Thursday, March 4, 2010

CREDIT TUK MAK

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:42 PM 4 nak jugak..!!


"aku nak citer betapa bahagianya seorang ibu melahirkan anak"

"aku nak citer betapa berasa bangga dan bertuahnya seorang bapa mengazan anak yang baru dilahirkan."

"aku nak citer sesungguhnya airmata ibu yang mengalir sewaktu bersalin bukan kerana kesakitan,tetapi kerna betapa berusahanya seorang ibu memastikan anak itu selamat"

"aku nak citer betapa takutnya hati si bapa bila melihat isterinya meraung kesakitan,tetapi apa yang mampu dia buat hanya berlagak cool didepan isterinya"

"aku nak citer aku dapat merasa nikmat kesakitan yang dialami oleh si ibu dengan hanya melihat ketika bersalin,tetapi bayangkan bagaimana kesakitan yang dihadapi oleh ibu itu sendiri"

"aku nak citer, ntah berapa kali si bapa ulang alik depan pintu wad bersalin"

"aku nak citer,betapa susahnya bayi nak keluar dari lubang yang kecil itu"

"aku nak citer,betapa banyak darah yang 'terpaksa' dikeluarkan oleh si ibu"

"aku nak citer,bila si bapa marah-marah bila si isterinya masih x sedarkan diri selepas bersalin"

"aku nak citer, betapa syukurnya si ibu bila dapat mendengar tangisan anaknya,seolah-olah itulah bunyi yang paling merdu sekali yang pernah dia dengar"

"aku nak citer,betapa si anak dicium dengan sepenuh takzim oleh ibu dan ayah"

"aku nak citer,betapa bahagia pasangan tersebut"

tapi aku hanya mampu bercerita sahaja...sebabnya aku melihat..belum merasai pengalaman sebegitu rupa...


dan sempena dengan cerita nie aku nak ucap terima kasih kat mak aku
kerna bersusah payah untuk aku dari aku dilahirkan sampai sekarang....
terima kasih kerna berusaha untuk aku
terima kasih sebab sanggup menahan sakit itu
terima kasih sebab sanggup kendong aku selama 9 bulan
terima kasih sebab sanggup tahan morning sickness
terima kasih sebab melahirkan aku pada 5/3/1988..
terima kasih mak...
mungkin mak x tahu...
walaupun akak kurang mengekpressikan perasaan sayang.
walaupun depan mak akak tunjukkan akak nie 'tough'
tapi hakikatnya
AKAK SANGAT...SANGAT...SANGAT..SANGAT SAYANG KAT MAK....

berikanlah kekuatan

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:28 PM 0 nak jugak..!!



perkara-perkara yang perlu aku buat tuk sepanjang bulan march nie


1-continue posting at HKL,compulsory to fill up the log book
2-become second exco programme for emed's camping
3-become secretary for annual dinner
4-do reflective essay...need to send immediately
5-next cbs with naim
6-balik kampung...urgent
7-study
8-final exam....
9-last but not least LI for seven weeks>>>T.T

malam

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:30 PM 0 nak jugak..!!
malam itu kelam
malam itu suram
malam itu seram

malam itu sepi
malam itu indah
malam itu nyata yang hakiki

malam itu fantasi
fantasi yang membutakan mata
mata-mata si penghuni kota...
usah dikau mencari
kerna mereka mencari..
sang habuan yang yang berbukit di lembah durjana
tanpa putus,tanpa kudus..
tanpa sesal,tanpa kesal
ia akan tetap begitu

di manakah ertinya malam
malam yang kau puja wahai si wali..
anak-anak adam mu ini sudah kesesatan..
sesat dalam jalannya mencari syurga..
sedangkan neraka menanti tanpa diminta...

wahai adam..
apakah engkau masih memuja malam..
memenuhi malam mu dengan wangian syurga
airmata mu yang berguguran
dikala menangisi kekhilafan mu

apakah aku perlu tukar ertinya malam
aku tak bisa..
aku hanyalah penulis
memerhati dari sudut kota
bukan memcipta

kau mencipta cerita
kau mencipta citera
kau jugalah pereka suasana
tetapi,
ALLAH maha pencipta malam
malam yang ditaburi bintang yang indah
bulan purnama sinar bercahya
malam indah yang mendamaikan

kembalilah kepangkal jalan
wahai anak adam
agar kau bisa lihat
malam itu sekali lagi......

by :yana yahya
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea