Monday, November 15, 2010
home sweet home yang tidak berapa nak sweet..
secara rasminya aku sudah pun berada di rumah hari ini...
alangkah bahagianya ,akhirnya aku dapat menikmati mee goreng air tangan bonda yang tercinta..
secara jujurnya dan tanpa segan silu aku tambah hampir lima kali..
hahahahaha
nak buat macam mana..terlalu rindu sangat..
sampai gambar pon tidak sempat nak ambil
kalau sebelum ini, asyik selalu minum air coklat panas sambil biskut iko dicicah ke dalamnya
itulah sarapan pagi yang mampu aku lakukan tatkala berada di rumah bujang...
sepanjang dua minggu lepas, itulah sajian pagi aku..
huhuhuh...
rasa muak dan jemu dah...
kalau bahasa ringkasnya:'JEMUAK'
pagi ini...tidak ada perancangan lagi nak buat apa..
agaknya hanya duduk dirumah sambil bermukabuku dan berblog
masih lagi kekenyangan dengan mee goreng tadi...
sebenarnya, balik rumah pun hati masih rasa tidak tenang..
bila mengingatkan peperiksaan yang lepas...
masih berlegar-legar dalam kepala otak ini..
memikirkan apa yang aku dah jawab...apa yang aku tak jawab
apa yang aku terlepas..dan apa yang aku terlupa
aku rasa memang banyak kesalahan yang aku lakukan waktu peperiksaan hari itu...
dengar kata ada yang gagal...
lagi seram sejuk perut aku....(nauzubillah)...
macam-macam aku dah fikir
sampai naik pening....
aku dah tak mahu gagal....tapi macam tak boleh nak elak dah....
kenapalah aku rasa teruk sangat!!!
aku pernah fikir yang aku ini macam tak layak ja jadi paramedik
aku pun pernah fikir, betul ke kos yang aku ambil ini..
maka, cuti ini bukanlah cuti yang semaksimum yang boleh aku guna kan untuk bergembira
rasa serba tak kena...
ya ALLAH, tolong lah aku ya ALLAH....
*Bahasa melayu sepenuhnya*
Categories
life
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 nak jugak..!!:
Post a Comment