Wednesday, July 7, 2010

untuk suka-suka,jangan diambil serius pula

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:49 AM

WANITA TANAH


Taurus(21 April-20Mei),

Virgo(24Ogos-23 September) dan

Capricon(22 Disember-20 Januari).


-seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.

-Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.

- Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.

-Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.

-Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa bawa dalam

-perhubungan konservatif, serius dan sederhana.

-Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.


WANITA API

Aries(21 Mac-20 April),

Leo(24 Julai-23 Ogos) dan

Sagittarius(23 November-21 Disember).


-Dilahirkan sebagai pemimpin

-Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.

-Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.

-Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.

-Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.

-Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.

- Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.

-Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.


WANITA ANGIN

Gemini(22 Mei-21 Jun),

Libra(24 September-23 Oktober) dan

Aquarius(21 Januari-19 Februari).


-Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.

-Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif,

-Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.

-Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.

-sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.

-Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.

-Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.


WANITA AIR

Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak;

Cancer(22 Jun-23 Julai)

Scorpio(24 Oktober-22 November) dan

Pisces(20 Februari-20 Mac).


-Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.

-Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental,

-mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati hati.

-Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang orang yang berada disekeliling

- cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.

-Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

0 nak jugak..!!:

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea