Thursday, March 5, 2009

episode 28:avon ngan airborne

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:48 PM 0 nak jugak..!!
ri nie lawak la dalam kelas epid
penulis duk sebelah ina
(semenjak dua menjak nie asyik duk sebelah ina ja...kebetulan)
ri nie cikgu baru masuk ajar kelas epidemiologi
ntah la penulis x tau napa ea ape
tapi yang pasti penulis mmg sangat respect kat ea...
bila kelas mula je
mulut ea ibarat bertih jagung,...cepat giler cikgu tu bercakap....
menyampaikan ilmu....dah la cakap laju pulak tu
kalah bullet train
lepas tu fully english lak tu...
mantap sungguh
kalu sebelum nie suasana kelas epid ala2 berada di universiti indonesia
ala berada di bali indonesia
ini kerna cikgu nya asal dari indon..namanya pak syariff
org nya bagus betul mengajar...x kering gusi
sikit2 tunjuk gigi..sikit tunjuk gigi..dah asyik gelak je dlm kelas pak syariff
so ari nie cikgu baru lak masuk ajar topik yg lebih kurang sama ngan pak syarif
dah la cakap org putih cepat giler...ish..ish..
ina lagi la bowat lawak,
kelas dah berlalu separuh abad leh pulak,baru ea perasaan
'cikgu nie cakap org putih full'
x cakap bahasa melayu ,baru kami perasaan'
penulis yang dengar ayat tu nak pecah gelak je.tapi tahan jugak..
then penulis kata balik kat ina
'ina ade la ea cakap bahasa melayu...
'ape???'

LAH~~..tu la perkataan bahasa melayu ea cakap...
lepas tu kita sama2 gelak

then x pe lagi,...

dah masuk separuh masa kedua
penulis mmg x tahan duduk dah
then penulis dengar ea cakap perkataan AVON...
Ingatkan salah dengar
penulis pon bowat la some sketching/doodle(nak upload gambo yang penulis lukis tp x boleh)
ngah lukis tu dgr perkataan AVON LAGI.....then dgr lagi perkataan AVON
HAISH!!!...x leh jadi nie
ape kes AVON masuk dlm epidemiology...
nak make up pesakit ke ..pelik2
sbab jiwa x tahan dah asyik dok dgr AVON...AVON JA dari tadi..penulis pon amik inisiatif tanya ina

'ina...cikgu cakap perkataan ape tadi ...avon kan...nak bowat ape ngan avon"(lebey kurg gitu la pertanyaan penulis)

ina ngan muka sikit terkejut
"ha!! AVON ...mana de avon ...bukan AVON but AIR BORNE LA.....'
penulis yang dgr perkataan tu ...pecah gelak ngan ina(tp still kontrol)
ooooooooooooo
rupanya AIRBORNE BUKAN AVON
slide KAT DEPAN PON mmg tulis AIRBORNE
HAHAHAH LAWAK LAWAK
mcm mana AVON LEH SESAT DLM KELAS EPID....







nota jari:tu la len kali dok depan
nie nak jugak dok belakang...kan dah salah pendengaran

Wednesday, March 4, 2009

episode 27:baju melayu warna hijau ...mana nak cari

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:34 PM 0 nak jugak..!!
ri nie penulis xde idea nak tulis ape(selalu mcm nie bila menghadap blog)
tapi penulis citer la pe yg berlaku
nothing spesel la today
kalu tomorrow maybe ye la
heheheheh
n waktu dlm kuliah tadi member penulis ina asyik ckap pasal hari esok je ngan penulis
siap menyebarkannya pada kos mate yg lain
naik malu la muka penulis
serius penulis kata
x tau mau bowat muka mcm mana dah
adusssssssss
x perlu kot
tadi dlm kelas pn hema pon ckap perkara yg sama
then kelas epid pon sama gak...
mcm x suprise dah tuk penulis
ina ...awak pon x lama lagi tau x
hehehehe
actually penulis takut gak hari esok...but still lagi bercampur rasa gembira ntah la
kalu nak tahu
sok la penulis citer


kita gi citer len pulak


sebenarnya,penulis x sabar nak gi camping...
yeyeyeyeyeyeyeyeye
last pergi pon waktu sem 1 tahun satu..
gi camping pbsm kat hulu langat
bes jugak la
tp x ramai budak kos mate yg gi
hanya 4 org je
penulis ,fida zu n mariana


tp camping kali nie mcm bes je
sebab totally all emeds pergi
kita org gi under jpa3
wah,semestinya penulis sangat tidak sabar menunggu
kita org akan gi kat sungkhai , perak
oraang kata tgempat tu bes je!!!
x sabar nak rasa kena"dera"
hahahaha

then kita org jyga bg setiap grup alpha,bravo ,delta n charlie
kena bowat mlm kebudayaan
sebenarnya,ptg td kt org baru praktis buat lathn
dah la lusa baru nak gi
penulis berada dlm group alpha..
go alpha goooooooooooooooooooo!!!!!!
hopefully,mlm tu berjalan ngan lancar n sukses
begitu juga ngan camping
amin....


tp de probs nie
masalah nyer mana nak cari baju melayu warna hijau...
korang..korang...korang yang membaca nie ade x
bagi pinjam boley.....

hahahhahahahahha

Monday, March 2, 2009

MANCHESTER UNITED WON

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:28 AM 0 nak jugak..!!

Piala Liga milik Manchester United.

Begitupun, usaha mereka untuk menjulang gelaran juara tidak dicapai dengan mudah kerana terpaksa berjuang sehingga ke masa tambahan selepas seri tanpa jaringan sebaik masa perlawanan sebenar tamat.


Pada masa tambahan, skuad bimbingan Alex Ferguson itu tetap sukar untuk meloloskan diri kerana tidak diberi ruang oleh pemain Spurs.
Kemenangan hanya ditentukan menerusi sepakan

penalti yang menyaksikan United menang 4-1.


Wira perlawanan akhir itu sudah pastinya penjaga gol United, Ben Foster apabila menyelamatkan sepakan penalti pertama Spurs menerusi Jamie O’Hara.
David Bentley pula gagal menyempurnakan sepakan penalti ketiga Spurs sebelum Anderson memastikan kemenangan bergaya buat United.
Sebelum itu, Ryan Giggs, Carlos Tevez dan Cristiano Ronaldo juga menyempurnakan tugas mereka bagi mengesahkan kemenangan mereka pada perlawanan akhir itu.
Ini merupakan kejayaan ketiga United pada Piala Liga dan kali terakhir melakukannya ialah pada tahun 1992 dan 2006.
Dengan kejayaan itu, United kini telah mendakap dua kejuaraan musim ini selepas menjuarai Kejohanan Kelab Piala Dunia, Disember tahun lalu.
Bagi Spurs, kekalahan itu bermakna mereka gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu selepas menewaskan Chelsea 2-1 pada perlawanan akhir.
PS:penulis x tgk xde tv la...huhuhu

episode 26: march yang 'hectic'

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:08 AM 0 nak jugak..!!

bulan mac telah bermula

manyak mende nak kena buat dlm bulan nie

sampai la pertengahan bulan april

adussssss


mende2 yang kena bowat



  1. intervensi hukm


  2. program keceriaan


  3. latihan silat tuk wajadiri(x mau gi)


  4. jpa's camping


  5. driving class


  6. photostater tuk kelas


  7. study la wei ape lagi


  8. final exam!!!!!!!!!!!!!!!!!!

tu je la kot bowat masa nie


akan bertambah rasanya



huhuhuhuhuhu

episode 25:tido..tido..tido..xde keje len dah

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:57 AM 0 nak jugak..!!
pagi nie penulis tension sikit
(tension yg sendiri bowat)
penulis nie mudah sangat tertido/tido/senang tido
semalam penulis tido terlebey
mulanya mcm nie
stat kul 8.15 pm penulis ngah syok la study phtc
(waktu tu azam nak abis baca buku tu sampai abis)
alih2 kul 10 lebey penulis rasa mata penulis x leh tahan dah
then tido lak
tido sekejap je nak hilangkan penat
set la alarm hpon kul 11.30 bngun balik
(dlm hati...aku harus bangun)



then....
1130.pm.....bunyi alarm
lagu konichiwa
berulang-ulang lagu tu
penulis amik hpon tu then turn off
boleh lak turn off....ngah mamaikan
punyalah mengong
mengantok ya rabbi
x tau nak cakap mcm mana
so sambung la tido
(waktu nie penulis x tau la mimpi ape)


then penulis bangun terkejut kul 2.35 pagi mcm tu
sebab penulis x solat isyak lagi
baru teringat
then
cepat2 penulis gi toilet amik air sembahyang
sembahyang
alhamdulillah



lepas tu mata pon dah segar bugar
semangat nak study pon dah ada
so penulis sambung study semalam
bajet nak straight sampai pagi
alih2 kul 5.ooam mcm tu terbungkang balik atas katil
ish..ish..ish...kronk giler masalah penulis
(waktu nie mimpi penulis sangat pelik but cute)

lepas tu terjaga balik kul 6.45am
sembahyang subuh pulak
bila penulis ingat balik
sakitnya hati kerna semacam menbazir masa
final dh la nak dekat
adusssss...mcm mana nie yek


skunk dah pagi
konpom x tido nyer...better study...
gambate



p/s:penulis sangat alert dgn perkara perkara yg melibatkan angka =)

Friday, February 27, 2009

episode 24:study

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:19 PM 0 nak jugak..!!
T.E.N.S.I.O.N

PENULIS TAK STUDY LAGI!!!!!!
JELES MELIHAT MEMBER YANG LAIN
ANDA SUNGGUH BERTUAH...
BERPELUANG MEN 'STUDY' KAN DIRI
HUAAAAAAA

Friday, February 20, 2009

mengumpat

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:16 PM 1 nak jugak..!!
Dosa Mengumpat

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.

Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak.

Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan

Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat,

ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama.

Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,

inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar,

malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah

biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Sabda Rasulullah S.A.W.

bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

"Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia

Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.

Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan

mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain.

Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya!

Janganlah kamu mengumpat kaum muslim,

dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya.

Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya,

maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya,

meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri

" (Hadis riwayat Abu Daud) Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat.

Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering

". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili,

diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat

catatan amalan kebaikan yang tidak pernah

dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah

"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini,

sedangkan aku tidak pernah melakukannya".

Maka Allah menjawab :

"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat,

maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat.

Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat,

kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.




p/s; penulis bingung..sangat2 bingung
sebab ape kadang kala term 'mengumpat ' telah bertukar kepada 'luahan perasaan'
ade yang masih x faham penulis rasa..
mcm nie
kalu bila penulis bersama-sama ngan ngan member penulis
sometimes penulis juga de mendengar ketidakpuasan hati member2 penulis terhadap seseorang
dan kebanyakkan darinya sering kali bila ingin meluahkan perasaan ketidakpuasan hati
terhadap seseorang ea mesti akan mengguna kan ayat nie
"nie bukan mengumpat ye..nie delah luahan perasaan'
"aku menyampah kat ea...selalu mcm nie la..mcm tu la..."
bukan itu dah citer keburukkan org
tapi dlm membuat luahan perasaan tersebut sometimes nama seseorang yang ea x puas hati akan disebut...
bukan kah itu juga mengumpat..
penulis pon sendiri bingung...
penulis rasa itu macam dah mengumpat...
tapi x kan apabila kawan penulis ngah sakit hati or x puas hati nak lak kata
kita nak bowat bodoh mcm tu..
rasa bersalah lah pulak
bila member dah letak kepercayaan pada kita nak luah perasaan ea
kita lak nak bowat dek jek
sangat pelik
emmm...nie lah perkara yang merunsingkan penulis
penulis x mau la menanggung dosa mengumpat n mendengar umpatan
penulis akan lebih berhati-hati di masa akan datang
insyaallah

Thursday, February 19, 2009

ada apa dengan gambo??

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:21 AM 2 nak jugak..!!
gambo nie penulis dpt kul 3.oo pg tadi
ngah dok syok donload
tup2
budak si ili nie online lak dlm ym
terkejuz gak nape ea x tido lagi
nie lah perbualan penulis ngan si ili dlm ym
ili:buzz!
penulis :buzz!
penulis:nape x tido lg,lwat dah kot
ili:heheheh
ili:mata x leh pejam sebab tadi dh tido
penulis:yeke
ili:dah bowat pe tu lewat kot
penulis:hehehe ngah donload
xde exam ke??
ili:exam ri jumaat lak,sb tu tdo lewat sikit,exam bila lak?
penulis:hehehe,dah abes..
ili:patot la...nie nak bagi gambo kulai ari tu..
tu je la yang sempat penulis ingat bait2 ym tersebut
then penulis pikir nak masuk dlm blog
so maka
masuk lah ea ke dalam blog nie
ibarat anak itik pulang terkedek2 dlm reban
hahahhaha

nie penulis ngan mak angkat..'
dpt mak angkat sebab masuk bakti siswa anjuran uni
kalu x ,emmm
x dapat la den
tu pon de yang tolak
so apalagi penulis join la
merit banyak dol!!
hehehe
penulis control ayu
ye ke???
(blah lah!!)

hepy family


sweet bangat mereka
anak dara pingitan kampung kulai
dah kawen kot semua


mak2 idaman jejaka malaya





nie ili,
kawan penulis
kita org sama mak angkat kat kulai ari tu
besh la ea nie..
dah la ayu lak tu...
berkawan ngan budak ganaz
mcm penulis
ahahahaha
caya x b'day ea sehari selepas b'day penulis
dh la tahun sama..bulan pon sama
waktu kita org dpt tau tu...
mmg gelak besar
x sangka tul..





nie ayah angkat ngan ili
nama nya haji shariff
tp kat kg org panggil wak shariff
sebab ea da darah campuran sikit ngan jawo







pasangan bahagia hingga ari nie..
msti nyer kalu mcm tu
haji shariff dan hajjah aminah





tu je la... program nie dah setahun berlalu..
gambo nie pon waktu penduduk kg kulai bowat
lawatan balas kat kl..
macih ye semua

Tuesday, February 17, 2009

episode 23:ber'blog baik tuk kesihatan

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:14 PM 0 nak jugak..!!
penulis rasa menjadi seorang penulis blog adelah amat susah
adakah agak susah?
adakah susahnya seperti
ala2 menjawab soklan math tam+biostatik pad masa yg sama
ataupon dipaksa untuk memilih sma ada mahu memakai kasut converse mahupon kasut adidas..
rasa nya tahap 'kesusahan' untuk menjadi penulis blog tidak lagi lah sehingga membawa maut
ade dgr ke kat berita org mati sebab menulis blog...
hehehe..
(itu hanyalah imaginasi penulis yg ngah melalut skunk...abaikan)
susah ke??sebab ape??
emmm..
sebab ape...perlu mencari idea2 peristiwa menarik tuk diletakkan dlm blog
tul x
perkataan "mencari"pon dh menujukkan kesukaran mendapat berita2 panas
ala goreng pisang(....sekali lagi..penulis melalut)


membaca blog orang lain juga salah satu hobi penulis
menziarah dari satu blog ke satu blog..
mmg besh...(tapi x larat la mata nak baca semua)
mcm2 gaya penulisan leh penulis tgk
ade yg blog ye jual brg2...ade yg blog hanya melibatkan music sahaja..
de juga yang menjadi kan blog sebagai 'kertas kajang' untuk menulis
peristiwa2 menarik yang berlaku pada owner nyer blog..
blog mengenai politik tanah air pon ade
x ketinggalan yang berinsur islamic pon ade...
syabas la ucap kat korang...kerana mengambil jalan berani mati untuk
menulis ape yang tersurat yg terdapat pada korang
supaya ia nya menjadi tersirat
malahan menjadi santapan2 mata n minda penulis blog2 lain
mulakan berblog ngan niat yang baik ye..

penulis sebenarya ragu2 gak nak membuat blog nie pada mulanya..
penulis tahu pon waktu matrik
cikgu english suruh bowat
then suruh lak student ea add dia nyer blog
kelakor kan
then lepas tu penulis x active langsung berblog nie...
sampai la masuk universiti...
tu pon sebab de excess wireless..
hehehe

de juga mmber yang x tahu apa itu BLOG
emmm..jangan salah kan mereka...bukan mereka tak tahu
tapi mereka..x seperti penulis blog yang lain
dimana tidak mendapat excess internet...
selalunya blog akan mula terisi,diisi,berisi
oleh penulis blog apabila mereka mula mendapat excess internet...
tul kan
cuba bayangkan kalu x dpt internet...alamat blog tu x berasap la jawabnya(hehe..faham x)

de juga pihak segelintir suku kaum homosapiens
yang memperlekeh-lekehkan blog nie..
"bowat pe tulis blog...bohsan la..'
'blog tulis nak bowat pe...ingat diari ke"
"aku anti blog"
de sampai mcm tu sekali
setiap org mempunyai pandangan masing2...
mereka berhak ke atas diri mereka...
cuma kalu korang x suka jgn la kutuk...kalu nak kutuk gak korang leh blah!!!
hehehehe..

selalunya blog yg menarik ialah blog yg boleh membuatkan
penulis blog lain membaca blog tersebut..
penulis blog nie sebenarnya kreatif...
kalu tgk n teliti..setiap dia org mmg de stail tersendiri...
tapi penulis sendiri mengakui yg penulis belum mencapai target tu lagi
masih lagi mencari2
(wah ,teringat dok kat skolah lak ...cikgu asyik suruh capai target spm la..target pmr la)


sebenarnya 'ber'blog nie bagus
mengajar seseorang penulis itu mengeluarkan ideanya..
belajar mencari maklumat
belajar mendapat maklumat...
dan juga mencambahkan idea dlm penulisan..
mengajar untuk memberi pendapat..
kan 'sharing is caring'
malahan leh dpt ramai kawan
tapi hati2 lah sedikit
kerna de juga mela'un2 diluar sana yang menyalahgunakan 'ber'blog nie
penah penulis bukak satu blog nie(lupa la adress ea ape)
mengutuk negara malaysia...
panas hati penulis baca...negara seberang pulak tu(emm..teka2 la yeh)..
x patot....x leh bowat pe la sebab blog tu under negara org lain...
so sekali lagi
mulakan berblog ngan niat yang baik
sekadar untuk berkongsi pengalaman...
sharing is caring...
ok...
tu je la penulis nak tulis pon
nie tulis pon sebab kagum ngan blog2 penulis lain..
(nie , baru balik menziarahi blog2 orang lain sebenarnya....)

episode 22:abes exam..nak bowat ape

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:58 PM 0 nak jugak..!!
abes sudah midsem...

emmm..

hanya 3 papers je

tapi..

penulis x mau komen apa2 la

berserah je pada ALLAH..

skunk nie x tau nak bowat pe..

kepala pon ngah penin+ blur2 je
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea