Tuesday, January 25, 2011

aku drowsy.....

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:55 PM 0 nak jugak..!!

telinga aku asyik dengar bunyi ambulans jak
nie waktu menulis nie pon masih dengar lagi...
adakah ianya hanya halusinasi aku sahaja
atau suara-suara ghaib..
a'ah dah mula mereng dah aku
aku rasa aku kena turun kedai din pi makan sekarang.....
level of conciousness semakin menurun....

Monday, January 24, 2011

buzzzz me

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:29 AM 0 nak jugak..!!

Friday, January 14, 2011

::aku suka makanan....!!!!!!!!!!!::

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:53 PM 1 nak jugak..!!



mari kita cakap pasal makanan..
wah sebut je pasal makanan
dah mula lah cephalic phase
dah mula lah drooling saliva
memang dinafikan kita sebagai manusia
tak boleh nak tolak makanan
makanan bagi aku macam heaven..
penuh nikmat.....

*aku peminat bergedil tegar*
first aku buat bergedil mcm nie la bentuk dia*
*mcm buah cempedak pon ade*
~~hahahahaha~~




aku nie lagi la
memang suka makan
dan kuat makan
tapi aku bukan jenis yang makan kerap
maksudnya aku suka amik nasi or lauk yang banyak dalam satu masa
contohnya tengahari ke, malam ke...
tapi buka setiap ruang lingkup masa tu..
sebab bagi aku..makan banyak [bukan makan kerap] walaupun sekali
dah membolehkan aku kenyang sepanjang hari..
kalau nak kenyang sepanjang hari ade kaedah dia



tapi kena ingat brekfes mesti kena amik juga..
nak tak nak kena jugak..
sebab lepas kita tido yang panjang,
sewaktu tido otak kita menggunakan glukosa pada kadar yang tinggi
so, sekiranya pagi tak amik sarapan
otak kita x dapat berfungsi dengan baik..
malahan tidak berada pada tahap yang optimum

berbalik kepada kaedah tadi..
kalu ikut style aku la kan..
aku memang akan amik brekfes ..
itu perkara wajib
lepas tu,waktu lunch aku bermula pada pukul 3-4 ptg...
aku x amik lunch waktu 12 or 1pm
sebabnya aku tau nanti aku cepat lapo..
aku suka amik lunch aku time petang sikit merangkap dinner.
leh lah berjimat sikit.

tapi kalu aku lapo before kul 3- 4 petang tu
selalunya ape yang aku buat adalah
jeng...jeng...
jeng..
jeng..
jeng...

aku suka kunyah gigi...

hahahaha

bukan la

aku suka makan coklat or gula-gula
x kesah la coklat or gula-gula ape pon..
janji benda manis..
benda nie selalu aku bawak kalu pi posting
cepat aku cepat pening...
so bila dapat coklat..
hilang lah pening..
hehehehe
tapi kan..
sejujur-jujurnya..
aku nak bagi tau ampa satu rahsia

emmm
emmmmmmm

emmmmmmmmmmmmm

emmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm


aku mesti rasa bersalah
setiap kali aku abis jamah makanan
aku pon x tau kenapa..
lepas tu mula rasa bersalah
atas sebab ape pon aku tak tau
mulalah aku rasa macam nak kuarkan makanan tu balik...

korang penah rasa macam tu tak???

Thursday, January 13, 2011

stop feeling bad

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:26 AM 0 nak jugak..!!

kenapa aku kagum bila orang lain speaking omputih


tapi, orang tak kagum bila aku cakap omputih.









masalah jiwa betul la

Wednesday, January 12, 2011

pengalaman 10 jam berposting

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:46 AM 1 nak jugak..!!
rasanya semua dah tahu bahawa budak 4th year emed kena posting 10 jam...
walawei.....
mula-mula memang macam marah giler la ngan daddy bala(gelaran manja yg diberi oleh yan)
yelah,disuruhnya kita posting sampai 10 jam...
orang lain pon keja jugak..
orang lain pon posting jugak tapi xde lah 10 jam...
alasan yang diberikan oleh dadi balaji, sebab nak cover kreadit hours...
so nak tak nak kena la jugak buat...

minggu pertama

-->boleh ke buat nie..........[keluhan pertama]
--> sah-sah penat nie....... [keluhan kedua]
-->siap tanya lagi: kalau boring nak buat ape??

minggu kedua

-->tempat posting yang tu best tak
-->staff dia mcm mana
--> Dr ok?
-->MA ok??
--> PK ok???.....[kalu sape tanya soklan nie memang nak kena ketuk la]

minggu ketiga
-->rungutan macam x dengar dah
-->semua dah boleh beradaptasi
-->paling penting: tiada lagi rungutan di fb...hahaha
-->malahan, ada yang rajin buat sampai 13 jam..14 jam...17 jam pon....[dasat kan dia orang nih]

10 jam sehari
6 hari seminggu..
ahad je je cuti...

amaran :
tidak boleh sakit
tidak boleh cuti
tidak boleh ponteng
semua perlu dilakukan...kalau tak.....

tak dibenarkan amik exam
tak pon, kena ganti balik[penat tuuuuu]...

------adakah nie masih dikira rungutan---------





xoxoxo...yana yahya

:: tiada kata secantik bahasa::

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:33 AM 0 nak jugak..!!

"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia, sedekahkanlah satu senyuman walau dihatimu tak lagi mampu bertahan, belajarlah memaafkan walau dirimu terluka, berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran, hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tak kelihatan...Bukti kasihNya,kita wujud didunia pinjaman ini. Ada sebab bila berlaku sesuatu perkara dan yakinlah Tuhan menguji setiap hambaNya yang mengakui keimanan kepadaNya. Jangan terlalu banyak berkhayal untuk jadi yang terbaik kerana hidup tak semudah itu, perihal kehidupan sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi...Moga lelahmu dihargai Ilahi walau dicemuh insani=)

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea