Sunday, July 4, 2010

membazir

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:33 PM 0 nak jugak..!!

aku rase manyak masa aku terbazir ari nie
huhuhuhu
sebabnya
janji dah ngan diri sendiri nak siapkan report latihan industri ,tapi sudahnya hampeh....sampai sekarang,satu ape xsentuh..tetapi asyik dok bukak youtube +facebook....lagha..lagha...
nie pon baru abis dok tengok 'Mnet scandal'
ala citer pasal sebuah rancangan variety show korea,melibatkan percintaan antara artis popular korea dan orang biasa dan dia orang perlu menjadi couple selama seminggu...ponya kusyuk tengok ahli kumpulan FT.ISLAND-jonghyun ngan awek sementara dia..tup2 ..baru teringat report x siap lagi....
huhuhuhuhuh...
ati rase x sedap...

My rambling

ayat dianyam oleh yana yahya at 3:43 PM 0 nak jugak..!!
when everybody put a song in their blog.
and then we opened it a simultaneously all of them...
what would happen??
feel like your laptop singing a tamil song version ....

suara hati kecilku

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:10 AM 0 nak jugak..!!
"suara hati kecil ku
ingun ku luahkan
tapi tak berdaya
bila ditelan
sangat berbahaya
jiwa merana sendirian"


"suara hati kecil ku
kini tertanam disanubari
semakin rela disini"


"suara hati kecil ku
kini menderita diam
mengharap untuk diluahkan
agar hasrat dapat disampaikan
dalam mengejar sebuah ketenangan
ketenangan jiwa yang berpanjangan"


hati wa...pecah...mana mau cari baru

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:51 AM 0 nak jugak..!!
wa sedey ari nie...sebabnya pasukan favret wa x dapat masuk separuh final...
wa x salahkan mereka,mereka men dah bagus dah..
tapi haru lah sebab kalah 4-0
L.messi pon x jaringkan gol pon sepanjang world cup nie
lepas nie wa nak sokong sape polak...
my heart broken into pieces....

Wednesday, June 30, 2010

he's hanging lifeless...what a waste

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:03 PM 0 nak jugak..!!

Actor Park Young Ha(32) know for roles in Winder Sonata,Men’s Story,On Aire was found hanging lifeless from a cell phone charging cable in his own home.

At 0:45 am(military time) Park Young Ha was attending to his father care.Massaging his lags and back who is suffering stomach cancer.Park Young Ha was repeating I am sorry to his father and family members.Patk was later found in his residence and pronounce dead.Details of his death is still unclear.

I understand what Park Young ha was going through but I made the right choice.Please don’t judge this man harshly but understand that depression is a constant battle.There is no cure for it just a will to deal and survive the darkest of days.I encourage anyone who is reading this..

if you to suffer depression GET HELP.Don’t be ashamed,don’t be afraid to speak whats on your mind.If you’re having suicidal thoughts and performing self-mutilation GET HELP. Don’t allow this to take you over.You deserve to live a happy health life and death IS NOT the only option.Speak to friend,a love one,someone,ANYONE but don’t allow depression to rule your life.

My heart goes out to Park Young Ha family and father.



nota jari:ingat tu yana...dont allow depression to rule your life


maher zain-insyaallah

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:49 AM 0 nak jugak..!!

pagi nie aku
bangun agak lewat,sebab tadi bangun sahur tuk posa...
so lepas ja bangun tadi,tanpa aku basuh muka,gosok gigi terus aku
bukak laptop....dalam keadaan mamai tu..sambil tggu fb webpage nak kuar
tetiba aku terdengar lagu maher zain dari umah sebelah.......damai je.....
dan aku baru teringat aku dah lama x dgr lagu nie.....video dia xde dlm simpan laptop nie..ade dlm laptop lg satu..kalu korg rajen leh la bukak dia ponya MV dalam youtube
*aku memang suka ber-youtube*



Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way





nota jari:lagu nie menjadi pilihan ketika aku berputus asa..

Tuesday, June 29, 2010

semakin bengang

ayat dianyam oleh yana yahya at 10:18 PM 2 nak jugak..!!
sekarang aq geram sangat tgk kedua-dua adik aq
sangat geram
sorang fi'il lain
lagi sorang lain
dan aq sangat x sabar nak tggu dia orang nie besar
menjadi orang matang/matured
x yah la aq nak soh buat nie..
buat itu
sape suka jd bossy???
aq bukan suka ok???
tp keadaan memaksa okey??
ade paham
.
.
.
.
.
.
..

.
..
..
.
.
.
cepatlah masa berlalu

dosa-dosa facebook

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:44 PM 0 nak jugak..!!

aku nak share sikit tentang apa yang aku baca ni. Semoga ianya menjadi peringatan untuk diri aku sendiri. Insyaallah. Jom baca!!



DOSA-DOSA FACEBOOK
Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun penulis hanya senaraikan enam perkara, iaitu :-
1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.
Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Ada yang mendesak suami beli rumah, kereta, pinggan, perabot, baju, dan macam-macam lagi melalui status mereka. Kemudian, status tersebut mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Tertekanlah suami serba salah.
Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.
Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.
Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa.
Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan, tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca’ dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin’ dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.
Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa pertimbangan aqal yang wajar.
2) Terlebih gambar
Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga memenuhi ruang kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.
Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat ‘lamaran’ nafsu.
Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan dating, kahwin - padahal wanita telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.
Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina’.
Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sin ( http://www.zaharudd in.net/index.php?option= com_content&task=view&id=546&Itemid=99)
3) Penyamaran
Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend’ seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di internet, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.
Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan semua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.
4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.
Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah’ difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa’ yang menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.
Malangnya, golongan rupawan ini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan …’DOSA’. Simpan sahajalah gambar-gambar ‘kiut’ (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.
Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke’kiut’an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingk an wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat dosa.
5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.
Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. Malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga telah pernah diulas oleh beberapa penulis lain seperti Sdr Shahmuzir dan Ust Abu Umair.
Ini adalah kerana, terdapat ‘trend’ menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di’tag’, akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend punya rakan (friend).
Ini boleh menjadi dosa, kerana :-
a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.
b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid’, tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di’tanda’ boleh dengan segera delete ‘tag’ itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged’ nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.
c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan, tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang’ yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.
6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan
Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.
Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rakan lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata, ‘zaman aku ekstrem’, ‘zaman solehah’, ‘waktu innocent’, zaman-zaman suci’, ‘itu zaman kuno dulu’, ‘itu masa duduk bawah tempurung’ dan lain-lain frasa yang sepertinya.
Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah, tidak suci dan sebagainya?. Demikian juga ayat-ayat lain di atas.? Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.






nota jari:muhasabah diri

Sunday, June 27, 2010

peringatan tuk aku dan mereka yang lupa

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:18 AM 2 nak jugak..!!
15 seksaan di dunia, akhirat jika tinggal solat
RASULULLAH SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa
meninggalkan solat dengan sengaja, maka
sesungguhnya dia kafir yang nyata."

Berdasarkan hadis ini, sebahagian ulama berfatwa
tidak wajib menyembahyangkan jenazah seseorang
yang meninggal dan mengaku Islam, tetapi tidak
pernah mengerjakan solat. Malah, ada yang
mengatakan haram menyembahyangkan individu berkenaan.

Seksaan dan azab bagi orang yang lalai serta
meninggalkan solat seperti sabda Rasulullah SAW:
"Siapa meringan dan melalaikan solat lima waktu
yang difardukan ke atasnya, akan menerima seksaan
atau azab Allah dengan 15 azab."

Enam daripada seksaan itu diterima di dunia, tiga
ketika hampir ajalnya, tiga ketika berada di dalam
kubur dan tiga lagi ketika berjumpa Allah pada
hari kiamat.

Sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, apakah seksaan
ketika di dunia?"

Jawab Baginda:

l Hilang berkat umurnya (hidup percuma dengan
kekosongan, jika hidupa mewah, kemewahan itu hanya
istidraj belaka).

l Hilang keberkatan rezekinya (rezekinya terbuang
sia-sia, walaupun kaya, tetapi kekayaan itu
menjadi laknat ke atasnya).

l Dihilangkan Allah tanda salih pada mukanya.

l Tidak diakui masuk golongan Islam (zahirnya saja
Islam tetapi batinnya munafik, malah dia termasuk
golongan munafik).

l Segala amal baiknya (sedekah dan sebagainya)
tidak diberi ganjaran.

l Doanya ditolak Allah.

Hadis riwayat Ibnu Abbas, katanya: ..Aku dengar
Rasulullah SAW bersabda: "Bermula orang
meninggalkan solat itu, bukanlah dia daripada
golongan Islam. Allah tidak terima tauhid dan
imannya dan tidak ada faedah sedekah, puasa dan
syahadatnya."

Kemudian bertanya lagi sahabat: "Ya Rasullullah
SAW, apa pula seksaan yang akan diterimanya ketika
hampir ajalnya?"

Jawab Baginda:

l Adalah matinya dalam kehinaan iaitu, rohnya
dicabut dengan kasar dan tidak ada belas kasihan.

l Matinya juga dalam kelaparan, bukan kerana tiada
makanan, tetapi nafsunya tiada lagi, perut lapar
tetapi tidak dapat makan sesuatu kerana sakit
ketika roh akan keluar.

l Matinya juga dalam kehausan, malah jika diberi
minum air dari semua lautan di dunia ini tidaklah
memberi apa-apa kesan pada dahaganya ketika
sakaratul maut.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW, apa
pula seksaan di dalam kuburnya?"

Rasulullah SAW bersabda: "Disempitkan Allah
kuburnya, digelapkan Allah kuburnya, dan akan
diperintahkan Allah beberapa malaikat menyeksanya
hingga hari kiamat tanpa henti."

Ada riwayat menyatakan, orang yang meninggalkan
solat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular
besar bernama Suja'ul akra', yang matanya daripada
api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan
membawa alat pemukul dari besi berat.

Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya
bagai halilintar: "Aku disuruh oleh Allah memukul
engkau sebab meninggalkan solat dari Subuh hingga
Zuhur, kemudian dari Zuhur ke Asar, dari Asar ke
Maghrib dan dari Maghrib ke Isyak hingga Subuh."

Lalu Suja'ul akra' terus memukul mayat orang yang
meninggalkan solat dan setiap kali dipukul, mayat
itu terbenam ke dalam bumi beberapa ratus hasta.

Kemudian dikeluarkan mayat itu dengan kuku besinya
lantas ditanya lagi dan dipukul lagi hingga hari
kiamat.

Sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah SAW,
bagaimanakah keadaan orang yang meninggalkan solat
ketika di depan Allah?"

Jawab Baginda: "Ketika bertemu Allah pada hari
kiamat kelak, datang malaikat menyeksanya dengan
rantai panjang. Rantai itu diikat ke leher orang
yang meninggalkan solat serta dimasukkan ke
mulutnya dan dikeluarkan melalui duburnya.
Kemudian rantai itu ditarik dan disentap.

"Malaikat yang menghelanya berteriak: Inilah
balasan bagi orang meninggalkan solat yang
difardukan. Kemudian orang itu ditarik serta
dilemparkan ke neraka bernama Saqar."

Kedua, ketika berjumpa Allah, orang yang tidak
menunaikan solat tidak akan mendapat keampunan Allah.

Ketiga, ketika dibangunkan semula pada hari
kebangkitan, Allah tidak menaruh rahmat dan belas
kasihan kepadanya.


Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan
solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan,
maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga
api neraka." (Surah Maryam, ayat 59).

mulakan ari dgn misi

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:02 AM 0 nak jugak..!!

aloha....
morning semua..walaupun skrg dah pukul 9.14 pagi..tapi aq caya masih ramai lagi yang tgh tido..
besa la..musim bola skrg...
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea