Tuesday, December 25, 2012

terpaksa dan tersuka

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:58 PM 0 nak jugak..!!
assalamualaikum..
petang yang indah nie, ditambah dengan hujan renyai-renyai membuat mata nak tido
adush! cepat betul masa berlalu.. ari dah ari selasa dan besok aku akan mula bekerja..
so kira  3 1/2 hari aku dah bercuti.....so demn malas kot nak pi keje besok
nak cuti lagi!!!!..bagi betis nak peha
tu pun naseb baik bos aku ari senin kena pergi kl,so kira cuti
memang rahmat buat aku..dah lah susah sangat nak cuti

meh aku citer serba sedikit kerja apa yang aku buat
sebelum tu, meh jugak aku cerita susur galur aku mula berkerja di mana aku bekerja sekarang
aku mula masuk bekerja di kedai ini pada 12/3 /2012..selepas 2 minggu berhenti kat kfc..
itupun atas saranan fiza yang suh aku bekerja kat situ..
pada masa itu, aku tak kira keja apa pun aku bantai..asalkan duit masyuk boleh support family sikit
ditambah pada masa tu jugak, duk menunggu temuduga spa kunun-kununya lah....
ingin membuktikan kepada semua orang,  yang aku ini adalah graduan yang bukan memilih kerja, dengan harapan jugak lah nak cari pengalaman baru..
maka kerja yang pada mulanya aku x berapa rela nak buat....aku buat jugak
(gaji pun tak ikut standard gaji degree..huhuhuh...)

aku seorang yang boleh dikatakanlah seorang yang adventorus, yang bebas, dan tak boleh berada di suatu komuniti yang sama.
tetapi realitinya,  kerja aku tak seperti yang diidamkan.
aku bekerja sebagai admin and sales coordinator....sales???
what?? aku kena buat sales dan mencari customer
time tu tak pernah terfikit akan buat ...

maju mundur kedai tu semua kat bahu aku...(x lah semua..tapi kalu kali x da order dari customer, aku akan ditanya..huhuhu)
aku tak penah terpikir yang aku akan buat marketing, mencari customer, cakap banyak dengan customer, bermulut manis...etc..etc..etc..(aku bukannya cakap manyak pun)
setiap minggu akan ada meting dan bos akan tanya beberapa soalan yang aku sendiri boleh hafal

"yana kerja mcm mana"
yana , minggu ini ada customer baru x?
" yana, customer yang hari tu saya suh follow -up , ada kol dia x?"
" yana, minggu ini apa plan kamu"

gila...memang stress.....
tak tipu...( nama kerja, memang akan ada stress)
bila korang bercakap dengan orang berniaga, perkataan yang keluar dari mulut  mereka mesti berkaitan dengan kerugian.Mereka tidak sesekali akan bercakap tentang keuntungan walaupun beribu sales yang kita telah kita  buat...huhuhuhu

Yang membuatkan aku berasa tertekan adalah disebabkan,

1) aku terpaksa duduk dalam pejabat selama 8 jam, sambil bos aku akan memerhati gerak kerja aku dari   sebelah kanan aku.Sebab dia punya meja, berada 4 meter dari meja aku dan meja dia menghadap aku.Secara tak langsung, aku x boleh mengular lah......(niat tak bek)...

2) Ruang pejabat yang kecik, ditambah dengan barang-barang dan kertas keje yang dia orang simpan dalam pejabat..bersepah...Aku penah try susun, tapi lepas itu, bersepah balik..Aku tak boleh keje dengan tempat sepah-sepah..tapi aku terpaksa....aloiiii

3) Pejabat aku x boleh bukak radio..first time masuk dulu aku penah bukak mp3 guna hpon pastu ditegur la..
Lepas tu, tak berani buka..Tapi sekarang aku dah berani sikit, berani pakai mp3 depan bos aku..huhuhuh..
so far, dia tak tegur lagi la....

4) komuniti kerja yang kecil.Kedai aku tu cuma ada 5 orang bekerja.So  nak tak nak , mereka terpaksa tengok muka aku, aku terpaksa tengok muka mereka...hahaha.Mungkin aku dah terbiasa komuniti kerja yang ramai, macam zaman aku praktikal kat hospital dulu atau zaman aku kerja kat kfc dulu...Huhuhuh
a dapat
so, inilah serba sedikit apa yang aku buat sekarang...

cuma sekarang apa yang paling penting kena tebal kan telinga dan tahan apa orang kata kat aku..
mungkin secara berdepan, tapi mungkin juga di belakang aku.Mulut tempayan boleh ditutup, tapi mulut manusia?nak kena sumbat dengan gauze baru dia orang akan diam..?

Ya Allah, please grant me an everlasting patience and happiness......ameen..


pesanan yang selalu aku dapat:

"kita kena selalu bersyukur apa yang kita dapat dan apa yang kita buat"....-him-




aku bukan penulis yang berjaya

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:37 PM 1 nak jugak..!!
bagaimana untuk menjadi penulis yang berjaya..
berjaya menyampaikan maksud kepada semua
berjaya menyampaikan apa yang berlegar dalam kotak fikiran dan kotak hati
berjaya memberikan inspirasi
perbezaan aku dengan penulis yang berjaya ialah MALAS..
aku akui aku memang agak malas dalam mencari gambar, memasukkan link.etc.etc
aku rasa bila aku berada dihadapan laptop.aku jadi macam lampi...lambat jekkk..
kadangkala idea aku tak sampai..
kadangkala pulak, time waktu berkerja bertambah-tambah idea nak menulis dalam blog..
tapi macam kawan aku cakap, x kan nak curik masa bukak blog dan tulis apa yang difikirkan tanpa menghirau masa aku dah dibazirkan  tanpa buat keje ape pun
kang x berkat pulak gaji aku...
betul x sarah??/hehehe



Sunday, December 9, 2012

Template Baru.. yeay!!

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:38 PM 2 nak jugak..!!
First!
don't judge me based on my template
espescially you!!!
yes you!!
aku boleh tahu ape yang ada dalam kotak pemikiran korang...
akhirnya.....at last
aku berjaya jugak mengubah template blog aku kepada yang lebih ceria and up to date and also cweeet...
kalu korang perasaan sebelum nie, template yang aku selalu pilih mesti berkisarkan dark color, ala2 macam ghotic gitu...

aku pun cepat bosan dengan apa yang ada dalam blog aku
so aku ubah apa yang patut..
so lepas 1 jam 30 minit
akhirnya.berjaya jugak.
hopefully, semangat aku untuk menulis blog juga berkobar-kobar...

wish  me luck!!

nota jari: mlm nie bola sepak antara MALAYSIA VS THAILAND...
 NEVES BETOLLL

manusia itu HOMO

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:14 PM 0 nak jugak..!!
wahai manusia,

bila.kita.melafazkan.kata-kata.prinsip.atau.pegangan
.maka.laksanakannya.sebab.manusia.
spesies.kamu.bukan.akan.ingat.pada.raut.wajah.kamu
.tetapi.manusia.akan.ingat.pada.apa.yang.kamu.
kata.kan.kepada.dia.nya.
apa.yang.kamu.janji.pada.dia.nya
.dan.
apa.jua.yang.kamu.berikan.kepada.nya.dan
.sekiranya.kamu.melanggar.prinsip.norma.itu
.maka.selamanya.mereka.tidak.akan.mempercayai.kamu.
malahan.kamu.akan.dianggap.seperti.sudah.hilang.
jatinya.atau.peribadinya.

aku.bukan.berkata-kata.
berdasarkan.penilaian.yang aku.buat
.berlandaskan.sosio.hidup.manusiawi.
tapi.aku.berkata-kata.bersandarkan
.perkara.yang.terjadi.ke.atas.manusia.
yang.bernama.AKU.

Aku.penah.terjatuh..........begitu juga kamu..
maaf andai tulisan ini sedikit melodrama.
.tapi aku rasa perlu supaya mesej itu sampai...

BoooooSSSSSaaaaaNNNN

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:12 PM 0 nak jugak..!!
B.o.s.a.n

itulah perkataan yang bermain dalam fikiran sekarang


B.o.s.a.n

hurg.....syoknyer dengar kawan2 aku pegi tengok bola sepak malam nie..


i wish i can join you ols...


unfortunately.......i can't....














nota jari: kena jaga anak kat umah

Wednesday, June 27, 2012

butterfly: melly &andika

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:44 PM 1 nak jugak..!!
Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu



Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang semat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high~As high as hopes I pray~To come and reach for you~Rescuing your soul~That precious messed up false me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Dekatimu
Namun ku tunggu









please....tunggu ulasan aku mengenai drama "dejavu di kinabalu"....ada something yang mengaco jiwa aku untuk menulis

Tuesday, June 26, 2012

Oh....kamu

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:15 PM 0 nak jugak..!!
Ok..kembali lagi  malam nie.. meluah sesuatu...
meluahkan yang tersimpan....
sambil menonton masterchef celebrity...
merupakan satu-satunya program realiti yang berjaya menarik minat aku untuk menonton..
jangan ajak aku menonton mentor atau ape jua bentuk program realiti nyanyian..
memang aku allergic...sungguh aku tak tipu..
hah!....tetiba sesuatu merangsang hippocampus .  dikala itu jugalah  neuron berasak-asak melepaskan neurotransmitter..
perkataan itu....yea perkataan itu mengingatkan sesuatu
"allegic"....tetiba teringat memori dulu...
"allergic"..perkataan yang selalu aku time universiti dulu
"allegic".hah...aku rindu time dulu-dulu...
" do you have any any allergic to medication..foods..bla...bla...bla..."
sambil mata menonton tv, sambil tu jugak otak menerawang  ke zaman dulu kala....
ah......zaman itu.......telah lama ditinggalkan....
apapeun...life must goes on...

Tadi ....sebentar tadi.....baru sat tadi..
sedang aku tengah membelek mukabuku...tetiba satu chat box muncul di skrin..
rupa-rupanya seorang sahabat..
sahabat yang telah lama cuba aku lupa sewaktu dulu..
hati macam tak percaya..tapi ia memang seorang sahabat yang bagi aku mempunyai 1001 rasa..
dengan dia aku belajar pelbagai perkara....pelbagai emosi
penah ketawa bersama, sedih bersama,pergi ke mana sahaja bersama..
rupenya....dalam hati..tak sangka dia masih ingat aku...
dan aku...aku juga tak penah lupa dekat dia...tapi aku tidak tahu cara bagaimana untuk menyapa beliau...
dia sekarang aku lihat..bahagia..bahagia yang hanya dia sahaja yang boleh menginterpretasikannya..
aku lihat perubahan yang berlaku ke atas nya....dia juga semestinya melihat perubahan  yang berlaku ke atas aku ...
sahabat nie..aku anggapkan dia sebagai seorang yang dekat dengan aku ....
sahabat nie..seorang yang very energetic...very enthusiasm..and very competitive..
dia tak akan lepas peluang yang ada depan dia.
dia selalu satu langkah kehadapan dari aku...
hahaha...tetiba aku tersenyum sendiri
bila teringat keletah beliau......

kami bertanya kaba
kami bertanya kehidupan masing-masing
kami cuba menyelami isi hati..
kami cuba meluahkan apa yang kami rasakan..
nampaknya..semua nya berjalan lancar..
sembang dengan beliau sangat...bless...
boleh ke aku guna ayat tu?
tapi sembang dengan nya..sedikit sebanyak aku bisa meluahkan sedikit sebanyak ape yang terpendam.
kami bertukar pendapat...
kami bertukar perasaan..
masing-masing cuba meniupkan semangat  dalam diri dalam menghadapi kehidupan.


                                Dan kepada kamu wahai sahabat yang jauh disana...

Saya tak penah melupakan kamu
kamu tetap ada di salah satu ruang
tak penah saya kuarkan kamu 
dan nasihat untuk kamu:
jangan mudah takut... dan jangan terlalu takut
jangan sesekali takut
kikis perasaan itu.....
saya yakin kamu boleh buat....memang yakin....sangat yakin...
don't lose hope on yourself.even in hardship..(nasihat untuk diri sendiri jugak)
ALLAH always  with you.....remember that
btw...jangan buat memek muka ...ok??..hahaha
you always my friend...special inside.......



lots of love,

one of your friend....





Sunday, June 24, 2012

meraban di malam hari

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:51 PM 2 nak jugak..!!
sambil jari mengetuk keyboard
memikirkan apa yang harus dikeluarkan...
yang hanya hanyalah keluhan panjang...
menongkat dagu...
bersilih ganti antara kiri dan kanan
sambil jari mengusap jerawat yang sedang mekar tumbuh...
satu lagi keluhan di keluarkan...
menatap ikannya...berenang dalm botol plastik 1.5 liter
Bahagiakah menjadi ikan....
adakah ikan juga terfikir...bahagiakah menjadi manusia
tiba-tiba pekikan cerek di atas dapur membantutkan lamunan...
satu lagi keluhan dikeluarkan...
bermulalah kayuhan kaki ke dapur. mahu di 'tutup' mulut cerek tu.
tiba-tiba merasakan perkataan 'kayuhan' seakan tidak 'klik' dengan ayat sebarisnya
selepas selesai proses pendamaian..maka
kembali  , ke tempat asal...
merenung kembali......abjad-abjad yang di tulis...
argh!...keluhan keberapa telah dilepaskan...
ayat-ayat yang tidak menjadi terbit dari pemikiran yang tidak rasional
bosan menghadapnya....mula menghadap facebook....
oh...kamu tahu...aku perlu mengunakan 2 kali tekanan jari keatas abjad 'o' kerna keyboardnya sudah rosak...
betapa sengsaranya nya entry ini aku tulis.
kembali menghadap mukabuku...
meneliti setiap status yang telah diupdate....
oh....tetiba jugak rasa sesuatu.....rasa itu harus dibiarkan disitu...tanpa perlu dilayan...
selesai membelek, mengupdate-dan menstalker..
aku...kembali menghadap penulisan yang entah apa-apa nie..
PAP!.......PAP!....beberapa tamparan keras diberikan kepada dua ekor nyamuk yang sedang mengawan depan aku....
berani nak mengawan depan aku......ingat aku boleh tahan tengok
please get room..or both of u will die...
nampak nya couple itu mati ditangan aku....sapa suruh mengawan depan aku
nampaknya, malam ini ikan aku ada extra makanan la.....
sedang sibuk memberi mangsa kepada pemangsa...\
hpon tetiba berbunyi, tanda ada msg masuk....
tertera nama seseorang..
msg di buka, di baca dan di balas.......tidak mengharap sebarang reply dari si pengirim..
kembali menongkah penulisan ini.......
jari mengusap rambut....berkali-kali..
mata terpandang kalendar....dah masuk bulan syabaan.....lagi sebulan nak ramadhan
itulah congakan yang bermain dalm kepala ...
ada kegusaran yang sedang meniup- niup dlm hati ini...tak bisa diluah atau diterjemah....
dan kamu jangan buat andaian liar....
aduh....!nampaknya satu batalion nyamuk sedang mencuba mendapatkan setitis darah ...
alahai nyamuk...time ini jugak korang nak kaco....
bagi aku chance sikit x bleh ke...gasak korang la....
ada rezeki..korang jadi santapan si ikan laga...
sekali lagi tidak tahu bagaimana mahu mengakhiri penulisan rubbbish nie..
aku harus pergi..kerna perut aku sakit....
nampaknya ia satu alasan yang bagus......

Sunday, April 22, 2012

k.a.h.w.e.n

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:13 PM 0 nak jugak..!!

assalamualaikum semua
wah ,dah lama tak menulis..
berapa lama tinggal pun aku x ingat
................pause.............(tak tau nak tulis ape)
..........................long pause.............(otak karat takde idea)

btw, semenjak dua nie..aku tgk fb aku..penuh dengan gamba-gamba kawen.
ramai member-member aku dah kawen..alhamdulillah
tumpang gembira tengok depa kawen..
pakai baju chantek2..pendek kata yang  bila kawen semua jadi ensem dan chantek belaka..
betulkan fakta nie...??
wajarlah umur dah tua kenalah kawen....ye dak..
sama ada lambat atau cepat..
tahniah kepada yang rasminya menjadi suami dan isteri yang akan memikul tanggungjawab.
tahniah juga kerana berjaya melangkah ke satu tahap yang orang lain belum lagi sampai
tahniah juga kerana anda telah berjaya ..yeah...
bukan semua orang berani mengambil langkah drastik .
tetapi jangan menganggap perkahwinan nie sebagai satu bebanan..tapi anggaplah ia satu tanggungjawab.
semua orang kata, bila kita dah kawen..semua tanggungjawab akan tertumpu ke bahu kita.
si suami akan mula memikirkan tempat tinggal yang harus disediakan,sediakan nafkah, mula memikirkan bagaimana ia harus membawa hala tuju bahtera perkahwinan tersebut.Pendek kata si lelaki, akan mula jadi laki..,maksudnya akan jadi ketua keluarga..si suami tak boleh la lagi pikir dirinya masih bujang, sedang di rumah ada si isteri yang sedia menanti.Si isteri  pula akan menjadi pendamping si suami yang setia, yang akan meniup semangat bila si suami rebah, yang yang menuturkan senyuman yang manis tak kala si suami gundah gulana,yang akan menjaga makan pakai suami., yang akan menjaga zuriat yang comel2...




pendek kata , perkahwinan tidak berlandaskan.'.aku terima nikahnya' semata.-mata
tetapi ia adalah penerimaan-pemahaman-pelaksaan konsep perkahwinan itu sendiri..
Bila kita mula memerima amanah yang telah di berikan oleh ALLAH,, nescaya kita akan cuba memahami sebaik-baiknya amanah tersebut.Bila kita sudah memahami akan akan tanggungjawab tersebut, kita akan mula melaksanakanya sebaik mungkin, dalam membentuk sebuah keluarga yang rahmah-sakinah-mawaddah.

fenomena yang berlaku sekarang adalah, bila ada sesetengahnya, boleh menerima, tetapi pemahamannya kurang, maka perlaksaan dalam menerajui sebuah perkahwinan itu, terkandas setengah jalan.,Ada juga yang sesetengah dari mereka, mudah menerima, mudah memahami, tapi malas melaksanakannya.Ini yang di katakan tidak bertanggungjawab.. Maka mulalah berlaku kes-kes penceraian.Selagi mana konsep penerimaan dan pemahaman tidak dilakukan dengan betul, selagi itu konsep pelaksaan tidak dapat di buat dengan sebaiknya...ingat pendek kata perkahwinan itu tiang serinya terdiri dari penerimaan, pemahaman dan pelaksaan..(wah  bagi ceramah ustazah bahiyah je...)..Selepas itu, baru diserikan dengan kasih sayang, setia, toleransi, dan sebagainya.barulah aman makmur....insyaallah....sentiasa berdoa pada ALLAH, ALLAH itu maha penyayang....(lagak aku cakap macam orang yang dah kawen jek..hahahha)



pada yang telah sampai ke tahap nie, tahniah lagi di ucapkan..pada yang belum..sabar...insyaallah turn korang akan menyusul tiba.cuma lambat atau cepat aja...tapi kalu lambat jangan mengeluh pula..mungkin ALLAH menyediakan calon yang terbaik buat kamu.....
Renung-renungkan, selamat beramal


SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA....




nota jari: syok tengok depa kawen..







yang benar dan sebenar benarnya,
>>yana yahya<<
yang tak berapa pandai menulis....(^-^)


Friday, January 13, 2012

i wish nothing but the best for you

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:08 PM 0 nak jugak..!!

"Someone Like You"

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You'd know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I begged
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Sunday, January 8, 2012

newbie bloggers..

ayat dianyam oleh yana yahya at 11:24 AM 0 nak jugak..!!
assalamualaikum...
ari nie aku masuk keje lewat sikit, so ada mase sikit la tuk menaip pe yang patut...
guess what....aku baru je sudah jelajah blog orang len....kalu dalam bahse omputihnya
"blog walking"
dalam hati nie...aku tabik betul pada bloggers kat luar sana..
dia orang punya blog memang chantek +tertarik+memang dah booomm la...

*cikit cemburuk*

yelah, blog aku nie macam idop segan , mati tak mahu....
kata blogger sejati....tapi...habuk pun tarak..hahahaha..
aku lak suka tengok budak oversea punya blog...
depa da macam- macam cerita plus budak oversea nie suka jejalan sana sini...
aku yang yang tak berapa nak de duit nak melancong, sekadar tengok pun jadi lah...ye dakkk..

*ukur baju di badan sendirik...yana...sedar diri*

pastu aku suka tengok cara dia orang berpakaian stylo abes kot..

*aku x bermaksud amalina ok....opsss*

setelah aku perhatikan dengan jayanya blog- blog mereka...aku dapat merungkaikan beberapa tips lah kepada yang baru .nak berkecimpung dalam dunia blogger..

*korang nak dengar dak????*


pertama-tamanya
----compulsory ade laptop or komputer..wajib kot menda nie ada...kalu takde mana korang nak tulis..leh la kalu korang rajin tulis dalam kertas apa yang jadi hari nie...aku masak pe ari nie...aku gi melancong ari nie..then korang gi cc salin balik...pergh,.. memang rajin lah..tapi seyesli..ia harus ada..

kedua-duanya
----pada yang mampu mempunyai kemudahan internet di rumah adalah satu advantage...tapi sekarang internet nak dapat sangat mudah kot..berukband pun murah...walaupun manyak yang kata line lambat macam sipot sedut...kalu yang de duet sikit leh pasang wifi kat umah...aku suggest yang nie...sebab aku guna yang nie...kalu pasang..umah korang macam cc dah..hahaha.
ok pada yang yang ada belog...plis take note...

ketiga-tiganya
----R.A.J.I.N....yang bab nie aku kantoi jugak lah..sebab aku bukan rajin tara mana pun..kalu de mood, mulalah rajin..bila sibuk, nak hadap pun malas.baca buku pun malas..nie kan pulak nak update blog..selalunya kita tengok blog yang menarik tu, ownernya selalu update blog...mangun pagi bukak blog, nak makan pun depan blog..nak tengok tb pun sekali buka blog..kelompok ini kelompok yang manyak menghabiskan masa di blog...walaupun bukan 24 jam...tetapi kebanyakan masa mereka disitu..wajib rajin..

kempat-empatnya
----kreatif...itulah adalah sumber nadi di mana blog tu akan terus idop...idopp..dan idopp..
kreatif nie bukanlah bermaksud betapa cool dia pun blog dri segi grafik design..tulisan..etc..etc..etc..tapi dari segi penceritaannya..kadangkala, ceritanya simple jek..
contoh: "aku makan durian"...nampak macam simple jek..tapi kalu kena gaya..ia leh jadi satu bahan cerita yang lawak, seram pun leh jadi...asalkan gaya penceritaan dia kreatif...btw, ingat senang ke nak tulis entry...amik masa yang lama tau..macam entry nie amik masa berjam jugak la mengarang..tu belum lagi di tambah dengan gambo2..lagi lah...

kelima-limanya
----seorang blogger harus beilmu..itu pasti beb...bila ada ilmu..leh sampaikan kat orang len.so
dapat la pahala sedikit sebanyak..


keenam-enamnya
----kamera...sesuatu entry itu akan jadi menarik kalu ada gambo..macam kita baca buku medical penuh dengan tulisan...sure bosan kan...mcm entry nie jugak la...cuba kalu korang baca komik..kan manyak gambo..sure2 segar bugar mata tu..lagi pun tak semestinya ada kamera..handphone korang sure ada kamera kan. so nak menjadikan ia menarik...setiap pe jua aktiviti yang korang buat, amik gambo.even kalu korang first time goreng telur pun amik gambo..hahaha.pembaca mesti nak nengok macamlah lah telur tu hangit ke ape ke...tak gito jah


ketujuh-tujuhnya
----kepopularan..mungkin ada sesetengah ingin blog dia menjadi perhatian satu dunia...go ahead..silakan..tak salah..ada sesetengahnya, nak low profile.. pun tak salah jugak ..silakan....
tapi kalu korang duk bg tau satu dunia korang, tapi kalu tak update tarak guna jugakk..


kelapan-lapannya
----sumber pendapatan..bila korang ada laptop+internet+rajin+kreatif+kamera+popular=ia boleh buat DUIT..seyes tak tipu.kalu korang ada semua menda di atas, korang leh dapat duit..bila korang letak iklan kat side bar blog korang...masyuk duit..macam iklan nuffnang...ahahah..aku baru juz tengok aku punya akaun kat nuffnang, duit yang terkumpul tak sampai rm5...bila rm 50 baru leh redeem.....cessss




aku rasa itu je la kot buat masa sekarang...aku pun tak bes idea nak tambah ape..




btw, macam mana korang tak suka iklan, macam tu jugak aku...aku x suka iklan bersepah-sepah kat blog......menci!!....plis jangan tamak letak manyak2 iklan...sangat buwok la blog korang nanti...

p/s: sorry takde gambo..kamera rosak







sincere
yana yahya

Thursday, January 5, 2012

suara si penganggur

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:12 PM 3 nak jugak..!!
assalamualaikum...
here again after one weeks missing in action...hahaha...as usual tak boleh buat pe sibuk...
entah apa yang aku kerjakan pun aku kurang pasti...yakni aku memang sibuk..

so entry kali nie ak nak review perjalanan karier kerja aku..*karier la sangat*
seperti yang telah termaktub,aku kan sedang berkerja di salah sebuah kedai makanan segera terhebat di kampung aku...

*hebat jah..jangan kau tak tahu*

kedai tu memang famos la..hampir satu dunia tahu.aku bukan nak bercerita pasal kehebatan, dan kehebatan kedai tu...*berapa banyak hebat la aku tulis*...tapi aku nak tulis tentang sisi sudut pandangan aku mengenai perkerjaan yang aku lakukan sekarang

--ijazah tidak menjamin pekerjaan--

aku adalah seorang pelajar lulusan universiti terkemuka di malaysia..mengambill jurusan yang bagi aku agak radical dan sukar..berjaya menamatkan pengajian enam bulan yang lalu.Hati riang tidak terkira bila berjaya memegang sekeping kertas yang bernilai empat tahun masa diperlukan untuk mendapatkannya..keputusannya, tidak sehebat orang len ..aku sedar ...bijak-bijak aku..ada lagi yang lebih bijak dari aku...*sedar diri..ok*..dengan keputusan itu , ke manakah perjalanan aku seterusnya.......???

itu adalah persoalan yang bermain-main di kepala otak aku...sehingga kini masih macam itu jugak..memegang atau memiliki atau diberi gelaran budak degree bagi aku adalah suatu yang melelahkan...
melelahkan buka sampai tahap sakit lelah..tapi lelah disebabkan menjawab pertanyaan -pertanyaan orang sekeliling yang begitu mengambil berat..

kamu sudah kerja?
kerja ape?
kerja nie je??
budak degree amik kerja nie jek......???

ok..i think that is enough....at least aku kerja sampingan jugak...dari duk lenggang membabi buta di rumah menghabiskan beras mak bapak...walaupun aku kerja kat kedai makan famos di kampung aku.....*kau ada..!!!!*

*jujur cakap...sapa tak nak kerja sesuai dengan kelayakan....hati nie hanya mampu berdoa di berikan peluang walaupun di campak ke mana sekalipun*

tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia hanya tuhan yang tahu...
sekarang aku hanya mampu berdoa dan berusaha...itu sahaja...

--pekerjaan sekarang--

enam bulan lalu...aku datang sehelai sepinggang..aku singgah ke kedai ini...meminta kerja..aku diberi peluang..dalam masa enam bulan aku . aku dah keluar dari my comfort zone...sudah mula kenal dunia luar...ye memang betul...dunia sangat kejam, rakus dan kadangkala..ditindas..ye..macam-macam orang aku jumpa..macam-macam mulut longkang juga aku dengar...tapi dalam tasik yang busuk pun, bunga teratai masih juga mekar mewangi...masih juga ada orang baik..hidup jangan selalu bersangka buruk..kelak memakan diri...dunia luar tak sama dengan dunia sewaktu kita belajar...kalu waktu kita belajar kita di kelilingi dengan orang yang boleh dikatakan sekepala..setabiat...sepermainan... kita ditatang dan di atas lesen PELAJAR,tak semua kesalahan tertanggung ke atas bahu kita.
REALITINYA, tapi bila di dunia luar,...ia jadi 360 darjah...tak sama..kita yang bertanggungjawab ke atas apa setiap yang kita buat.paling berbisa mulut orang la kan...mcm2

* ada degree tapi ke sini jugak keje*
*takyah belajar tinggi2..kat sini pun dah cukup tinggi*
*bila nak resign...soklan tak leh blah*
adakah aku cukup resilient.......macam suam suam kuku jek

adakah salah aku...atau memang salah aku..mungkin sesetengah berpendapat memang salah aku..sape suh mintak keja x sesuai dengan kelayakan..kan padan muka...kena caci maki bagai...kan dah tacing sorang2..mungkin ada sesetengah berpendapat,...alah keje je ape pun asalkan keje...

ikutlah apa jua pandangan kamu...kamu berhak atas pandangan kamu...dan aku tidak perlu pandangan kamu....*boleh tara tuuuuu*
kalu ikut gaji pulak..memang cakap cukup-cukup makan...sekadar termampu..dan itu yang aku mampu sekarang....orang kata bersyukur apa yang ada....kan...kan...kan..kadangkala , terpikir jugak la..dengan gaji sebanyak tu, macam mana orang yang bekeluarga menampung perbelanjaan..aku yang sorang nie yang mempunyai keinginan raksasa pun x cukup..tambah-tambah lagi..mereka..mungkin rezeki anak2..apapun bersyukur la apa yang ada buat sementara waktu....*ayat memujuk diri*

apa yang aku nak rangkumkan dari apa yang aku bebelkan di atas adalah


1-dunia nie x la indah ...kena manyak hati2..

2-mulut longkang kalu nak bagi wangi basuh jek dengan sabun daia

3-bersyukur pe yang ada...

4-timba je pengalaman sebanyak mungkin walaupun pun itu bukan bidang kita

5-insyaallah...rezeki tu ada...*ayat pujuk diri*


so pada member-member ku sekalian alam...tabahkan dirimu..begitu juga diri ku....ambil sebanyak mana pun ...timba lah bergelen mayak pun pengalaman..takpe...tak rugi...walaupun akan ada suara-suara sinis...biarkan ia berlalu bak angin kus-kus...hahaha...
*ayat sedapkan ati*
teruskan usaha anda, walaupun ape jua yang anda lakukan..istiqamah jangan bersangka buruk..insyaallah rezeki ada di mana mana....ok....!!..

ok masa tuk tido....


gud nite uollllsss








yana yahya


 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea