Saturday, April 11, 2009
pabila tiba masanya
KUALA LUMPUR 10 April - Kesemua empat jemaah yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bir Ali, Madinah, kelmarin selamat dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini pada waktu tempatan.
Setiausaha Bahagian Konsular, Bahagian Penerangan Luar Negeri, Ayauf Bachi berkata, keempat-empat jenazah tersebut dikebumikan di Kota Madinah kira-kira pukul 2 petang.
Beliau berkata, kesemua keluarga dan waris mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Jenazah-jenazah itu hanya dapat dikebumikan pada hari ini kerana menunggu beberapa proses dokumentasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, empat rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia terbunuh apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bir Ali, Madinah, Arab Saudi.
Kejadian berlaku ketika bas yang membawa 19 anggota rombongan umrah dari Malaysia itu bertembung dengan sebuah trak kecil dari arah hadapan, kira-kira 40 kilometer menuju Madinah.
Rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Ali Borhan, 68, dari Melaka, Rozita Jamaludin, 43, dari Perak, Sam Mad Saman, 60, dari Selangor dan Abdul Jalil Ahmad, 66, dari Negeri Sembilan.
Kejadian pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan itu turut mencederakan seorang rakyat Malaysia iaitu Rohani Aziz, 55. Beliau dirawat di Hospital Besar Neeqat, Madinah dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Selain itu, Ayauf menjelaskan, konsulat Malaysia di negara tersebut akan melawat Rohani pada hari ini bagi menghulurkan bantuan serta keperluan mangsa.
Ditanya sama ada jemaah lain yang terselamat dalam kejadian itu akan dibawa pulang ke tanah air, Ayauf berkata, pihaknya menyerahkan kepada ejen rombongan tersebut.
nota jari : takziah diberikan kepada abg.azrol (coursemate) dimana ayahanda beliau juga terlibat dalam kemalangan tersebut(dibold).....moga roh arwah dicucuri rahmat olehnya..
al fatihah......
nota jari 2: ajal x mengenal tempat..dunia nie hanya sementara..disana kekal abadi...
jangan takut kerna tidak lewat sedetik atau awal sedetik...apa yang telah ditetapkan ...maka itulah...kita manusia...apakah cukup bekalan kamu untuk dituai disana..?

Categories
alfatihah
episode 37 : good luck
good morning...lagi 2 jam 30 minitsemoga berjaya tuk budak emeds tuk hari nie..
hari nie phtc's exam...
jangan gabra ye...
jangan gelabah...
nanti maybe ade yang akan terlupa some part..
just carry on ok..
Categories
life
Subscribe to:
Posts (Atom)