Tuesday, July 6, 2010

stop it

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:51 PM 0 nak jugak..!!
i'm really demn tension....tension...tension...tension.
if i could change your attitude
if i could give your some advices
if i could show you the correct manners.
but i couldn't do that...
the best thing i can do is.......crying...demn.
i hate my self..hate my self...until i was thinking to drowning somewhere.
so melodrama will stop..
but i'm not so fool enough to end my life like that...never..
please i'm begging to you...please
change your attitude...i hate that much..
it is really annoying...
let me have some of peace and bliss

soklan-soklannya

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:57 PM 0 nak jugak..!!


1.What you think you have done

2.What the positive thing you have achieved?

3.What is the weakness of the thing you see?

4.How would you have done differently if you were

given second chance?

5.What have you learn in pre-hospital posting and how you would improve in learning outcome?




nie adalah contoh-contoh soklan yang perlu dijawab berdasarkan posting/praktikal yang aku lakukan di hospital atau klinik..

soklan dia cipot jek,tapi explaination banyak


sigh...sigh...sigh

PETUA IBLIS MENANAM KESUMAT DI HATI MANUSIA

ayat dianyam oleh yana yahya at 11:54 AM 0 nak jugak..!!


Pada suatu malam yang lengang, Rasulullah menghendap-hendap keluar dari rumah isterinya, Aisyah. Dengan hati-hati dia berusaha agar Aisyah tidak terbangun dari tidurnya. Tetapi Aisyah terjaga dan melihat suaminya keluar, ia merasa curiga serta cemburu. Mahu ke mana suamiku? Apakah ia akan mendatangi isterinya yang lain?

Oleh kerana itu, Aisyah terburu-buru mengikut Rasulullah dari belakang. Tiba-tiba Rasulullah seperti menerima firasat yang tajam. Dia berhenti, lalu berbalik menuju arah semula. Dengan demikian, dia menegur Aisyah yang sedang mengikutinya.

Nabi SAW bertanya, "Engkau curiga dan cemburu kepadaku?"

Aisyah menjawab dengan jujur, "Benar ya baginda." Bagaimana takkan cemburu seorang isteri seperti aku terhadap suami semacam baginda?"

"Bererti syaitanmu telah mengunjungi dirimu," jawab Nabi SAW.

"Apakah ada syaitan dalam diriku, ya Rasulullah?" ucap Aisyah terperanjat.

"Ya, dan ada pada setiap orang," sashut Nabi SAW membenarkan.

"Juga dalam dirimu, ya Rasulullah?" Tanya Aisyah kurang puas. Nab SAW mengangguk dan berkata, "Betul. Tetapi Tuhanku Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia telah menolongku untuk mengalahkan syaitan sehingga aku selamat dari tipu dayanya.

Benih-benih kesumat telah disebarkan oleh syaitan. Namun, tidak semuanya tumbuh subur di hati manusia. Curiga dan cemburu telah ditanamkan oleh syaitan. Akan tetapi tidak semua manusia boleh ditaklukkan. Sebab ada orang-orang yang selamat dari pujukan syaitan, iaitu orang-orang yang ditolong oleh Allah serta orang-orang yang ber lindung kepada Allah, yang meminta tolong kepada Allah.

Dalam sebuah hadith qudsi Allah SWT berfirman : "Wahai segenap hambaKu. Kalian semua nya berdosa, kecuali yang Kuampuni. Oleh kerana itu mintalah ampun kepadaKu, nescaya kalian Kuampuni."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan paruhnya di hati keturunan Adam. Namun, jika mereka ingat akan Allah, pergilah syaitan itu. Akan tetapi, bila mereka melupakan Allah SWT, disengatlah hatinya oleh syaitan".

Kepada Nabi Musa as syaitan datang berupa bentuk Iblis yang berjubah dengan tutup kepala bagaikan orang suci. Di hadapan Nabi Musa, iblis membetulkan tutup kepalanya sambil mengucap, "Assalamualaiku

Musa bertanya. "Siapakah engkau?"

"Aku Iblis," jawabnya

Musa segera mengucap, "Semoga Allah SWT melindungi diriku dari tipu dayamu."

Iblis berkata, "Aku datang dengan memberi salam untuk mengagumi ketinggian martabatmu di sisi Allah SWT dan kemasyhuran namamu di tengah umat manusia."

"Apakah pujian itu untuk menyesatkanku?" Tanya Nabi Musa.

"Benar. Tetapi engkau terlalu kuat bagiku." Ucap syaitan berterus terang.

Musa bertanya keras, "Buat apa engkau memakai tutup kepala seperti orang alim?"

"Dengan pakaian ini aku berusaha menawan hati manusia."

Nabi Musa masih bertanya." Apa yang engkau lakukan kepada manusia supaya mereka dapat engkau perdayakan?"

Iblis menjawab. "Bila mereka sangat kagum akan diri sendiri. Lalu aku merasa dirinya telah banyak berbuat kebaikan dan seolah tidak pernah mempunyai dosa, itulah tanah paling subur untuk menanam kesumat di hati mereka."

"Jelaskan lebih lanjut usahamu yang lain." Tanya Nabi Musa.

Dengan mengangkat kepalanya, Iblis berkata, "Jika engkau berjanji akan melakukan kebajikan dan akan meninggalkan keburukan, disitulah aku datang untuk menggagalkannya. Sebab antara janji dengan pelaksanaan terdapat jarak yang cukup panjang untuk membatalkannya. Janganlah engkau berikrar hendak bersedekah. Lantaran, sebelum sedekah itu dikeluarkannya, aku menghampiri dan bersahabat dengannya sehingga secara halus dapat ku tahankan niatnya."

Rasulullah SAW pernah memperingatkan: "Sungguh pasti celaka orang-orang yang selalu akan berada kebaikan.

Dan orang-orang yang selalu akan berada dalam kebaikan itu dinamakan kaum musawifun, iaitu orang-orang yang sentiasa menunda-nunda perbuatan baik. Padahal, pada hakikatnya, manusia tidak memiliki kesempatan kecuali satu saat saja, iaitu saat sekarang. Maka rebutlah saat yang satu itu dengan bertaubat dan beribadah.

Sebab menurut para sufi, hati manusia tidak putus-putus dihinggapi kekotoran. Debu-debu kesumat akan bergumpul menjadi kristal hasad dengki dan iri. Sifat seperti dengki dan iri adalah noda yang dianggap sebagai penghias kegembiraan dan kepuasan hidup pemiliknya. Mereka lali dengan kenikmatannya, seperti seorang pemabuk nikmat oleh arak, atau seorang yang menagih dadah. Mereka tidak sedar, dengki dan iri memakan diri sendiri. Mereka tertipu. Padahal dengki dan iri menyebabkan petaka atas diri sendiri.

PENYAKIT LUPA DAN RAHSIA MENGUATKAN DAYA INGATAN

ayat dianyam oleh yana yahya at 11:44 AM 0 nak jugak..!!

Antara penyebabnya adalah: -

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.

Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsangotak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.





nota jari:meh kita praktikkan yea...

CUTE=MUTE

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:12 AM 3 nak jugak..!!
aku nak tergelak sebenarnya
dah lama aku nak masukkan mende nie dalam blog
tapi asyik lupa jek...
mende yang aku nak citer nie len sikit..
waktu mula dengar,aku punya la gelak..
so korang nak tau ape??

do you know the new definition of CUTE??

"ADORABLE BUT UGLY TO SEE"

so bila aku dengar je kalu member puji sape2 cute
aku akan gelak sorang-sorang

nota jari = hidup ini penuh dengan keceriaan....

aku masih hidup

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:50 AM 0 nak jugak..!!
alhamdulillah aku masih lagi hidup pada hari ini
alhamdulillah aku sihat tubuh badan
alhamdullilah aku dapat tidur nyenyak semalam dan hari-hari sebelumnya
alhamdulillah aku masih boleh fikir dengan waras
alhamdulillah aku masih bernafsu untuk makan
alhamdulillah keluarga aku masih lagi ada bersama aku
ya ALLAH,sesungguhnya terlalu banyak nikmat mu kepada diriku..tak terhingga..
alhamdulillah,syukur atas segala nikmat...


dan selamat pagi semua!!!......^-^
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea