Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

BoooooSSSSSaaaaaNNNN

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:12 PM 0 nak jugak..!!
B.o.s.a.n

itulah perkataan yang bermain dalam fikiran sekarang


B.o.s.a.n

hurg.....syoknyer dengar kawan2 aku pegi tengok bola sepak malam nie..


i wish i can join you ols...


unfortunately.......i can't....














nota jari: kena jaga anak kat umah

Thursday, January 5, 2012

suara si penganggur

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:12 PM 3 nak jugak..!!
assalamualaikum...
here again after one weeks missing in action...hahaha...as usual tak boleh buat pe sibuk...
entah apa yang aku kerjakan pun aku kurang pasti...yakni aku memang sibuk..

so entry kali nie ak nak review perjalanan karier kerja aku..*karier la sangat*
seperti yang telah termaktub,aku kan sedang berkerja di salah sebuah kedai makanan segera terhebat di kampung aku...

*hebat jah..jangan kau tak tahu*

kedai tu memang famos la..hampir satu dunia tahu.aku bukan nak bercerita pasal kehebatan, dan kehebatan kedai tu...*berapa banyak hebat la aku tulis*...tapi aku nak tulis tentang sisi sudut pandangan aku mengenai perkerjaan yang aku lakukan sekarang

--ijazah tidak menjamin pekerjaan--

aku adalah seorang pelajar lulusan universiti terkemuka di malaysia..mengambill jurusan yang bagi aku agak radical dan sukar..berjaya menamatkan pengajian enam bulan yang lalu.Hati riang tidak terkira bila berjaya memegang sekeping kertas yang bernilai empat tahun masa diperlukan untuk mendapatkannya..keputusannya, tidak sehebat orang len ..aku sedar ...bijak-bijak aku..ada lagi yang lebih bijak dari aku...*sedar diri..ok*..dengan keputusan itu , ke manakah perjalanan aku seterusnya.......???

itu adalah persoalan yang bermain-main di kepala otak aku...sehingga kini masih macam itu jugak..memegang atau memiliki atau diberi gelaran budak degree bagi aku adalah suatu yang melelahkan...
melelahkan buka sampai tahap sakit lelah..tapi lelah disebabkan menjawab pertanyaan -pertanyaan orang sekeliling yang begitu mengambil berat..

kamu sudah kerja?
kerja ape?
kerja nie je??
budak degree amik kerja nie jek......???

ok..i think that is enough....at least aku kerja sampingan jugak...dari duk lenggang membabi buta di rumah menghabiskan beras mak bapak...walaupun aku kerja kat kedai makan famos di kampung aku.....*kau ada..!!!!*

*jujur cakap...sapa tak nak kerja sesuai dengan kelayakan....hati nie hanya mampu berdoa di berikan peluang walaupun di campak ke mana sekalipun*

tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia hanya tuhan yang tahu...
sekarang aku hanya mampu berdoa dan berusaha...itu sahaja...

--pekerjaan sekarang--

enam bulan lalu...aku datang sehelai sepinggang..aku singgah ke kedai ini...meminta kerja..aku diberi peluang..dalam masa enam bulan aku . aku dah keluar dari my comfort zone...sudah mula kenal dunia luar...ye memang betul...dunia sangat kejam, rakus dan kadangkala..ditindas..ye..macam-macam orang aku jumpa..macam-macam mulut longkang juga aku dengar...tapi dalam tasik yang busuk pun, bunga teratai masih juga mekar mewangi...masih juga ada orang baik..hidup jangan selalu bersangka buruk..kelak memakan diri...dunia luar tak sama dengan dunia sewaktu kita belajar...kalu waktu kita belajar kita di kelilingi dengan orang yang boleh dikatakan sekepala..setabiat...sepermainan... kita ditatang dan di atas lesen PELAJAR,tak semua kesalahan tertanggung ke atas bahu kita.
REALITINYA, tapi bila di dunia luar,...ia jadi 360 darjah...tak sama..kita yang bertanggungjawab ke atas apa setiap yang kita buat.paling berbisa mulut orang la kan...mcm2

* ada degree tapi ke sini jugak keje*
*takyah belajar tinggi2..kat sini pun dah cukup tinggi*
*bila nak resign...soklan tak leh blah*
adakah aku cukup resilient.......macam suam suam kuku jek

adakah salah aku...atau memang salah aku..mungkin sesetengah berpendapat memang salah aku..sape suh mintak keja x sesuai dengan kelayakan..kan padan muka...kena caci maki bagai...kan dah tacing sorang2..mungkin ada sesetengah berpendapat,...alah keje je ape pun asalkan keje...

ikutlah apa jua pandangan kamu...kamu berhak atas pandangan kamu...dan aku tidak perlu pandangan kamu....*boleh tara tuuuuu*
kalu ikut gaji pulak..memang cakap cukup-cukup makan...sekadar termampu..dan itu yang aku mampu sekarang....orang kata bersyukur apa yang ada....kan...kan...kan..kadangkala , terpikir jugak la..dengan gaji sebanyak tu, macam mana orang yang bekeluarga menampung perbelanjaan..aku yang sorang nie yang mempunyai keinginan raksasa pun x cukup..tambah-tambah lagi..mereka..mungkin rezeki anak2..apapun bersyukur la apa yang ada buat sementara waktu....*ayat memujuk diri*

apa yang aku nak rangkumkan dari apa yang aku bebelkan di atas adalah


1-dunia nie x la indah ...kena manyak hati2..

2-mulut longkang kalu nak bagi wangi basuh jek dengan sabun daia

3-bersyukur pe yang ada...

4-timba je pengalaman sebanyak mungkin walaupun pun itu bukan bidang kita

5-insyaallah...rezeki tu ada...*ayat pujuk diri*


so pada member-member ku sekalian alam...tabahkan dirimu..begitu juga diri ku....ambil sebanyak mana pun ...timba lah bergelen mayak pun pengalaman..takpe...tak rugi...walaupun akan ada suara-suara sinis...biarkan ia berlalu bak angin kus-kus...hahaha...
*ayat sedapkan ati*
teruskan usaha anda, walaupun ape jua yang anda lakukan..istiqamah jangan bersangka buruk..insyaallah rezeki ada di mana mana....ok....!!..

ok masa tuk tido....


gud nite uollllsss








yana yahya


Wednesday, August 10, 2011

menjadi perempuan itu susah

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:31 PM 0 nak jugak..!!
assalamualaikum..ola pompuan kekenyangan dan laki muncit
of coz la aku tau korang baeu abes melantak waktu berbuka puasaaa tadi
so makan apa hari ini??
kalu tanya aku, mestilah naso+ikan tongkol+ TAUFOOFAA...
taufoofaa menjadi menu wajib berbuka
simple-simple sudah.....ala kadar orang putih kata

so..tajuk kali ini: adakah menjadi perempuan itu susah?? menyusahkan mak bapak???
ataupun ...wateva lahh..aku pun tak tau nak lanjutkan macam mana ayat tadi tapi...korang leh tambah sendiri kalu korang ada idea..ok...

adakah pada zaman sekarang wanita dipandang berat sebelah berbanding lelaki...walhal seluruh dunia telah mengistiharkan hak kesaksamaan antara lelaki dan wanita..
aku bukan nak menafikan hak lelaki..atau pun wanita lebih layak menerima hak tersebut ..tidak..
aku masih lagi wanita /perempuan/girl yang masih konservatif yang masih menganggap lelaki sebagai ketua keluarga yang diberi ALLAH 9 akal dan 1 nafsu untuk memimpin...dan aku tidak menganggap wanita yang memimpin sesebuah keluarga itu ....COOL....oh tidak...
dan sekali lagi..aku respek setiap hak lelaki dan wanita...

so setakat ini, korang faham tak apa yang aku nak sampaikan..

ok......

mende yang aku nak cakap ini ialah berkenaan layanan/ mentaliti/pemikiran masyarakat melayu yang selalunya aku rasa menindas wanita da pun ada....bukan aku nak kutuk tapi layanan tuh....kadangkala membebankan wanita sedangkan adakalanya is boleh memberi manfaat kepada wanita tersebut.By the way selalunya, lelaki akan mendapat extra creadit berbanding wanita..

sebagai contoh:

anak lelaki: mak lepas abes spm nie abang rasa abang nak amek lesen motor..ok tak mak?
mak : baguih la nak...lepas nie leh bawak mak gi pasar tesco pagi2..cari ayam...
anak lelaki : erk.........


anak perempuan: mak, lepas spm nie akak rasa akak nak amek lesen moto..ok tak mak?nanti kalu ada lesen leh bawak mak gi pasar cari ikan...tul tak?
mak : uishh...tak yah lah...bahaya..perempuan bawak moto tak elok...lebih baik ambil lesen kereta
anak perempuan : erk..........


situasi kedua:

anak lelaki : mak, malam nie abang nak kuar jap jumpa member2..minum teh tarik kat kedai sebelah hujung kampung dusun.....
kemudian kedengaran VROOOOOOOMMMMMMMM!!!!!
belum sempat si emak membuka mulut.........mak hanya sempat menghidu asap..


Anak perempuan : mak, malam nie akak nak kuar jap jumpa senah kat sebelah rumah makcik tipah
mak: awat keluar malam-malam....esok je la jumpa
anak perempuan: alah mak...kejap jek nak ambil barang...kul 9.01 malam akak balik
mak : alah, mak bukan tak bagi tapi...malam2..tak elok anak dara keluar...
anak perempuan: tapi mak.........


situasi ketiga:

anak lelaki: mak, tengok nie gambar abang panjat gunung kinabalu..buat white water rafting...bungee jumping....
mak: mak tengok abang macam suka jek
anak lelaki: sukaaaa
mak : mak sokong apa abang buat...pandai jaga diri ye nak.....


anak perempuan : mak, tengok nie gambar akak panjat bukit H belakang umah, buat white water rafting ....bungee jumping
mak : akak!!!...tak gayat ke buat semua nie.....ishh.....risau mak tengok...
anak perempuan: best mak!!![ bukan menengking...tapi excited terlebey]
mak: ish....mak x berkenaan tengok akak buat nie..bahaya...akak kan perempuan....nanti nak jadi isteri orang.....
anak perempuan : erkk....



ok....itulah adalah sebahagian dari situasi yang akan / sering / mungkin terjadi pada diri anak perempuan..OK fine aku mengaku dalam situasi tersebut aku ada membuat kaum hawa menerima layanan yang tak sama rata...tapi ini adalah realiti beb..
kalu korang perasan...kalu anak lelaki..nak buat apa senang jek..tak perlu penjelasan...tak perlu buat pengakuan berani mati mahupun akuan bersumpah..
dengan selamba badak je mereka mudah mendapat apa yang mereka nak...
tapi kalu anak perempuan , baru nak usulkan 'paperwork' kat parents, dah macam -macam soalan yang bertubi-tubi meluru..itu tak boleh..ini tak boleh....alah....itu tak sesuai la....
macam-macam soalan birokrasi akan keluar dulu sebelum permohonan diluluskan.
sebab tu , kalu perempuan lebih banyak menjadi pembahas...sebab nielah...mereka sudah terlatih secara indirectly dari rumah....mereka sudah terbiasa dengan soklan yang bertubi-tubi dan mereka juga sudah bersedia dengan jawapan

aku tahu jugak perasan mak bapak, ayah ibu, makcik pakcik yang begitu prihatin terhadap anak perempuan masing- masing..dan kalau boleh aku tidak mahu menidakkan keprihatinan mereka, sampai mereka tak ambil tahu langsung....tetapi aku sebagai anak..dan juga anak perempuan merasakan.tak salah sekiranya sesuatu itu baik...biarkan lah anak mereka merasainya, mempelajarinya..tak salahkan...



sejujurnya..aku pun anak perempuan seperti sedia maklum....dan mahu juga apa yang bersarang dihati diguna pakai....hehehe



aku ingin kebebasan jugakkkkk





nota jari: malas nak upload gambo....leteyyy

Thursday, August 4, 2011

salam ramadhan setelah5- 6 tahun berada diperantauan

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:54 PM 0 nak jugak..!!




assalamualaikum semua yang membaca blog aku nie yang tak seberapa dan tak sehebat orang lain, tapi aku masih tetap nak menulis walaupun tiada idea yang bernas, tiada insidens yang unik untuk diceritakan dan tiada emosi yang mahu diluahkan..

salam ramadhan
seperti biasa dan juga seperti sebelumnya, aku mesti lewat mengucapkan atau membuat entry berkenaan ramadhan..
hari nie dah raya puasa yang ke 4
[sekejap jek masa berlalu, dah masuk hari ke -4]
so, bagaimana puasa anda???
masih bisa lagi bertahan?

so berdasarkan tajuk entry aku, memang betul
selama 5-6 tahun aku berada 'di perantauan'
mencari ilmu
btw, jangan tertipu..kalu kamu ingat aku belajar kat oversea
*bajet perasan*
takde maknyer nak belajar kat oversea nuh, sedangkan diri nie tak berapa nak pandai
maksud aku di sini
selama 5-6 tahun aku tak menyambut puasa dengan family
selalunya,aku selalu balik sehari atau dua hari sebelum raya..
tak ke haru
so, tahun nie alhamdulillah dapat jugak bersahur,berpuasa dan berbuka puasa dan berterawih dengan family walaupun tak sepenuhnya bersama mereka
ye lah aku keje...mana lah leh bukak puasa sama2
dalam seminggu hanya 3- 4 hari jek dapat bukak puasa dengan depa

tapi first time bukak puasa kat tempat keje pun satu pengalaman baru jugak
meriah dia lain macam sikit..
tapi best,walaupun tak macam kat umah
tapi suasana dia ada..
pukul 7 dah mula siap2 meja, lepas tuh buat air sirap
lepas tu masing-masing pakat lihat bekal yang di bawak..
lawak time nie..

bayangkan hari pertama puasa aku bukak puasa kat tempat keje..
bayangkan aku lewat 5 minit berbuka sebab duk sibuk layan customer duk order makan
customer nie pun satu time2 nie lah nak datang
kadangkala tension jugak dengan *bangsa* nie
dugaan..



`apepun harap bulan ramadhan nie kita dapat membuat yang terbaik
bulan yang penuh barakah
marilah kita mengejar segala kebaikan bulan nie..

so selamat menyambut ramadhan









nota jari: bes dapat terawih satu family

azam ramadhan tahun nie: nak abes khatam al quran

amin


semoga dipermudahkan segala urusan

Wednesday, July 27, 2011

kerja..kerja...kerja

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:33 PM 0 nak jugak..!!
bila kerja...

kita tahu erti tanggungjawab

kita kenal erti penat

kita menerima erti sabar

kita telan semua masalah

kita kunyah semua tekanan







that's alllllll



xde ide dah nak menulis...buntu!!!

Monday, June 13, 2011

korang pernah bercinta?

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:43 AM 0 nak jugak..!!

Selamat dinihari
[sebab sekarang jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi]
buat laki perasan kachak and pompuan bajet cun
so dipagi yang buta nie, aku pon x boleh tido, disamping menunggu scan lappy aku
mak aiii...baru 55.5% scan, dah dekat 30 virus dalam lappy..
nie pun dah bertambah-tambah dah nie..boley lingkup lappy mini HP aku...adeiii

so lets go to the main topic


So pagi buta nie aku nak buat satu entry berkenaan dengan L.O.V.E or C.I.N.T.A
kalu korang dengar pasal cinta cintun nie mesti excited punya..
yelah, even kalu budak pompuan kalu kumpul-kumpul, ada dua menda jek perkara famos yang dia orang akan bercerita


1- GOSSIPS......perbualan hot

----->Selalunya, bab -bab mereka akan bercerita pasal ketidak puasan hati terhadap seseorang, marah seseorang lah, orang nie sakitkan hati dia la..orang itu la nie la...tapi bukan lebih kepada gossips, tapi mengumpat..maaf kepada kaum wanita di luar sana, sebagai seorang wanita/pompuan/girl...saya bukan nak membuka pekung di dada wanita itu sendiri, tapi ia sememangnya realiti yang berlaku.malahan, aku juga kadangkala juga turut terlibat dalam permasalahan ini...di sisi pencerita mereka mengatakan mereka sedang melakukan sesi luahan perasaan, tapi dari persepsi pendengar, mereka sedang mengumpat....so terserah kepada anda.....
[tapi mengumpat macam jahat sangat la pulak...so sesi luahan perasaan lagii sesuai kot]



2- LOVE....

--->Kalu bab cinta, yang nie memang aku selalu dengar.bukan kisah cinta aku sendiri..
[aku nie budak baik, mana reti nak cintan cintun nie...hahahahha]
tapi telinga aku selalu dengar kisah cinta orang lain.orang nie suka kat A,tapi si A tak suka kat dia. Malahan, si A suka kat B.si awek B nie lak, x suka kat Si A, tapi suka kat C...macam -macam masalah..ada jugak pasal cinta clap one hand atau dalam bahse melayunya bertepuk sebelah tangan..nie lagi kesian kalu dengar..tak tahu nak bagi respon macam mana.Kadangkala, aku yang cetek ilmunya dari segi bab cintan cintun nie pun, di minta memberi pandangan terhadap permasalahan cintan-cintun kawan-kawan aku...agak pelik kan...selalunya, idea yang aku keluarkan memang bernas , sesuai dengan masalah mereka..
[alah yana, bajet la Dr. LOVE...bluweksss]
so tips tuk menjadi Dr.LOVE banyak lah baca blog khairul dan Dr.Fadzilah Kamsah...
hahhahaha.....tapi seyes cakap la, kalu citer bab cinta semua orang berbunga-bunga....betul tak??

Jom aku nak buat soklan trivia kat korang....
[ korang jawab dalam hati jek, tapi kalu rajin, leh tulis dalam komen, ok]

1-Dah de bf/gf
2-cun/hensem ke tak
3-siapakah first love anda?
4-bilakah pertama kali jatuh cinta?
5-adakah anda masih kekal dengan first love anda?
6-kalu jwapan no .4- TIDAK, mengapa
7-berapa ex bf/gf?
8- anda seorang player/ two timer?
9-percaya pada cinta sejati?

ok, cukuplah soklan tuh...aku pun bukan rajin sangat nak mereka-reka soklan..
btw, mesti korang ade jawab jugak soklan di atas, at lez satu soklan pon jadi la...tapi jawab dalam hati ok....tak kuasa akak nak dengar ok!!!


Definition of love :
Noun: An intense feeling of deep affection
Verb: Feel a deep romantic or sexual attachment to (someone)

[thanks to wikipedia for definition]

for me: LOVE LIKE CAR CRASH
YOU KEEP PRESSING THE PEDALS
UNTIL YOU REALIZE THAT YOU ARE OVER THE LIMIT,
YET, YOU COULD NOT STOP IT INSTANTLY.
then BOOOMMMM!!!!
THERE IS NO TURNING BACK, DEAR

Berdasarkan pengalaman orang, orang kata bila bercinta nie kita akan rasa semacam.Betul ke? seperti selalu yang diwar-warkan, rasa seperti di awang-awangan,rasa hepi semacam,buat semua perkara mesti teringat kat dia...kita akan jadi lebih motivated dan bersemangat sepanjang hari..bla..bla..bla..By the way, aku suka baca kisah cinta akak sue anna.
Macam mana kisah cinta dia bermula di Yahoo messenger-->nama chat yang unik--->berkisar pasal muzik--->klimaks:sesi mengotorkan kasut converse sneakers-->then couple--->kawen---.ade anak..
korang pergi page dia, memang best la baca..kisah cinta yang sangat unik.
tengok cinta pun boleh bermula dengan kasut....
aku ade satu teori dalam menilai kehenceman seseorang lelaki..
[hahaha, lawak la teori nie...]

kalu kasut yang dia pakai adalah kasut kesukaan aku, otomatik aku rasa dia hensem, walhal dari lahiriahnya dia x sehencem mana.Tapi kalu kasut dia memang out taste dari ape yang aku nak,so memang x hensem la bagi aku, walaupun muka hensem....pelik kan..hahahah...
lagi satu, lelaki yang messy2 sikit, lepas tu pakai spek mata nerd pun , aku kata hensem..hahahaha

so, berbalik kepada cerita yang x abis-abis nie,solusinya- mesti semua-semua yang kat luar sana penah rasa ape itu cinta..x kisah la kalu ia bertepuk sebelah tangan atau dua belah tangan.
[tapi x bes la kalu, sebelah tangan kan....?]
pada yang pernah jatuh cinta, anda pernah merasai gejala- gejala seperti di bawah??

1. Sukar melelapkan mata

Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar

Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggeabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu

Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah

Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu

Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawanya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung

Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.


7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan.

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

[jangan sampai menganggu roomate anda yang sudah tido]

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat untuk datang ke pejabat malah datang lebih awal lagi. Anda harapkan ada peluang anda berbual berdua dengannya atau sarapan pagi bersama di kantin.

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.
16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.
17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.
18. Sentiasa kata ‘Ya’
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan ‘Ya’. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.
19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.
20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.
21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.
22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.
23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.
24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.
25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.
26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.
27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.
28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa seba gai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.
29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.
30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.

[nie semua aku ciplak je..nak suruh aku mengait ayat-ayat cinta memang tobat aku x reti]
~~~~hahahaha~~~
aku nak qoutes ayat nie....nie pon amik dari blog DR.love khairul




“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.

Nanti Allah

kurangkan rasa cinta padanya..
Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah.

Allah maha tahu siapa jodoh kita.











*yes, i'm hopeless romantic*



nota jari:semalam tengok kuch-kuch hota hai
ingatkan leh dapat idea tuk menulis
suddenly, tacing lak polak
bila babak kat ketepi tuh..
dok sok sek dlm selimut..

hahahaha

lepas nie malas nak tgk citer hindustan dah




btw, aku nak tambah cinta pada-NYA
lebih kekal abadi

Wednesday, May 18, 2011

make-up

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:45 PM 0 nak jugak..!!
bila orang suruh kita make-up....apakah tindakan anda
ok..dalam beg make-up korg selalunya ada apa.[korang ade tak beg make-up?]
lipstick -check
eyeliner-check
foundation -check
bedak 2 way- check {lagi lagi kalu jenama mayuri...memang selalu lah tgk org pompuan pakai]

nape pompuan je kena make up
tetapi lelaki tidak..
tidak kah lelaki lebih nampak naturals
pompuan nampak lebih plastik...
yelah, aku tak nafikan pompuan lagi nampak chantek dengan make-up..
kalu korang tengok nurul badriah and fatin liyana punya blog...
dia sangat chantek+ gorgeous dengan makeup..
even tanpa make-up pon memang lah terselah kecantikkannya
tak dinafikan make-up boleh membuat orang lagi chantek
tapi ada jugak yang tak....lebih kepada opera ok..
ntah la..bagi aku, aku x la gila guna make-up....aku juz guna bedak..
guna bedak pon aku rasa rimas...
apepon pakai makeup- nie satu pilihan...
ada yang suka ada yang tak
mungkin hari nie...aku tak suka...
mana nak tahu next time..or next day aku suka pulak pakai make up
emmm


hurgh!!!!

tapi jangan paksa den pakai make-up instantly ok..
it's take time
[harap madam faham]
sekarang kita pergi kepada definasi make-up.Menurut kamus internet yang aku nengok...dia mengatakan bahwa make up itu ialah
1-kosmetik seperti gincu atau bedak yang di guna kan ke atas muka
2-kosmetik yg digunakan untuk menutup parut or birthmarks

itu fungsinya ye...even memakai bedak +lipbalm or lipstick tu pon dah dikira make up...
x yah la nak suh aku pakai eye linear blusher,watsoever tu...


so pilihan ditangan anda


Friday, May 6, 2011

jilid ....dilij...jilid.....oh dilij

ayat dianyam oleh yana yahya at 3:53 PM 0 nak jugak..!!
Assalamualaikum,
Di sini saya ingin maklumkan berkenaan dengan projek penyelidikan II yang telah membuat pembetulan dan telah dijilidkan mestilah dihantar selewat-lewatnya 25/5/2011 (rabu) dan diserahkan kepada Pn Haryati atau Cik Roziana.
Warna bagi buku keras adalah hijau gelap dan bilangan untuk dijilidkan adalah 6 buah buku bagi setiap kumpulan ialah :-
* Jabatan perubatan Kecemasan = 1 unit
* Perpustakaan = 1 unit
* Setiap pelajar = 2 unit
* Supervisor dan = 1 unit
* Pejabat Dekan, Fakulti Perubatan. = 1 unit


aku tak tahu la sebab apa aku nak masukkkan mende alah nie dalam aku nyer blog...
macam bazer space je kan
nie adalah email yang aku dapat dari aku nyer chief

aku tensen sebenarnya nie,..
sebab tu la mende nie pon nak masukkan jugak..
ditambah kalu kira semua tu sampai 6 jilid buku thesis kena anta
seyes manyak laaa....duit pon kering
sekarang nie pon masih dok buat correction lagi
lepas nie aku nak olah balik part disccussion aku...
macam ada somtin wrong in somwhere jek aku rasa
aku dah maklumkan kan mak aku bahwasanya aku akan menggunakan elektriknya tanpa henti berkuatkuasa hari nie..
laptop akan dipasang 24 jam...
mak aku semacam redha je tengok....


bila la nak siap thesis tu

aku akan cuba sedaya upaya menyiapkannya

~~~~insyaallah~~~





nota jari: ari ade improvement sikit, nyamuk dah give up tak gigit aku waktu aku sibuk buat thesis correction
sebabnya

aku pakai stokin

mak aku pon dah pelik tengok aku

mak tanya: akak , asal pakai stokin??

selamba aku jawab tak mo kena love bite dari mr nyamuk


hehehehehhe



yoshhh sambung keje jom

Wednesday, April 27, 2011

pesta buku 2011

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:25 PM 2 nak jugak..!!
huaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku nak pergi pesta buku
tapi ada beberapa perkara yang membantutkan niat itu
antaranya ialah duit..
duit yang ada sekarang pon cukup2
kalau aku pergi pun, tentunya aku akan beli buku yang banyak
aku nie kalu dah pergi tempat tu memang akan lupa dirinya
nampak buku nie nak beli....lepas tu buku tu la..
pendek kata semua nak beli....
ikut nafsu...
(tapi, kalu bab buku--buku nie tak yah berkira sangat, tul tak???)
emmmm

tengok tahun lepas sudah la...
cadang nak beli satu je..
tapi sampai 3 sekali sapu..
tapi seriusli hati nie memang meluap-luap nak pergi

tadi lepas abes kuiz ,nad pon ajak gak gi pesta buku
tapi hati nie dok berbelah bahagi
nak.taknak.nak.taknak.

alih-alih aku balik umah
on laptop
on internet
bukak isubs
download : RUNNING MAN episode 29.
lepas tu tengok sorang-sorang tuk hilangkan boring aku
aishhhhh












hati memujuk: kalu memang ditakdirkan di luh mahfuz kau pergi yana
memang kau akan pergi


so ,yana biar masa menentukan....

Monday, April 25, 2011

yana is back

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:30 PM 0 nak jugak..!!


akhirnya, aku dah boleh fokus kat blog..........sem yang sungguh memenatkan

Saturday, March 5, 2011

apa ada pada 23

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:14 PM 0 nak jugak..!!
i'm officially 23 years old
thanks to ALLAH
coz still give me a chance to improve myself in future

FIRST SMS yang aku terima adalah
dari mak aku...
ringkas tapi sangat mendalam
"SELAMAT HARI LAHIR KAKAK,SEMOGA DIBERKATI OLEH ALLAH S.WT'
terima msg semalam..
semangat aku posting
hehehhe

[even sms dari mak aku tahun lepas dan dua tahun lepas tu aku masih simpan]


lepas tu,first sms dari SAHABAT ada satu sms yang aku terima
dah lama
dari seorang sahabat yang aku sendiri lupa
tapi subhanallah dia tak penah lupakan aku
kawan...maafkan aku
ayat dia sangat membuatkan aku terharu ditambah banyak yang didoakan
" DIPERSIMPANGAN KEHIDUPAN AKU DIPERTEMUKAN DENGAN SEORANG SAHABAT YANG MEMBANTU AKU MENGENAL KEHIDUPAN
KADANGKALA AKU TERPIKIR BERUNTUNGNYA AKU DIPERTEMUKAN DENGANNYA
PADANYA TERDAPAT SEMANGAT MUJAHIDAH
YANG MEMBIAS PADAKU
YA ALLAH AKU RINDU PADA SAHABAT INI
PENUHNYA DENGAN KETELUSAN HATI
KU JUGA KASIHKANNYA
SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE 23
NORHARYANA..

terima kasih pada awak...zahirah my ex romate

lepas tu macam2 doa aku terima
didoakan semoga bertemu jodoh...bertemu itu bertemu ini

apepon

yana yahya sangat menghargainya

tima kasih semua

Thursday, January 13, 2011

stop feeling bad

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:26 AM 0 nak jugak..!!

kenapa aku kagum bila orang lain speaking omputih


tapi, orang tak kagum bila aku cakap omputih.









masalah jiwa betul la

Thursday, November 25, 2010

more than friend,less than lovers??

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:56 PM 0 nak jugak..!!


Monday, November 22, 2010

silent

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:19 PM 2 nak jugak..!!






"ALLAH turunkan aku duka,
pada ALLAH jualah aku mengadu"

Thursday, November 18, 2010

raya yang x seberapa nak raya

ayat dianyam oleh yana yahya at 11:28 PM 4 nak jugak..!!
sejujurnya,aku masih risau dengan exam aku aritu
aku sangat takut bila fikir balik
banyak perkara yang aku tak buat...aku blur la wei
macam-macam perkara berlaku sebelum exam
dengan masalah proposal lagi..dengan masalah supervisor lagi....
aku masih risau sampai pening kepala...
ya allah, berilah aku lulus cemerlang dalam exam tersebut ya Allah..jangan ada yang sangkut..amin...berikan aku lulus dalam exam tersebut...amin3x
saya mahu grad...
Aku mohon sangat...
aku masih fikir pasal nie sehingga ke saat nie..
waktu nie....dikala aku sedang menulis ini...






nota jari: otak saya sangat penat bila fikir menda nie....
kalau x fikir pon, ia tetap akan menjelma...
macam bayang-bayang





btw...selamat hari raya korban

Monday, November 15, 2010

home sweet home yang tidak berapa nak sweet..

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:57 AM 0 nak jugak..!!
secara rasminya aku sudah pun berada di rumah hari ini...
alangkah bahagianya ,akhirnya aku dapat menikmati mee goreng air tangan bonda yang tercinta..
secara jujurnya dan tanpa segan silu aku tambah hampir lima kali..
hahahahaha
nak buat macam mana..terlalu rindu sangat..
sampai gambar pon tidak sempat nak ambil
kalau sebelum ini, asyik selalu minum air coklat panas sambil biskut iko dicicah ke dalamnya
itulah sarapan pagi yang mampu aku lakukan tatkala berada di rumah bujang...
sepanjang dua minggu lepas, itulah sajian pagi aku..
huhuhuh...
rasa muak dan jemu dah...
kalau bahasa ringkasnya:'JEMUAK'

pagi ini...tidak ada perancangan lagi nak buat apa..
agaknya hanya duduk dirumah sambil bermukabuku dan berblog
masih lagi kekenyangan dengan mee goreng tadi...

sebenarnya, balik rumah pun hati masih rasa tidak tenang..
bila mengingatkan peperiksaan yang lepas...
masih berlegar-legar dalam kepala otak ini..
memikirkan apa yang aku dah jawab...apa yang aku tak jawab
apa yang aku terlepas..dan apa yang aku terlupa
aku rasa memang banyak kesalahan yang aku lakukan waktu peperiksaan hari itu...
dengar kata ada yang gagal...
lagi seram sejuk perut aku....(nauzubillah)...
macam-macam aku dah fikir
sampai naik pening....
aku dah tak mahu gagal....tapi macam tak boleh nak elak dah....
kenapalah aku rasa teruk sangat!!!
aku pernah fikir yang aku ini macam tak layak ja jadi paramedik
aku pun pernah fikir, betul ke kos yang aku ambil ini..
maka, cuti ini bukanlah cuti yang semaksimum yang boleh aku guna kan untuk bergembira
rasa serba tak kena...



ya ALLAH, tolong lah aku ya ALLAH....






*Bahasa melayu sepenuhnya*

Monday, October 25, 2010

bazer masa betul la....tp bes..

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:41 AM 0 nak jugak..!!

aku bazerkan masa lebih kurang 1 jam 30 mins tuk buat menda alah nie..


aku suka

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea