Saturday, April 18, 2009

asap dan berasap

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:29 AM 0 nak jugak..!!
















nie ape nie gambo tengkorak




















nape entah pagi2 buta nie penulis semacam dapat hidayah

nak upload gambo nie..

take a look

pada yang pembakar rokok tegar

dinasihatkan bawak2 la mengucap..

Friday, April 17, 2009

episode 41:tensen

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:26 PM 0 nak jugak..!!
ola....assalamualaikum
hati penulis ri nie membuak-buak nak tulis kat blog semacam gian dah
walaupun entry sebelum nie kata x akan berupdated
ahhhh...abaikan entry tu..
bila hati nie nak..nak jugak..
ari nie penulis langgar sumpah nenek kebayan gunung ledang
hahahaha
kalu sebelum nie x mo bukak fs fb n blog
tp ri nie terlerai sudah sumpah puteri beradu yang tidoo 100 tahun lamanya..bak rapunzel yang mahu larikan diri dari menara menggunakan rambutnya yang panjang....
ahhh...bila diri nie tensen dh semacam kerbau nak beranak sepuluh..semua dia nak bantai
nie pun penulis menulis sangat laju
tumpang idea giler ngah kuar mencurah2 ke ladang gandum
ahh.....terbenti la pulak..
sambung balik
lagi dua hari nak exam
baca
emmmmm
mmg la baca tapi...entah la macm x baca pon ade
siot je....
ingatan nie pon awat la lemah sangat tolong la...
(tanda2 alzheimer kot)
haiiiiiiiiiiii
x tauu nak cakap gapo
sebenarnya hati ngah riso nie..emmm
tuk exam nie penulis x harap2 ape
entah la...
moga lulus semua nya
bukan penulis xmau nak letak harapan..cuma ea laa
kalu tgk penilaian berterusan sebelum nie mmg hancus...
de la hukm nyer penilaian de fail..then ngan midsem nyer... 2 c 1 a
macam ape je.....
kawan penulis pernah cakap...kalu midsem x dapat A alamat final exam susah la nak dapat A
tapi alhamdulillah la jugak
tapi memang seyes cakap ..penulis x harap2 ape..
penulis pun bukan bijak tara mana pon..dalam kelas pon paling last rasennya
xpe..penulis still lagi sedar diri(ahhh...sedey la pulak)....ces

ahhhh....abaikannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
memang penulis kena ikut hukum alam la kalau nak jawab exam..
sebetulnya penulis memang x suka menghafal..
memang la kita perlu paham..paham dah but kena hafal tu...
yang buat penulis sedikit sengal nak buat..
menghafal nie salah satu kelemahan terbesar penulis..
seyes cakap...
falsampah penulis kalu belajar
"belajar dari pengalaman."
baru kekal sampai bila2
yang tu buat kita ingat sampai bila2
kadang kala penulis sangat x puas hati ngan sistem pembelajaran pemberian markah universiti
sebagai contoh...markah akan di beri sekiranya terdapat certain words yang di kehendaki dan terdapat dalam skema..baru diberi markah..bukan kah itu bermaksud pelajar perlu menghafal...ini di akui sendiri oleh pensyarah penulis...
"kamu akan mendapat markah sekiranya terdapat perkataan yang saya kehendaki" kelas pak syariff
kan lebih bagus kalu sekiranya..pelajar penulis jawapannya mengikut pemahamannya ...bukan kah nie lebih mengalakkan pelajar berfikir. berkembang otaknya ..bekerja saraf neuronnya....dan tidak berada dalam satu kelompok pemikiran yang berlandaskan nota..nota..nota semata...
x perlu kot nak menghafal...
tapi still lagi kena ikut hukum newton 1
iaitu sesuatu objek akan terus bergerak selagi mana tiada daya di kenakan ke atasnya..dan sesuatu objek akan terus pegun di kedudukannya..selagi mana tiada daya dikenakan ke atasnya
paham x ????bukak balik buku fizik form 5 chapter 5.. (penulis agak2 je..tapi mmg taju dia depan2...kat bahagian form 5)
kan lebih bagus sekiranya daya dikenakan ketas objek pegun dan kita lihat variasi nyer kemana objek itu bergerak..ke kanan kah ke kiri kah ke depan kah...
bila varisi itu berlaku baru kita akan mencari faktor manipulasi nyer...
bukan kah nie menggalakkan pemikiran..mencari jawapan yang x perlu skemanya
tetapi memandangkan uni nie bukan nenek moyang penulis yang punya..kena lah penulis mengikut hukum newton itu
begitulah keadaanya sekarang
penulis harus ...menghafal...emmmm..x boleh tolak hukum alam...

menghafal dan faham..
emmmm
adusss.....
banyak lagi penulis tak baca....
pato....second round yang memenatkan
dah la puas hati bila dapat bebel dalam nie blog


nota jari : adakah penulis sedang memberi alasan...?terpulang pada pemikiran anda...ini penulis rasa sepanjang penulis menjadi pelajar..

Sunday, April 12, 2009

perhatian

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:14 PM 0 nak jugak..!!
......................................................................
this will be the last entry for a few next weeks
no update from me
disconnected
arigato
this is not cobaan..this is really betul2
[i'm trying]
....................................................................

episode 40:exam mode

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:05 PM 0 nak jugak..!!
mula rasa gerun ngan exam
dalam pale otak nih dah mula fikir..mende buruk2
nauzubillah.....
soklan yang kuar dlm pale otak nih,mcm2
kalu penulis x buat nie...penulis akan mcm nie
kalu mcm nie..alamatnya jadi mcm nie
kalu penulis x study...jawab nyer lingkup result(nauzubillah)
penulis x mo macam tu
mcm2 penulis pikir...wah...penulis kena pulun sepulun.pulunnya
so yana...berusahalah....jangan malas....jangan pedulikan mende2 len...
ok...gambate
yang penting
attitude

episode 39: nape la ngan penulis nih

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:59 AM 0 nak jugak..!!
membaca nota
sambil tangan sibuk membuat komen di fb..
mana gi nyer attitude..next week dah la exam
seyes cakap..penulis memang x leh baca buku ke nota ke..dlm keadaan statik.
maksudnyer bilik tu kena sepi macm gua....bacanyer atas mesti atas meja..
memang xleh..cepat bosan..
penulis suka buka lagu...tapi dpt concentrate ke x..emmm...penulis leh kata not 100%
macam mana nih...
lagi satu penulis ade masalah sangat dengan tido..NIE BETUL2 SERIUS CAKAP
easy to fall sleep...sebab tu spm mcm ape jeh
lagi satu penulis memang jarang la buat short notes---sebabnya tulisan penulis memang sah2 x lawa..
kalu penulis baca balik pon..memang xde mood je nak baca..ade la jugak buat..but x kan refer balik la...ape la nak jadi ngan penulis..rasa bersalah la pulak kat mak dan abah penulis..=(
nota jari:ya allah kurniakan aku istiqamah itu..ya allah..amin

Saturday, April 11, 2009

pabila tiba masanya

ayat dianyam oleh yana yahya at 3:15 PM 0 nak jugak..!!
KUALA LUMPUR 10 April - Kesemua empat jemaah yang maut dalam kemalangan jalan raya di Bir Ali, Madinah, kelmarin selamat dikebumikan selepas solat Jumaat hari ini pada waktu tempatan.
Setiausaha Bahagian Konsular, Bahagian Penerangan Luar Negeri, Ayauf Bachi berkata, keempat-empat jenazah tersebut dikebumikan di Kota Madinah kira-kira pukul 2 petang.
Beliau berkata, kesemua keluarga dan waris mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara tersebut.
"Jenazah-jenazah itu hanya dapat dikebumikan pada hari ini kerana menunggu beberapa proses dokumentasi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kelmarin, empat rakyat Malaysia dan seorang warga Indonesia terbunuh apabila bas yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan jalan raya di Bir Ali, Madinah, Arab Saudi.
Kejadian berlaku ketika bas yang membawa 19 anggota rombongan umrah dari Malaysia itu bertembung dengan sebuah trak kecil dari arah hadapan, kira-kira 40 kilometer menuju Madinah.
Rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian itu ialah Mohamad Ali Borhan, 68, dari Melaka, Rozita Jamaludin, 43, dari Perak, Sam Mad Saman, 60, dari Selangor dan Abdul Jalil Ahmad, 66, dari Negeri Sembilan.
Kejadian pada pukul 8.30 pagi waktu tempatan itu turut mencederakan seorang rakyat Malaysia iaitu Rohani Aziz, 55. Beliau dirawat di Hospital Besar Neeqat, Madinah dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Selain itu, Ayauf menjelaskan, konsulat Malaysia di negara tersebut akan melawat Rohani pada hari ini bagi menghulurkan bantuan serta keperluan mangsa.
Ditanya sama ada jemaah lain yang terselamat dalam kejadian itu akan dibawa pulang ke tanah air, Ayauf berkata, pihaknya menyerahkan kepada ejen rombongan tersebut.



nota jari : takziah diberikan kepada abg.azrol (coursemate) dimana ayahanda beliau juga terlibat dalam kemalangan tersebut(dibold).....moga roh arwah dicucuri rahmat olehnya..
al fatihah......


nota jari 2: ajal x mengenal tempat..dunia nie hanya sementara..disana kekal abadi...
jangan takut kerna tidak lewat sedetik atau awal sedetik...apa yang telah ditetapkan ...maka itulah...kita manusia...apakah cukup bekalan kamu untuk dituai disana..?

episode 37 : good luck

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:42 AM 0 nak jugak..!!
good morning...lagi 2 jam 30 minit
semoga berjaya tuk budak emeds tuk hari nie..
hari nie phtc's exam...
jangan gabra ye...
jangan gelabah...
nanti maybe ade yang akan terlupa some part..
just carry on ok..

Friday, April 10, 2009

sirul dan azilah yang suka sangat bertopeng

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:31 PM 0 nak jugak..!!
DIPETIK DARI HARAKAHDAILY.NET


KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - Berikut adalah beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Majlis Tertinggi KeADILan Badrul Hisham dalam blognya mengulas keputusan dua anggota UTK, Azilah dan Sirul yang dihukum gantung sampai mati dalam kes Altantuya Sharibuu iaitu:

1. Azilah dan Sirul tidak pernah kenal Altantuya, apa motif pembunuhan ? Rogol, Rompak..? Mereka ialah anggota UTK yang berdisiplin dilatih mengikut arahan.

2 .Mana senjata pembunuhan, dalam kenyataan beramaran yang dibuat Sirul dia mengaku menembak Altantuya tetapi kenapa senjata pembunuhan tidak wujud dalam perbicaraan?

3. Bagaimana rekod kemasukan Altantuya tidak wujud dalam rekod imigresen sebaliknya ada orang dihukum mati dalam negara yang tidak ada rekod Altantuya masuk ?


4. Mengikut penulis dari Perancis dia mengatakan maklumat pembunuhan Altantuya yang dibunuh kerana melindungi transaksi melibatkan wang besar hasil jual beli kapal selam lengkap tersimpan ditangan agen perisikian Russia.... apa sebenarnya berlaku ...



5. Kenapa Azilah dan Sirul diberi keistimewaan tidak memperlihatkan wajahnya sepanjang keluar dan masuk mahkamah ?

Dalam pada itu Herman Samsudin menulis di sebuah laman web juga turut mempersoalkan bahawa rakyat diluar khususnya keluarga mangsa pastinya ingin melihat wajah kedua-dua tertuduh itu di mana sebelum ini, hanya wajah tertuduh ketiga yang telah dibebaskan, Abdul Razak Abdullah Baginda sahaja yang dapat dilihat.
Katanya sebelum ini kes Mona Fandey yang membunuh seorang exco kerajaan negeri Pahang, Dato' Mazlan pada 1993. Wajah beliau sebagai tertuduh begitu senang diambil oleh wartawan.
Begitu juga dengan kes yang melibatkan Dato' Mokhtar Hashim, seorang mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang didapati bersalah atas tuduhan membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib-Kedua-dua mereka adalah pimpinan Umno Negeri Sembilan.

Menurut web tersebut masyarakat dunia melihat perbicaraan kes ini menjadi pelik dengan apa yang dilakukan oleh Azilah dan Sirul yang sentiasa bertopeng ketika muncul dikhalayak ramai.

"Sehingga ada teori-teori nakal yang mengatakan bahawa hukuman gantung akan diberikan bagi menutup kes ini walaupun Sirul mendakwa ada dalang lain di sebalik kes ini.

"Walaubagaimana pun, ketika hukuman mati yang hanya dihadiri orang-orang tertentu, mereka tidak digantung. Yang digantung adalah orang lain yang sememangnya ada kes untuk digantung tetapi tidak sepopular mereka," katanya dalam Buletin Online.
Dalam teori rambangnya itu beliau mengatakan bahawa kemudian mereka akan dibebaskan senyap-senyap dan ditukar identiti sebelum dihantar ke luar negara.
Kes akan ditutup begitu sahaja dan dalang tidak akan dicari lagi samalah seperti kes Norita yang kini sudah senyap sepi selepas Hanif Basri dibebaskan.
"Sesiapa pun boleh reka teori mereka, tapi kita harus yakin dengan undang-undang dan kredibiliti Polis.
"Dalam apa jua keadaan rakyat tetap berharap untuk melihat wajah kedua mereka. Sekurang-kurangnya bila lihat wajah mereka cerita plot yang direka-reka ini akan mati begitu sahaja," katanya.

Wednesday, April 8, 2009

hati itu rasa

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:28 PM 0 nak jugak..!!
dalam banyak organ badan manusia..kenapa hanya satu saja..
yang dapat merasa sesuatu..hati..manusia selaunya mengaitkan perasaannya dengan hati..
ayat yang selalu didengar...hati dan perasaan....saling berkait..ibarat adik2 satu bapak
tapi lain mak..
cis penulis cuba berjiwang..tapi apakan daya memang x boleh..dah cuba memang x boleh....hati nie memang susah nak jaga..silap2 hari bulan..dok makan hati je..hahaha..
menjaga hati semua orang sangat la susah.kadang2 dalam ketidaksedaran kita sendiri..juga menyebabkan kawan terasa hati....

maaflah...sebarang tindak tanduk penulis adalah bukan tuk menyakiti..
mungkin sekadar gurauan..x lebih dan xkurang....
tetapi kawan2 kita sedar ke..yang kita juga ada hati.....hati...kadangkala pertuturan memainkan peranan penting dalam memastikan hati tersebut 'hidup'...bukan saja pertuturan malahan perbuatan juga turut mengundang kepada permasalahan nie(ayat nie...teringat waktu form masuk forum remaja..)...nak menjaga hati semua orang sangat lah susah...
nasib baik lah hati nie terdiri dari sel yang boleh 'regenerate' semula....jangan sampai dia menjadi tahap necrosis..meninggalkan kesan parut yang teramat la panjang dan dalam sudah la....hati la juga yang membawa seseorang tu kepada matlamat dia..hati jugalah kita dapat merasai perasaan yang patut kita rasa..hati lah yang sebenarnya memanipulasi manusia itu sendiri..ada kalanya kita gembira..adakalanya sedih tahap gaban..adakalnya..riso tahap maut..adakalanya nya.....emm..pikir la sendiri....semuanya datang dari nie..(fakta nie bukan lah mengikut sains)
ape sebenarnya motif penulis cuba sampaikan..
entahlah..penulis pun tak tahu..tapi memang hari nie macam nak cakap pasal hati..
hati yang penulis maksudkan bukan lah bersifat lahiriah..atau pon organ hati (liver) tetapi lebih bersifat subjektif..yang boleh kita rasa.tai x boleh dipegang atau pun disentuh..hanya boleh dirasa...dirasa.....dirasa sahaja.............
'aku punya rasa..tak terungkapkan...'..bait2 lagu acha......
rasa dari hati yang sendiri..atau kadangkala manusia sendiri pun x faham..
sangat kompleks...susah dimengertikan..ditafsirkan..dan diuraikan....

kadangkala kalu disalah tafsir..boleh membawa kepada maut
eh bukan...boleh membawa kepada salah faham
yang nie lagi susah..
sekali lagi ...hati adalah perasaan..perasaan adalah hati...
dua2 sama penting...

air mata darah

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:10 AM 0 nak jugak..!!



PATNA - Seorang gadis, Rashida Khatoon dianggap sebagai keramat di India selepas sejumlah penduduk melihat dia mengeluarkan air mata darah, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa doktor di Patna berasa hairan dengan keadaan Rashida dan belum mengetahui punca menyebabkan dia menangis air mata darah beberapa kali dalam sehari.
Namun, beberapa penduduk tempatan menganggap keadaan diri Rashida sebagai satu keajaiban.
Sejumlah penduduk berduyun-duyun mengunjungi rumahnya dengan memberikan Rashida dan keluarganya hadiah.
"Saya tidak pernah berasa sakit apabila ia berlaku (menangis) tetapi terkejut kerana melihat darah dan bukannya air," kata Rashida. -

nota jari:emmm..akhirnya ada jugak yang menangis air mata darah..

sumber:kosmo

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea