Thursday, August 4, 2011

salam ramadhan setelah5- 6 tahun berada diperantauan

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:54 PM 0 nak jugak..!!




assalamualaikum semua yang membaca blog aku nie yang tak seberapa dan tak sehebat orang lain, tapi aku masih tetap nak menulis walaupun tiada idea yang bernas, tiada insidens yang unik untuk diceritakan dan tiada emosi yang mahu diluahkan..

salam ramadhan
seperti biasa dan juga seperti sebelumnya, aku mesti lewat mengucapkan atau membuat entry berkenaan ramadhan..
hari nie dah raya puasa yang ke 4
[sekejap jek masa berlalu, dah masuk hari ke -4]
so, bagaimana puasa anda???
masih bisa lagi bertahan?

so berdasarkan tajuk entry aku, memang betul
selama 5-6 tahun aku berada 'di perantauan'
mencari ilmu
btw, jangan tertipu..kalu kamu ingat aku belajar kat oversea
*bajet perasan*
takde maknyer nak belajar kat oversea nuh, sedangkan diri nie tak berapa nak pandai
maksud aku di sini
selama 5-6 tahun aku tak menyambut puasa dengan family
selalunya,aku selalu balik sehari atau dua hari sebelum raya..
tak ke haru
so, tahun nie alhamdulillah dapat jugak bersahur,berpuasa dan berbuka puasa dan berterawih dengan family walaupun tak sepenuhnya bersama mereka
ye lah aku keje...mana lah leh bukak puasa sama2
dalam seminggu hanya 3- 4 hari jek dapat bukak puasa dengan depa

tapi first time bukak puasa kat tempat keje pun satu pengalaman baru jugak
meriah dia lain macam sikit..
tapi best,walaupun tak macam kat umah
tapi suasana dia ada..
pukul 7 dah mula siap2 meja, lepas tuh buat air sirap
lepas tu masing-masing pakat lihat bekal yang di bawak..
lawak time nie..

bayangkan hari pertama puasa aku bukak puasa kat tempat keje..
bayangkan aku lewat 5 minit berbuka sebab duk sibuk layan customer duk order makan
customer nie pun satu time2 nie lah nak datang
kadangkala tension jugak dengan *bangsa* nie
dugaan..



`apepun harap bulan ramadhan nie kita dapat membuat yang terbaik
bulan yang penuh barakah
marilah kita mengejar segala kebaikan bulan nie..

so selamat menyambut ramadhan









nota jari: bes dapat terawih satu family

azam ramadhan tahun nie: nak abes khatam al quran

amin


semoga dipermudahkan segala urusan

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea