Saturday, October 23, 2010
tv berdarah
pagi nie kalu korang baca kat newspaper ,
citer pasal adik beradik yang berebutkan siaran tv,
dimana diakhir cerita tersebut,
mangsa seorang adik lelaki telah meninggal dunia disebabkan serpihan kaca yang mengenai paha kanan mangsa.
hanya kerana berebut siaran tv sahaja, tetapi penyelesaiannya sangat mengejutkan.
kalau aku jadi kakak kepada mangsa,aku mesti jadi ralat dan tak tentu hala lepas nie
sebabnya, adiknya pergi atas kecuaiannya juga..
*marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada mangsa*
untuk pengetahuan
kecederaan di paha
adalah kecederaan yang paling..paling..sangat ditakuti
even,macam aku kan yang berpraktikal di bahagian kecemasan
kita orang dilatih untuk mengenal pasti tanda-tanda yang boleh mengancam nyawa.
bagaimana ia boleh dilakukan adalah dengan maintainkan saluran pernafasan
lepas tu, kita tengok pulak dia punya pernafasan itu
ok ke tak..cukup ke tak..
lepas tu kita kena tengok kalau2 pesakit ada kecederaan
kena pastikan sirkulasi pesakit ok ke tak
ada pendarahan kat mana-mana x...
setiap kecederaan ,kita mesti berhentikan dia,
sebab kalau tak buat macam tu, pesakit akan kehilangan darah yang banyak !!
then, kalau kita tak cuba untuk berentikan pendarahan tersebut,berkemungkinan pesakit boleh collapse.
kalu nak berhentikan dia just beri tekanan yang kuat pada luka mangsa
jangan cuba ikat kaki mangsa ngan tali atau apa sahaja dengan tujuan untuk berhentikan darah mangsa
kalu buat jugak, kang x pasal-pasal mangsa yang boleh ada kaki..
tetibab kaki kena potong sebabnya kaki dah jadi avascular necrosis
pendarahan di paha adalah berbahaya
ini kerana di pahalah terdapatnya satu arteri yang di panggil arteri femoral
arteri femoral nie merupakan arteri yang terbesar dan membawa muatan darah yang banyak ke bahagian bawah badan.
sekirannya, kecederaan nie berlaku, maka pesakit boleh hilang darah berliter-liter banyaknya
lagi satu, dalam badan kita ada dua salur darah secara amnya,
satu vena yang membawa darah x beroksigen dan juga darah ini dibawa dalam darah dalam tekanan rendah
manakala arteri pula, membawa darah beroksigen, dan darah dalam arteri adalah bertekanan tinggi,
sekiranya, pendarahan berlaku pada arteri femoral
maka darah yang keluar adalah banyak dan juga darah tersebut akan memancut-mancut disebabkan tekanan tinggi tersebut
so beware guys....
bila baca citer nie,teringat aku ngan adik aku dulu
kita orang melawak-lawak tau
kalu x salah depan cermin besarlakan..
aku dok geletek adik aku,
adik aku geletek aku
macam tu la kan budak-budak
bila xde keje nak buat
bila perut dah kenyang
lepas tetiba siku aku kena cermin tu, pecah berderai mengenai aku...
waktu tu aku x pikir lagi la bahana kaca-kaca yang pecah tu
nasib baik la..xde serpihan kaca mengenai leher aku ke ape ke
yang aku pikir , nanti mak "babab"
memang sah ..lepas tu kena "babab"..
mak babab sakit tau...hahahah
waktu kecik, mak garang tau...
biasalah...kena babab ...sebab mak risau
lepas kena babab+nanges kuat-kuat...terus masuk bilik...tertido terus..
hahahaha
itulah citer dia....
babab=pukul
Subscribe to:
Posts (Atom)