Tuesday, July 6, 2010

soklan-soklannya

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:57 PM 0 nak jugak..!!


1.What you think you have done

2.What the positive thing you have achieved?

3.What is the weakness of the thing you see?

4.How would you have done differently if you were

given second chance?

5.What have you learn in pre-hospital posting and how you would improve in learning outcome?




nie adalah contoh-contoh soklan yang perlu dijawab berdasarkan posting/praktikal yang aku lakukan di hospital atau klinik..

soklan dia cipot jek,tapi explaination banyak


sigh...sigh...sigh

PETUA IBLIS MENANAM KESUMAT DI HATI MANUSIA

ayat dianyam oleh yana yahya at 11:54 AM 0 nak jugak..!!


Pada suatu malam yang lengang, Rasulullah menghendap-hendap keluar dari rumah isterinya, Aisyah. Dengan hati-hati dia berusaha agar Aisyah tidak terbangun dari tidurnya. Tetapi Aisyah terjaga dan melihat suaminya keluar, ia merasa curiga serta cemburu. Mahu ke mana suamiku? Apakah ia akan mendatangi isterinya yang lain?

Oleh kerana itu, Aisyah terburu-buru mengikut Rasulullah dari belakang. Tiba-tiba Rasulullah seperti menerima firasat yang tajam. Dia berhenti, lalu berbalik menuju arah semula. Dengan demikian, dia menegur Aisyah yang sedang mengikutinya.

Nabi SAW bertanya, "Engkau curiga dan cemburu kepadaku?"

Aisyah menjawab dengan jujur, "Benar ya baginda." Bagaimana takkan cemburu seorang isteri seperti aku terhadap suami semacam baginda?"

"Bererti syaitanmu telah mengunjungi dirimu," jawab Nabi SAW.

"Apakah ada syaitan dalam diriku, ya Rasulullah?" ucap Aisyah terperanjat.

"Ya, dan ada pada setiap orang," sashut Nabi SAW membenarkan.

"Juga dalam dirimu, ya Rasulullah?" Tanya Aisyah kurang puas. Nab SAW mengangguk dan berkata, "Betul. Tetapi Tuhanku Yang Maha Perkasa dan Maha Mulia telah menolongku untuk mengalahkan syaitan sehingga aku selamat dari tipu dayanya.

Benih-benih kesumat telah disebarkan oleh syaitan. Namun, tidak semuanya tumbuh subur di hati manusia. Curiga dan cemburu telah ditanamkan oleh syaitan. Akan tetapi tidak semua manusia boleh ditaklukkan. Sebab ada orang-orang yang selamat dari pujukan syaitan, iaitu orang-orang yang ditolong oleh Allah serta orang-orang yang ber lindung kepada Allah, yang meminta tolong kepada Allah.

Dalam sebuah hadith qudsi Allah SWT berfirman : "Wahai segenap hambaKu. Kalian semua nya berdosa, kecuali yang Kuampuni. Oleh kerana itu mintalah ampun kepadaKu, nescaya kalian Kuampuni."

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya syaitan itu meletakkan paruhnya di hati keturunan Adam. Namun, jika mereka ingat akan Allah, pergilah syaitan itu. Akan tetapi, bila mereka melupakan Allah SWT, disengatlah hatinya oleh syaitan".

Kepada Nabi Musa as syaitan datang berupa bentuk Iblis yang berjubah dengan tutup kepala bagaikan orang suci. Di hadapan Nabi Musa, iblis membetulkan tutup kepalanya sambil mengucap, "Assalamualaiku

Musa bertanya. "Siapakah engkau?"

"Aku Iblis," jawabnya

Musa segera mengucap, "Semoga Allah SWT melindungi diriku dari tipu dayamu."

Iblis berkata, "Aku datang dengan memberi salam untuk mengagumi ketinggian martabatmu di sisi Allah SWT dan kemasyhuran namamu di tengah umat manusia."

"Apakah pujian itu untuk menyesatkanku?" Tanya Nabi Musa.

"Benar. Tetapi engkau terlalu kuat bagiku." Ucap syaitan berterus terang.

Musa bertanya keras, "Buat apa engkau memakai tutup kepala seperti orang alim?"

"Dengan pakaian ini aku berusaha menawan hati manusia."

Nabi Musa masih bertanya." Apa yang engkau lakukan kepada manusia supaya mereka dapat engkau perdayakan?"

Iblis menjawab. "Bila mereka sangat kagum akan diri sendiri. Lalu aku merasa dirinya telah banyak berbuat kebaikan dan seolah tidak pernah mempunyai dosa, itulah tanah paling subur untuk menanam kesumat di hati mereka."

"Jelaskan lebih lanjut usahamu yang lain." Tanya Nabi Musa.

Dengan mengangkat kepalanya, Iblis berkata, "Jika engkau berjanji akan melakukan kebajikan dan akan meninggalkan keburukan, disitulah aku datang untuk menggagalkannya. Sebab antara janji dengan pelaksanaan terdapat jarak yang cukup panjang untuk membatalkannya. Janganlah engkau berikrar hendak bersedekah. Lantaran, sebelum sedekah itu dikeluarkannya, aku menghampiri dan bersahabat dengannya sehingga secara halus dapat ku tahankan niatnya."

Rasulullah SAW pernah memperingatkan: "Sungguh pasti celaka orang-orang yang selalu akan berada kebaikan.

Dan orang-orang yang selalu akan berada dalam kebaikan itu dinamakan kaum musawifun, iaitu orang-orang yang sentiasa menunda-nunda perbuatan baik. Padahal, pada hakikatnya, manusia tidak memiliki kesempatan kecuali satu saat saja, iaitu saat sekarang. Maka rebutlah saat yang satu itu dengan bertaubat dan beribadah.

Sebab menurut para sufi, hati manusia tidak putus-putus dihinggapi kekotoran. Debu-debu kesumat akan bergumpul menjadi kristal hasad dengki dan iri. Sifat seperti dengki dan iri adalah noda yang dianggap sebagai penghias kegembiraan dan kepuasan hidup pemiliknya. Mereka lali dengan kenikmatannya, seperti seorang pemabuk nikmat oleh arak, atau seorang yang menagih dadah. Mereka tidak sedar, dengki dan iri memakan diri sendiri. Mereka tertipu. Padahal dengki dan iri menyebabkan petaka atas diri sendiri.

PENYAKIT LUPA DAN RAHSIA MENGUATKAN DAYA INGATAN

ayat dianyam oleh yana yahya at 11:44 AM 0 nak jugak..!!

Antara penyebabnya adalah: -

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa.

Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil ‘dopamin’akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah: -

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia.

Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsangotak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.





nota jari:meh kita praktikkan yea...

CUTE=MUTE

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:12 AM 3 nak jugak..!!
aku nak tergelak sebenarnya
dah lama aku nak masukkan mende nie dalam blog
tapi asyik lupa jek...
mende yang aku nak citer nie len sikit..
waktu mula dengar,aku punya la gelak..
so korang nak tau ape??

do you know the new definition of CUTE??

"ADORABLE BUT UGLY TO SEE"

so bila aku dengar je kalu member puji sape2 cute
aku akan gelak sorang-sorang

nota jari = hidup ini penuh dengan keceriaan....

aku masih hidup

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:50 AM 0 nak jugak..!!
alhamdulillah aku masih lagi hidup pada hari ini
alhamdulillah aku sihat tubuh badan
alhamdullilah aku dapat tidur nyenyak semalam dan hari-hari sebelumnya
alhamdulillah aku masih boleh fikir dengan waras
alhamdulillah aku masih bernafsu untuk makan
alhamdulillah keluarga aku masih lagi ada bersama aku
ya ALLAH,sesungguhnya terlalu banyak nikmat mu kepada diriku..tak terhingga..
alhamdulillah,syukur atas segala nikmat...


dan selamat pagi semua!!!......^-^

Monday, July 5, 2010

kamu yang mana satu

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:17 AM 3 nak jugak..!!
Suatu ketika dahulu, ada seorang anak perempuan yang mengeluh pada ayahnya bahawa hidupnya sengsara dan bahawa dia tidak tahu bagaimana dia akan berjaya.

Dia berasa lelah berjuang dan berusaha sepanjang masa. Apabila suatu masalah telah selesai, pasti datang masalah baru pula.

Ayahnya, seorang tukang masak, membawanya ke dapur. Dia mengisikan tiga periuk dengan air dan menaruhnya di atas api dapur.

Setelah ketiga-tiga periuk yang berisi air itu mula mendidih, ia memasukkan kentang ke dalam satu periuk, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk ketiga.

imaginasi penulis, kopi yang belum dididihkan


Ia kemudian membiarkan bahan-bahan yang dinasukkan itu mendidih, tanpa mengucapkan sepatah kata pun kepada putrinya. Si Putri, mengeluh dan tak sabar menunggu, bertanya-tanya apa yang dilakukan oleh ayahnya.

Setelah dua puluh minit, si ayah pun mematikan api dapur. Dia mengambil kentang keluar dari periuk dan memasukkannya ke dalam mangkuk. Dia mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk. Dia kemudian menyendok kopi dan meletakkannya dalam cawan.

Sambil berpaling kepada putrinya, si ayah bertanya. "Anakku, apa yang kamu lihat?" "Kentang, telur dan kopi," si putri buru-buru menjawab.

"Lihat lebih dekat," katanya, "dan sentuh kentang itu". Si putri melakukannya dan sadar bahawa kentang-kentang itu telah menjadi lembut.


Si ayah kemudian memintanya untuk mengambil telur dan memecahkannya. Setelah mengupas kulitnya, si putri dapati telur itu telah menjadi telur rebus.

Akhirnya, si ayah memintanya untuk mencicipi kopi. Aromanya yang kaya membuatnya tersenyum puas.

"Ayah, apakah maksud semua ini?", tanya si putri.

Si ayah kemudian menjelaskan bahawa kentang, telur dan serbuk kopi masing-masing telah menghadapi kesulitan yang sama iaitu air yang sedang mendidih. Namun, masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeda. Kentang itu yang asalnya pejal dan keras, tapi dalam air mendidih, menjadi lembut dan lemah.


Telur itu pula rapuh dan mudah pecah, dengan kulit luar yang tipis untuk melindungi cecair di dalamnya sehinggalah ia dimasukkan ke dalam air mendidih. Lalu bahagian dalam telur menjadi pejal.

Namun, serbuk kopi itu agak unik. Setelah ia terkena air mendidih, ia mengubah air dan menghasilkan sesuatu yang baru.

imaginasi tentang kopi yang dididihkan kini telah menghasilkan aroma yang kaya dengan tersenyum puas


"Kamu yang mana satu?" tanya si ayah kepada puterinya. "Ketika musibah mengetuk pintumu, bagaimana kamu menanggapinya? Adakah kamu kentang, telur, atau kopi?"

Dalam kehidupan, banyak hal-hal yang terjadi di sekitar kita, hal-hal yang terjadi pada kita, tetapi satu-satunya yang benar-benar penting adalah apa yang terjadi dalam diri kita.

Kita yang mana satu? Saat masalah datang (dan masalah pasti akan datang) bagaimana kita bereaksi? Apakah masalah akan membuat kita lemah, keras hati atau ia akan menyebabkan kita berubah menjadi sesuatu yang berguna dan berharga?

MUTIARA KATA: KEBAHAGIAAN BUKAN SESUATU YANG KITA TEMUKAN, IA ADALAH SESUATU YANG KITA HASILKAN



NOta jari:p/s nie copy n paste dari kawan

Sunday, July 4, 2010

membazir

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:33 PM 0 nak jugak..!!

aku rase manyak masa aku terbazir ari nie
huhuhuhu
sebabnya
janji dah ngan diri sendiri nak siapkan report latihan industri ,tapi sudahnya hampeh....sampai sekarang,satu ape xsentuh..tetapi asyik dok bukak youtube +facebook....lagha..lagha...
nie pon baru abis dok tengok 'Mnet scandal'
ala citer pasal sebuah rancangan variety show korea,melibatkan percintaan antara artis popular korea dan orang biasa dan dia orang perlu menjadi couple selama seminggu...ponya kusyuk tengok ahli kumpulan FT.ISLAND-jonghyun ngan awek sementara dia..tup2 ..baru teringat report x siap lagi....
huhuhuhuhuh...
ati rase x sedap...

My rambling

ayat dianyam oleh yana yahya at 3:43 PM 0 nak jugak..!!
when everybody put a song in their blog.
and then we opened it a simultaneously all of them...
what would happen??
feel like your laptop singing a tamil song version ....

suara hati kecilku

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:10 AM 0 nak jugak..!!
"suara hati kecil ku
ingun ku luahkan
tapi tak berdaya
bila ditelan
sangat berbahaya
jiwa merana sendirian"


"suara hati kecil ku
kini tertanam disanubari
semakin rela disini"


"suara hati kecil ku
kini menderita diam
mengharap untuk diluahkan
agar hasrat dapat disampaikan
dalam mengejar sebuah ketenangan
ketenangan jiwa yang berpanjangan"


hati wa...pecah...mana mau cari baru

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:51 AM 0 nak jugak..!!
wa sedey ari nie...sebabnya pasukan favret wa x dapat masuk separuh final...
wa x salahkan mereka,mereka men dah bagus dah..
tapi haru lah sebab kalah 4-0
L.messi pon x jaringkan gol pon sepanjang world cup nie
lepas nie wa nak sokong sape polak...
my heart broken into pieces....

 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea