Wednesday, August 10, 2011

menjadi perempuan itu susah

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:31 PM 0 nak jugak..!!
assalamualaikum..ola pompuan kekenyangan dan laki muncit
of coz la aku tau korang baeu abes melantak waktu berbuka puasaaa tadi
so makan apa hari ini??
kalu tanya aku, mestilah naso+ikan tongkol+ TAUFOOFAA...
taufoofaa menjadi menu wajib berbuka
simple-simple sudah.....ala kadar orang putih kata

so..tajuk kali ini: adakah menjadi perempuan itu susah?? menyusahkan mak bapak???
ataupun ...wateva lahh..aku pun tak tau nak lanjutkan macam mana ayat tadi tapi...korang leh tambah sendiri kalu korang ada idea..ok...

adakah pada zaman sekarang wanita dipandang berat sebelah berbanding lelaki...walhal seluruh dunia telah mengistiharkan hak kesaksamaan antara lelaki dan wanita..
aku bukan nak menafikan hak lelaki..atau pun wanita lebih layak menerima hak tersebut ..tidak..
aku masih lagi wanita /perempuan/girl yang masih konservatif yang masih menganggap lelaki sebagai ketua keluarga yang diberi ALLAH 9 akal dan 1 nafsu untuk memimpin...dan aku tidak menganggap wanita yang memimpin sesebuah keluarga itu ....COOL....oh tidak...
dan sekali lagi..aku respek setiap hak lelaki dan wanita...

so setakat ini, korang faham tak apa yang aku nak sampaikan..

ok......

mende yang aku nak cakap ini ialah berkenaan layanan/ mentaliti/pemikiran masyarakat melayu yang selalunya aku rasa menindas wanita da pun ada....bukan aku nak kutuk tapi layanan tuh....kadangkala membebankan wanita sedangkan adakalanya is boleh memberi manfaat kepada wanita tersebut.By the way selalunya, lelaki akan mendapat extra creadit berbanding wanita..

sebagai contoh:

anak lelaki: mak lepas abes spm nie abang rasa abang nak amek lesen motor..ok tak mak?
mak : baguih la nak...lepas nie leh bawak mak gi pasar tesco pagi2..cari ayam...
anak lelaki : erk.........


anak perempuan: mak, lepas spm nie akak rasa akak nak amek lesen moto..ok tak mak?nanti kalu ada lesen leh bawak mak gi pasar cari ikan...tul tak?
mak : uishh...tak yah lah...bahaya..perempuan bawak moto tak elok...lebih baik ambil lesen kereta
anak perempuan : erk..........


situasi kedua:

anak lelaki : mak, malam nie abang nak kuar jap jumpa member2..minum teh tarik kat kedai sebelah hujung kampung dusun.....
kemudian kedengaran VROOOOOOOMMMMMMMM!!!!!
belum sempat si emak membuka mulut.........mak hanya sempat menghidu asap..


Anak perempuan : mak, malam nie akak nak kuar jap jumpa senah kat sebelah rumah makcik tipah
mak: awat keluar malam-malam....esok je la jumpa
anak perempuan: alah mak...kejap jek nak ambil barang...kul 9.01 malam akak balik
mak : alah, mak bukan tak bagi tapi...malam2..tak elok anak dara keluar...
anak perempuan: tapi mak.........


situasi ketiga:

anak lelaki: mak, tengok nie gambar abang panjat gunung kinabalu..buat white water rafting...bungee jumping....
mak: mak tengok abang macam suka jek
anak lelaki: sukaaaa
mak : mak sokong apa abang buat...pandai jaga diri ye nak.....


anak perempuan : mak, tengok nie gambar akak panjat bukit H belakang umah, buat white water rafting ....bungee jumping
mak : akak!!!...tak gayat ke buat semua nie.....ishh.....risau mak tengok...
anak perempuan: best mak!!![ bukan menengking...tapi excited terlebey]
mak: ish....mak x berkenaan tengok akak buat nie..bahaya...akak kan perempuan....nanti nak jadi isteri orang.....
anak perempuan : erkk....



ok....itulah adalah sebahagian dari situasi yang akan / sering / mungkin terjadi pada diri anak perempuan..OK fine aku mengaku dalam situasi tersebut aku ada membuat kaum hawa menerima layanan yang tak sama rata...tapi ini adalah realiti beb..
kalu korang perasan...kalu anak lelaki..nak buat apa senang jek..tak perlu penjelasan...tak perlu buat pengakuan berani mati mahupun akuan bersumpah..
dengan selamba badak je mereka mudah mendapat apa yang mereka nak...
tapi kalu anak perempuan , baru nak usulkan 'paperwork' kat parents, dah macam -macam soalan yang bertubi-tubi meluru..itu tak boleh..ini tak boleh....alah....itu tak sesuai la....
macam-macam soalan birokrasi akan keluar dulu sebelum permohonan diluluskan.
sebab tu , kalu perempuan lebih banyak menjadi pembahas...sebab nielah...mereka sudah terlatih secara indirectly dari rumah....mereka sudah terbiasa dengan soklan yang bertubi-tubi dan mereka juga sudah bersedia dengan jawapan

aku tahu jugak perasan mak bapak, ayah ibu, makcik pakcik yang begitu prihatin terhadap anak perempuan masing- masing..dan kalau boleh aku tidak mahu menidakkan keprihatinan mereka, sampai mereka tak ambil tahu langsung....tetapi aku sebagai anak..dan juga anak perempuan merasakan.tak salah sekiranya sesuatu itu baik...biarkan lah anak mereka merasainya, mempelajarinya..tak salahkan...



sejujurnya..aku pun anak perempuan seperti sedia maklum....dan mahu juga apa yang bersarang dihati diguna pakai....hehehe



aku ingin kebebasan jugakkkkk





nota jari: malas nak upload gambo....leteyyy
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea