Wednesday, January 30, 2013

Orang Kata

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:13 PM
orang kata;

ibarat menarik rambut dalam tepung
rambut tidak putus, tepung tidak berselerak....
macam mana kita nak penuhkan hati kedua-dua belah pihak...??
bagaimana mahu membuat keputusan yang bijak..
apa yang orang faham apa yang aku nak.
bila orang akan faham..
sampai bila....
orang kata, kadangkala semua itu di luar kawalan
bila ia di luar kawalan kita, orang kata... just go with the flow
dan orang juga penah kata let it be like that..
dan kita yang jadi keliru, sampai bila kita nak dengar apa orang kata
suara hati kita, kita sendiri tak terdengar
sebab apa x dengar
sebab sibuk dengar apa orang kata..
kadangkala jugak, kita cuba penuhi keinginan apa yang orang kata kat kita..
walhal, kita sendiri tak pasti apa orang kata kat kita...
terlalu mendengar apa orang kata, orang akan kata: macam lembu dicucuk hidung
bila kita x dengar kata, orang akan kata: ketegaq
macam- macam kan?

0 nak jugak..!!:

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea