Friday, March 19, 2010

'ringan- ringan' tu ape???

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:05 PM 2 nak jugak..!!
Untuk Renungan Bersama...

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumahtangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain -lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَسَعْدُبْنُعُبَادَةَ: لَوْرَأَيْتُرَجُلاًمَعَامْرَأَتِيلَضَرَبْتُهُبِالسّيْفِغَيْرُمُصْفِحٍعَنْهُ،فَبَلَغَذَلِكَرَسُولَاللّهِصلىاللهعليهعلىآلهوسلمفَقَالَ: أَتَعْجَبُونَمِنْغَيْرَةِسَعْدٍ؟فَوَاللهلأَنَاأَغْيَرُمِنْهُ،وَاللهأَغْيَرُمِنّي،مِنْأَجْلِغَيْرَةِاللهحَرّمَالْفَوَاحِشَمَاظَهَرَمِنْهَاوَمَابَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.Kesian si suami yang terpaksa share isteri dgn lelaki lain.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.


5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Sebenarnye fesyen busana muslimah pada hari ini tidak mengikut syariat islam yang sebenar, pandang2 dan fikir2 lah bapak2 dan ibu2 fesyen apa yg anak2 kita pakai pada hari ini…adakah mengikut ajaran Rasulullah atau Yahudi…

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
منقتلدونأهلهفهوشهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Friday, March 12, 2010

kuala lumpur international book fair 2010

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:27 AM 0 nak jugak..!!




oh my dior!!!
pesta buku datang lagi
berita baik..
pesta ini telah diawalkan sebulan
so x de alasan x leh gi
aku x sabar
nak balas dendam sebab tahun lepas aku tak gi ....sebabnya bulan exam ok... xsempat n xde masa
pasti kan kosongkan segala aktiviti anda pada hari yang telah diberitahu

ohhhh i like books..although i'm a bad learner


nota jari:cik zu,kalu nak gi ajak ye

Wednesday, March 10, 2010

aku nak motor...

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:33 PM 0 nak jugak..!!
tadi aku kuar ,cadangannyer nak beli kasut la,sebabnya kasut aku dah rabak,sampai tapak kasut aku terbelah dua.
bukan sebelah,tapi dua-dua belah kasut aku mcm tu
tapi paling teruk kasut yang sebelah kanan la..
memang nazak,tapak kasut tu dah ibarat nyawa-nyawa ikan dah
gamaknyer kalu aku berlari memang sah2 la tapak tinggal belakang
aku ngan kasut aku jek yg gerak depan..
ah..x kisah la selamat pon beli kasut baru..
terpaksa batal janji ngan diri sendiri
cadangannya nak buat double shift ari nie kat labour room
tetapi memandangkan kasut sangat la nak innaillah..terpaksa la korbankan..
tapi sebenarnya bukan ini yang aku nak citer..

tadi waktu aku tunggu bas,kat kolej aku la kan..
tengah dok godek-godek hanset,
kononya ngah ber-msg la...tapi dok tgk profile facebook..
sudeenly, de sorang budak junir bawak motor..
aku tengok moto dia smart...kolor merah..lawa..
lagenda aku rasa..
dan tetiba aku nak memiliki sebuah motor walhal pitisnya ngak ada





warna potih lawa gak

sebab ape aku macam teringin nak de motor
1- aku dok jauh ngan hostel asal aku kat cheras..tapi semenjak posting nie aku kerap ulangalik la dari titwangsa ke cheras(walhal x kerap ok..)



2- bila balik bawak barang banyak gilor..ngan laptop lagi,ngan beg bimbit la...sangat menyusah lagi2 kalu nek lrt/monorel..macam nak tercabut dah bahu aku nie..kang x pasal dapat shoulder dystocia



3- leh la aku gunakanya untuk balik hostel lepas abes posting...x perlu la nak jalan kaki ..penat tau..sangat penat

4-leh la jimat duit taxi...x sanggup aku nak ulang-alik nek taxi ok

5-nak kuar jalan senang...x payah nak tunggu bas datang amik...


merah tetap jadi pilihan
tapi nie bukan lagenda,LC ok

tapi sebabnya x boleh dapat walaupun pernah menyuarakannya pada emak tersayang

1-mak x bagi...mak kata kl bahaya..jangan nak ngada(even kat sp pon mak jadi pemboncang setia aku,sebab mak tau aku bawak laju...aku nie x betah nak bawak pelan-pelan mcam kura-kura beranak sepuluh

2- kekurangan pitis...bukan xde pitis...


bila kombine kan keduanya..memang sangat sesuai la sebab ape aku x akan dapat motor even sampai dah abis grad...

Sunday, March 7, 2010

busy tu best??

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:18 PM 0 nak jugak..!!
amik masa sekejap tuk berehat dalam dunia blog aku..
pergh..penat + stress...manyak tul keja nak buat..
dan aku rasa dengan berblog je dapat mengurangkan sedikit kestress-an aku..
malam nie macam-macam nak bt..banyak nak bt..tp satu pun aku rasa x terhabis.
ditambah lak ngan hati yg sememangnya dah x betul..
susahh la macam tu...bila jiwa dah kaco +sedey tetiba+ sedikit cemburu..
akan automatically nyer meng-stimulate seluruh minda..so minda leh fokus..
macam aku la sekarang nie...so bila x leh focus maka ia akan menyebabkan pening...
jadi macam aku sekarang...
mee goreng basah favarot aku and teh tarik dah hampir sejam aku beli tapi..samapi sekarang aku x makan lagi.....

huh..............................................


nota jari-sori no pics

The.....

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:26 PM 2 nak jugak..!!
The most destructive habit......................Worry
The greatest Joy...............................Giving
The greatest loss................Loss of self-respect
The most satisfying work...............Helping others
The ugliest personality trait.............Selfishness
The most endangered species.........Dedicated leaders
Our greatest natural resource...............Our youth
The greatest "shot in the arm"..........Encouragement
The greatest problem to overcome.................Fear
The most effective sleeping pill........Peace of mind
The most crippling failure disease............Excuses
The most powerful force in life..................Love
The most dangerous pariah..................A gossiper
The world's most incredible computer........The brain
The worst thing to be without................... Hope
The deadliest weapon.......................The tongue
The two most power-filled words..............."I Can"
The greatest asset..............................Faith
The most worthless emotion..................Self-pity
The most beautiful attire......................SMILE!
The most prized possession................Integrity
The most powerful channel of communication.....Prayer
The most contagious spirit.................Enthusiasm
The most important thing in life..................GOD

Thursday, March 4, 2010

CREDIT TUK MAK

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:42 PM 4 nak jugak..!!


"aku nak citer betapa bahagianya seorang ibu melahirkan anak"

"aku nak citer betapa berasa bangga dan bertuahnya seorang bapa mengazan anak yang baru dilahirkan."

"aku nak citer sesungguhnya airmata ibu yang mengalir sewaktu bersalin bukan kerana kesakitan,tetapi kerna betapa berusahanya seorang ibu memastikan anak itu selamat"

"aku nak citer betapa takutnya hati si bapa bila melihat isterinya meraung kesakitan,tetapi apa yang mampu dia buat hanya berlagak cool didepan isterinya"

"aku nak citer aku dapat merasa nikmat kesakitan yang dialami oleh si ibu dengan hanya melihat ketika bersalin,tetapi bayangkan bagaimana kesakitan yang dihadapi oleh ibu itu sendiri"

"aku nak citer, ntah berapa kali si bapa ulang alik depan pintu wad bersalin"

"aku nak citer,betapa susahnya bayi nak keluar dari lubang yang kecil itu"

"aku nak citer,betapa banyak darah yang 'terpaksa' dikeluarkan oleh si ibu"

"aku nak citer,bila si bapa marah-marah bila si isterinya masih x sedarkan diri selepas bersalin"

"aku nak citer, betapa syukurnya si ibu bila dapat mendengar tangisan anaknya,seolah-olah itulah bunyi yang paling merdu sekali yang pernah dia dengar"

"aku nak citer,betapa si anak dicium dengan sepenuh takzim oleh ibu dan ayah"

"aku nak citer,betapa bahagia pasangan tersebut"

tapi aku hanya mampu bercerita sahaja...sebabnya aku melihat..belum merasai pengalaman sebegitu rupa...


dan sempena dengan cerita nie aku nak ucap terima kasih kat mak aku
kerna bersusah payah untuk aku dari aku dilahirkan sampai sekarang....
terima kasih kerna berusaha untuk aku
terima kasih sebab sanggup menahan sakit itu
terima kasih sebab sanggup kendong aku selama 9 bulan
terima kasih sebab sanggup tahan morning sickness
terima kasih sebab melahirkan aku pada 5/3/1988..
terima kasih mak...
mungkin mak x tahu...
walaupun akak kurang mengekpressikan perasaan sayang.
walaupun depan mak akak tunjukkan akak nie 'tough'
tapi hakikatnya
AKAK SANGAT...SANGAT...SANGAT..SANGAT SAYANG KAT MAK....

berikanlah kekuatan

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:28 PM 0 nak jugak..!!



perkara-perkara yang perlu aku buat tuk sepanjang bulan march nie


1-continue posting at HKL,compulsory to fill up the log book
2-become second exco programme for emed's camping
3-become secretary for annual dinner
4-do reflective essay...need to send immediately
5-next cbs with naim
6-balik kampung...urgent
7-study
8-final exam....
9-last but not least LI for seven weeks>>>T.T

malam

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:30 PM 0 nak jugak..!!
malam itu kelam
malam itu suram
malam itu seram

malam itu sepi
malam itu indah
malam itu nyata yang hakiki

malam itu fantasi
fantasi yang membutakan mata
mata-mata si penghuni kota...
usah dikau mencari
kerna mereka mencari..
sang habuan yang yang berbukit di lembah durjana
tanpa putus,tanpa kudus..
tanpa sesal,tanpa kesal
ia akan tetap begitu

di manakah ertinya malam
malam yang kau puja wahai si wali..
anak-anak adam mu ini sudah kesesatan..
sesat dalam jalannya mencari syurga..
sedangkan neraka menanti tanpa diminta...

wahai adam..
apakah engkau masih memuja malam..
memenuhi malam mu dengan wangian syurga
airmata mu yang berguguran
dikala menangisi kekhilafan mu

apakah aku perlu tukar ertinya malam
aku tak bisa..
aku hanyalah penulis
memerhati dari sudut kota
bukan memcipta

kau mencipta cerita
kau mencipta citera
kau jugalah pereka suasana
tetapi,
ALLAH maha pencipta malam
malam yang ditaburi bintang yang indah
bulan purnama sinar bercahya
malam indah yang mendamaikan

kembalilah kepangkal jalan
wahai anak adam
agar kau bisa lihat
malam itu sekali lagi......

by :yana yahya

Friday, February 26, 2010

salam maulidur rasul

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:06 AM 0 nak jugak..!!




salam maulidur rasul


nota jari:jangan amik kesempatan ari nie tuk kuar jalan2 bertemu Pakwe/makwe ...x sesuai okey...

Thursday, February 25, 2010

jantung berdegup pon x mengeluh...nie kan pulak aku..

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:36 PM 0 nak jugak..!!
To realize the value of ONE YEAR,

Ask a student who failed his or her final exam.

To realize the value of ONE MONTH,

Ask a mother who gave birth to a premature baby.

To realize the value of ONE WEEK,

Ask an editor of a weekly magazine.

To realize the value of ONE DAY,

Ask a daily wage laborer who has six kids to feed.

To realize the value of ONE HOUR,

Ask the lovers who are waiting to meet.

To realize the value of ONE MINUTE,

Ask a person who missed his or her train.

To realize the value of ONE SECOND,

Ask the person who survived an accident.

To realize the value of ONE MILLISECOND,

Ask the person who won a silver medal in the Olympics.

AND

To realize the value of this precious LIFE,

Ask the person who is now six feet under!

- Quoted from The 7 Habits of Highly Effective Teens by Sean Covey, page 127......
taken from saifulislam
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea