Saturday, June 26, 2010

tak berperasaan

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:59 PM 0 nak jugak..!!
ari wa x de perasaan tau..kalo org potih kata, no mood..not in mood
wa x tau sebab ape wa jadi macam nie..
orang anta msg wa x balas..
orang tanya wa x jawab...wa x tau sebab ape..
even ade citer menarik kat tv pon..x berjaya jugak menarik wa tok tgk tv..
fb sejak kebelakangan nie semacam membosankan
wa heran member wa pergi mana..sebelum nie kalu wa buat status baru..ade je komen...
nie xde pon ...oh wa sangat rindu kawan2 wa
wa sangat rindu nak dengar lawak bodo mereka
wa sangat rindu untuk berada dalam lingkugan mereka..
wa rase dengan merekalah wa menunjukkan diri wa yg sebenarnya
kalu kat umah..wa kena tunjuk imej seorang anak pompuan sulong yang banyak tanggungjawab
imej sorang kakak yang kena marah adik2 kalu dia org buat salah..
so ,wa kurg sense of humor la kalu kat umah..
sekarang nie dalam wa xde mood,wa kena ajar adik wa polak buat keje skola dia polak
aritu wa tanya ade keje skola ke x,dia ckp xde..
top2 mlm nie dan esoknya nak skola baru la nak bawak kuar keje skola dia
*geram*
dah sekarang wa x leh nak sambung ber-blog seba wa kena try jawab sokla sains standard 5
*wa dah mula pening*

tanda-tanda kematangan

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:46 AM 0 nak jugak..!!
Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai. Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa. Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.

Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka. Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat. Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.

Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda. Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya. Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.

Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang. Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati. Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.

Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif. Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna. Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.

Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai. Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.

Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita. Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea