pemikiran sebenar disebalik tempurung kepala-cuba dilontarkan-dicetak-dianyam-membentuk ayat ntah apa2-jangan salahkan aku kerna aku hanya menulis menggunakan jari-mengetuk keyboard sekeras dan semahuku-menatap cahya laptop yang perit lagi menyakitkan-hanya kerna mau semua orang membaca apa yang dirasakannya.
-Erti Kehidupan-
Kadangkala selipar jepun lagi selesa dari kasut adidas si penyapu sampah lagi bagus dari menteri pengalaman lebih berguna dari ijazah Kaki sentiasa memandang ke atas tapi kepala tidak pandang pun ke bawah Itu pun kalau terpijak taik barulah terhegeh menunduk Kadangkala yang jauh itu sahabat Yang dekat itu seteru Dekat tidak semestinya rapat, jauh tidak semestinya renggang Musuh jangan dicari ,maut senantiasa menanti Putih tidak semestinya suci bersih Hitam tidak semestinya kotor berlumpur Itulah lah kehidupan Bak pelangi terbit selepas hujan yang renyai
To be so strong that nothing can disturb your peace of mind. To talk health, happiness, and prosperity to every person you meet.
To make all your friends feel that there is something in them To look at the sunny side of everything and make your optimism come true.
To think only the best, to work only for the best, and to expect only the best. To be just as enthusiastic about the success of others as you are about your own.
To forget the mistakes of the past and press on to the greater achievements of the future. To wear a cheerful countenance at all times and give every living creature you meet a smile.
To give so much time to the improvement of yourself that you have no time to criticize others. To be too large for worry, too noble for anger, too strong for fear, and too happy to permit the presence of trouble.
To think well of yourself and to proclaim this fact to the world, not in loud words but great deeds. To live in faith that the whole world is on your side so long as you are true to the best that is in you
@ OSCE --> submit 30/7/2010 Soklan ape pon aku tak tahu yang pasti nak baca apa pon aku x tahu susah betul la kalu xde specific syllibus nie
@ case based stduy -->submit 2/8/2010 okey..perhatian semua aku dah amik kes acute choleystitis so x de sesiapa dah yang boleh amik kes tu unless korang ada pt baru tapi yang penyakit sama ...xpe sebabnya..kes aku sama la ngan sorang member nie adoiii
@ tesis-->1/9/2010 semua proposal perlu dihantar sebelum tarikh tersebut yang nie yang banyak menganggu fikiran aku nie... satu ape pon x jalan lagi..huhuhu
@ log book....setiap masa nak kena isi adoi...sampai buku log book pon buat sendiri then,satu kes ape pon x present lagi..huhuu
@ final exam ---> 2/11/2010 nie yang buat wa kecut perut nie...
@ yana yahya kena jimat cermat sem nie sebabnya manyak duet dah melayang beli lulabby baru.. huhuhuhu mau nanges T_T
Setiap kali aku posting ke wad pelbagai cerita akan aku perolehi dari pesakit.Walaupun ,kadangkala aku sendiritak tanya pun soalan tu,tetapi aku perasan mereka sangat ‘berbahagia’ untuk bercerita mengenai kehidupan susur galur keluarga mereka.
Kadangkala aku pun bosan jugak nak mendengar, sebab kebanyakkan cerita yang sedih aku dengar pasal keluarga mereka.aku tak suka cerita sedih-sedih nie,kang tak pasal-pasal aku lak yang feeling sorang2 kat wad tu kang.Dan aku rasa, semua yang diceritakan adalah kebenaran .Kebenaran yang pahit untuk ditelan oleh pesakit tersebut.
Kadangkala aku perasan yang pesakit nie pandai ‘berlakon’.Bukan aku nak kutuk mereka ke apa,tetapi aku sedar yang mereka saja buat macam tu ,sekadar untuk menyedapkan hati yang duka.Pada zahirnya sangat happy,tetapi secarabatinnya siapalah tahu.
kadangkala aku macam boleh ‘tebaklah’ perasaan mereka di wad.kita leh lihat sendiri kat pesakit.Ada pesakit,hatinya sedih sebab anak tak datang melawat walaupun dekat je rumah dengan hospital. Hati sedih sebab anak tak boleh melawat katanya kerja banyak sangat kat tempat kerja.Hati sedih sebab masalah kat rumah masih lagi ada walaupun dah masuk hospital.aihhh..macam2 cerita aku dengar.
Kadangkala, aku pun sedih jugaklah tengok mereka macam tu.Tetapi ada juga cerita yang gembira,tetapi terlalu sedikit.Boleh dibilang dengan jari.
Kat sini aku nak sharing sikitlah dengan korang pasal apa yang berlaku kat hospital.
Cerita 1:
Ada seorang apek cina,baru masuk wad 4 hari yang lepas.Sakit sebab buasir atau kalu omputih panggil hemarroid.Pada zahirnya sangat tua. Muka dah berkedut,leh nampak sangat. Bila tanya datang dengan sapa,naik apa.Dia kata sorang.Datangnaik motor,motor dia parking kat dalam hukm.Boleh bayang tak ,sepanjangaku posting wad kat situ,family dia tak penah datang melawat.Usahkan isteri ,anak pon tarak tak datang jugak.Sedangkan umah dekat je dengan hospital.Aku kesian tengok apek nie, datang sorang2, family tak datang melawat. Kalau kat wad tu,aku tengok apek nie dok lah sorang2.Kejap baring atas katil,kejapbuat tawaf satu wad.kejap termenung….yang nie paling banyak kali aku tengok.apek nie suka termenung…ape yang dimenungkan pun tak tahulah.
Even, waktu ari dia keluar dari hospital pon ,tak da sape pun datang amik dia.Aku tanya ada family datang amik uncle tak,dia kata takde.Balik sendiri. Pergi sorang ,balik pon sorang. Nie yang orang kata,’kubur masing-masing’,masing-masing punya hal’. Boleh korang bayangkan,apek tu baru ja lepas buat operation untuk buasir dia,tapi dia dah banyak jalan2 pergi ke sana,pergi kesini.Even,bayar bil hospital pun dia sorang2 gi bayar.Aku tengok pun tragis.tapi nak buat macam mana.Lumrah dunia.Anakdia sendiri yang ditatang dari kecil,tak kunjung tiba.nak buat macam mana?????kalu sibuk pun,tak kan tak boleh telefon bertanya khabar.sekurang-kurangnya,biar apek tu rasa yang dirinya ada orang ambil berat.Dirinya dihargai oleh anak-anak.
Sampai sudah,apek tu kuar dari hospital, family tak jugak datang………
Cerita 2:
Cerita nie,sangat kontra dengan cerita satu tadi.Cerita yang sama tetapi berlainan situasi.Tetapi cerita inilah yang aku rasa kita patut puji dan patut kita ikut.kalu korang tengok dengan mata kasar pun,korang akan rasa terharu…
Masih lagi cerita pasal apek cina ,tetapi apek cina yang datang jauh dari skudai johor.Misi datang ke hukm adalah untuk menjalani satu pembedahan perut.Apek nie seorang yang tua,dalam lingkungan 70,tetapi nampak macam muda.walaupun luaran kita Nampak muda,tapi dalaman dah sangat tua.Disebabkan itu jugaklah , perut apek nie kena tebuk sebab nak masukkan makanan melalui tiub.
Walaupun seteruk mana apek nie lalui,walau sebanyak mana pembedahan yang bakal apek nie lalui,walau sesakit mana penyakit apek tersebut, tetapi itu tidak menjadialasan apek tu untuk putus asa.Sebabnya,ke mana apek tu pergi, akan ada seorang wanita yang cekal hatinya yang sanggup menemani apek tersebut.Ada seorang wanita yang sanggup datang dari jauh semata-mata kerana apek.Seorang wanita yang boleh membuatkan hati apek gembira,walaupun penyakitnya amat membebankan beliau. Akan ada seorang wanita yang sanggup bersengkang mata untuk menjaga apek.Ada seorang wanita yang comel yang selalu bersembang dengan apek mengenai apa sahaja topik.Ada seorang wanita yang apek akan selalu tengok muka wanita tersebut untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai.Wanita itu ialah isteri apek sendiri. Orangnya sangat kecil molek,sangat peramah.Baju kegemaran beliau ialah t-shirt dan seluar pendek paras lutut.Rambut panjang paras bahu.Selalu diikat dibelakang,ala-ala ponytail.Menurut aunty,sebelum nie aunty selalu masuk hospital,dan apek jugaklah yang selalu jaga aunty.Nie sekarang apek susah,aunty pulak jaga apek.Masing-masing jaga.aunty tak mau uncle sunyi-sunyi duduk sorang-sorang kat hospital.Aunty bukan orang sini, datang dari jauh,johor.Doktor sana kata,uncle kena datang sini untuk buat pembedahan.itulah kata-kata aunty yang aku masih ingatlah,waktu aku mula-mula sekali perkenalkan diri kepada dia.orang dia baik dan sangat ‘lincah’.since,aku jaga wad tersebut,aku selalu lihat pasangan nie.Aku rasa inilah pasanganpaling bahagia yang pernah aku nampak. Dia orang selalu berceritasesama sendiri.
aunty lihat apek,apek lihat aunty. Lihat bukan dengan pandangan kosong,tetapi lihat dengan perasaan penuh kasih sayang dan penuh dengan perasaan cinta. Macam sweet sangat!!!!!!!!!!!!!!!!.Kadangkala,apeksuka tenung muka isterinya.Aku selalu perasan.bila aku sembang dengan aunty,apek mesti lihat muka isterinya dia dengan satu macam perasaan cinta……dia tengok ja muka isteri dia, macam ari esok dia dah x berkesempatan nak tengok muka isteri dia tu lagi…..[pasangan macam nie lah yang kita perlu cari]..
Walaupun pun duduk jauh,tapi tak menghalang anak apek untuk datang melawat apek.anak dia dah keje kat Singapore,tapi boleh ja datang melawat.bila aku tengok tiga beranak nie duduk kat katil apek sambil sembang-sembang…,bestnya…aku harap jugak suatu hari,kalu aku berada dalam situasi macam tu, aku nak orang yang aku sayang jugaklah menemani aku.so, sweet…..
Aku selalu ingatkan diri aku supaya tidak akan berlaku perkara tersebut kat family aku.kalau mak dan ayah dah sakit,jenguklah2 mereka.Tak kisahlah,sesibuk mana kerja kita,sesukar mana kita nak nak dapat cuti ,cubalah cari masa untuk jenguk mereka.Setidak-tidaknya,kesakitan yang dirasai oleh mak dan ayah kita boleh dikurangkan.
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya?perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi,?dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor.?
Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi?begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana??Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda?tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data?tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada?tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak?rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti?Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segipembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi?pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja?Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau?asaprokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat?disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri??
Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia??Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman?Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan?cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah?saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang?5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!?
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
setakat duit ptptn yang baru je masuk aku rasa memang tak cukup.. dah la banyak yang nak kena print tambah2 lagi sekarang sibuk dengan tesis lagi la... by the way,prof kata tajuk aku kurang menyengat mcm mana nak bagi menyengat nak kena amik lebah ke??? [buat lawak antarabangsa lak] ya,allah kurniakanlah aku idea-idea yang kreatif. nape aku rasa bila aku kat luar je, mcm banyak je menda nak kena cari and buat tapi bila sampai umah lak.. menda yang tadi nak kena buat and cari terus hilang dari kotak fikiran.. aishhhh... masalah---masalah
sape kata berkaca mata itu tidak menarik... sape kata pakai kaca mata itu x cantek.... sape kata pakai kaca mata itu x hensem... aku suka laki berkaca mata macam dia... berkaca mata +berbingkai hitam+looks nerd=such an adorable man...
mak ,perkenalkan menantu mak...(*gambo atas) mak aku gelak besar ponya nanti...ada anak dia berangan x ingat dunia...hahaha
nota jari:laki diatas,bukan sesiapa,tetapi dia lah yg berjaya mencuri 1/5 dr hati ku lee hongki from ft island [ayat x leh blah...abaikan..ok]
The best thing about tonight's that we're not fighting Could it be that we have been this way before I know you don't think that I am trying I know you're wearing thin down to the core
But hold your breath Because tonight will be the night that I will fall for you Over again Don't make me change my mind Or I wont live to see another day I swear it's true Because a girl like you is impossible to find You're impossible to find
This is not what I intended I always swore to you I'd never fall apart You always thought that I was stronger I may have failed But I have loved you from the start Oh
But hold your breath Because tonight will be the night that I will fall for you Over again Don't make me change my mind Or I wont live to see another day I swear it's true Because a girl like you is impossible to find It's impossible
So breathe in so deep Breathe me in I'm yours to keep And hold onto your words Cause talk is cheap And remember me tonight When your asleep
Because tonight will be the night that I will fall for you Over again Don't make me change my mind Or I wont live to see another day I swear it's true Because a girl like you is impossible to find Tonight will be the night that I will fall for you Over again Don't make me change my mind Or I wont live to see another day I swear it's true Because a girl like you is impossible to find You're impossible to find
Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam-macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk. Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik-adik mereka yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri. Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri. Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat. Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis. Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan. Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi." Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut. "Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu." Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik-beradik yang lain. Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain. "Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka. Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya. Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. "Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami." "Selamatkan adik kami yang kelemasan." Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka semakin terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh. Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu. Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu. Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik.... Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya. catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq
+ abang-abang itu negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC
+ bapa yang mati adalah khalifah
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya." HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim
-saat kau perlukan dia untuk berbahagi cerita, dia berusaha untuk menghindarimu.
Jangan pernah menyesali atas apa yang terjadi padamu.
Sebenarnya hal-hal yang kau alami sedang mengajarmu.
Saat temanmu mendelete email yang kau kirim sebelum membacanya atau saatbertemu dengannya dan ingin menyapa, dia pura-pura tidak melihatmu.
Sebenarnya dia telah mengajarmu agar tidak berprasangka buruk dan selalu berfikiran positif bahawa mungkin saja pernah membaca email yang kau kirim atau mungkin saja dia tidak melihatmu.
Dan saat dia tidak menjawab emailmu.
Sebenarnya dia telah mengajarmu untuk menjawab email temanmu yang lebih memerlukan jawapan walaupun kau sedang sibuk dan jika kau tidak dapat menjawabnya katakana kau belum dapat menjawabnya jangan biar emailnya tanpa jawapan kerana mungkin dia sedang menunggu jawapanmu.
saat kau mencintainya with tulus tapi dia tidak mencintaimu atau dia yang kau sayangi tiba-tiba mengirimkan kad undangan pernikahannya. Sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk redho menerima takdir ILAHI.
Saat kau bersikap ramah tapi dia terkadang bersikap sinis padamu, sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk selalu bersikap ramah pada sesiapapun.
Saat kau perlukan dia untuk berbahagi cerita, dia berusaha menghindarimu. Sebenarnya dia sedang mengajarmu untuk menjadi teman yang dapat berbahagi cerita dan mendengar keluhan temanmu dan membantunya.
Saat kau diperlukan hanya pada saat dia sedang dalam kesulitan. Sebenarnyadia telah mengajarmu untuk menjadi orang yang arif dan santun,kau telah membantunya di saat dia dalam kesulitan.
Begitu banyak hal yang tidak menyenangkan yang sering kau alami..
Apatah lagi bertemu with orang2 yang menggeramkan with sikapnya yang egois.
Dan betapa tidak menyenangkan apabila menjadi orang yang dikecewakan,disakiti,tidak dipedulikan,tidak dihargai atau bahkan mungkin dicaci dan dihina.
Sebenarnya orang-orang tersebut sedang mengajarmu untuk melatih membersihkan hati dan jiwa, melatih untuk menjadi orang yang sabar dan mengajarmu untuk tidak berprilaku seperti itu……………..
Mungkin ALLAH SWT menginginkan kau bertemu with berbagai macam karakter yang tidak menyenangkan sebelum kau bertemu with orang yang menyenangkan dalam kehidupanmu dan kau harus mengerti bagaimana berterima kasihatas kurnia itu yang telah mengajarmu sesuatu yang paling berharga dalam hidupmu