hahahha)



pada yang telah sampai ke tahap nie, tahniah lagi di ucapkan..pada yang belum..sabar...insyaallah turn korang akan menyusul tiba.cuma lambat atau cepat aja...tapi kalu lambat jangan mengeluh pula..mungkin ALLAH menyediakan calon yang terbaik buat kamu.....
Renung-renungkan, selamat beramal


SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA....




nota jari: syok tengok depa kawen..







yang benar dan sebenar benarnya,
>>yana yahya<<
yang tak berapa pandai menulis....(^-^)


 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea