Sunday, August 29, 2010

kenapa

ayat dianyam oleh yana yahya at 2:05 AM 0 nak jugak..!!
"nape setiap kali aku memasang- angan yang tinggi
dan setiap kali juga,akan ada yang cuba merobohnya sheingga menjadi butir-butir pasir"
kenapa..

aku

ayat dianyam oleh yana yahya at 1:24 AM 0 nak jugak..!!
aku
aku bukan perenang yang bisa mengharungi lautan
melawan ombak mendatang
tapi aku bisa menyelam
mencari butiran tiraman
untuk ku jadikan ilham

aku bukan pemanah
yang sering menepati sasaran
bila panahan dilepaskan
tapi aku bisa melempar menepati garisan bertanda
walau kekadang aku tersasar

aku bukan penyair
yang bisa memukau pembaca
dengan susunan kata puitis
tapi aku bisa menulis
walau hanya aku yg mengerti
makna tersirat dibalik baris

aku bukan cendekiawan
juga bukan hartawan
aku bukan sesiapa
aku hanya manusia
yang cuba menjadi insan
dan bukan sekadar orang

........................................................... yana yahya

Wednesday, August 18, 2010

sajak tuk MR.ramadhan

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:06 PM 4 nak jugak..!!

Ramadhan,

Pergi mu dulu,

Satu kehilangan,

Kini,

Kau menjelma lagi,

Membawa seribu satu keberkatan..

Ramadhan,

Tahukah kamu kedatangan mu

Di nanti,

Setelah lamanya tidak bersua,

Aku amat merindui kamu

Tahukah kamu

Kusambut mu dengan bunga-bunga mewangi

Kuhiasi cintaku kepada mu

Ramadhan

Adakah kau membawa kabar dari syurga

Perdengakanlah.

Ingin sekali aku merasainya,

Keindahan syurga itu

Tumpuan mukminin sejati

Pada mu lah

Mereka menyemai rasa cinta pada illahi

Padamu lah mereka menanam bekalan esok hari

Padamu lah mereka mengharapkan keberkatan

Agar semaian hari ini dapat dituai

Untuk persembahan di Padang Mahsyar.

Ya ALLAH

Tima kasih ya ALLAH

Kerana kau kembalikan pada kami bulan penuh

Kenikmatan,keberkatan,kesejagatan.

Moga ia akan kembali

Pada masa akan datang.....





nota jari:aku x tau sama ada aku dah pernah post belum

tapi hati aku tergedik-gedik jugak suh post dlm nie....

dah lama aku x menulis...

senang2...

berilah komen....

Friday, August 13, 2010

bab-bab terasa nie...necrosis dah kot

ayat dianyam oleh yana yahya at 2:34 AM 0 nak jugak..!!
tadi ada orang perli saya...
guess what...saya terasa
rasanya kalau cakap/tanya betul-betul depan saya lagi baik
kan x pasal-pasal saya kutuk/marah awak berkilo-kilo kati dalam hati saya
tengok....kan dah kurang pahal puasa saya hari nie...
by the way,x semua apa yang awak nak ,akan awak dapat..
x semua apa yang awak rancangkan ,akan berlaku seperti apa yang awak inginkan...
ingat tu wahai saudari ku......

Friday, August 6, 2010

selamat berposa

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:02 PM 1 nak jugak..!!
minggu depan,insyaallah kita akan menyambut ramadhan almubarak
minggu depan jek
tinggal beberapa hari je lagi
sekejap je masa berlalu..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
itu je la yang aku nak tulis.
.
.
.
.
xde idea nak menulis bila perut lapar.
.
.
.
.
.
.ape pon selamat berpuasa

Monday, August 2, 2010

tiket tuk raya dah bes

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:03 PM 1 nak jugak..!!

perhatian-perhatian
kepada pengguna tegar gerabak kereta api ktmb
dari R1-R4
amat malang bagi kamu sekiranya kamu ingin pulang ke kampung
berhari raya(walhal puasa pon belum)
pada 8/9/2010
ini kerana tiket ekonomi semua nyer da abes dilesap
oleh pengguna gerabak ekonomi yang paling tegar di malaysia
sesungguhnya pilihan yang ada bagi kamu adalah
tiket -tiket yang yang memerlukan kamu mengeluarkan not-not duit yang lebih besar

baru ingat nak bajet tapi hampeh
bertambah lah perbelanjaan aku
so,terpaksa la aku membeli tiket yang lagaknya tuk org2 berada
walhal yang cuma membezakan ekonomi ngan kelas-kelas gerabak yang len
hanya lah warna kerusi...
sighhhhh


-semua jadi gabra bila cakap pasal tiket raya-



especili aku la

huhuhuh

Wednesday, July 28, 2010

oh ..twilight

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:58 PM 2 nak jugak..!!

yana yahya is currently into twilight

baru nak baca, walaupun buku nie dah lama kuar

ntah tetiba hati nie terasa membuak-buak nak baca twilight

sedang kan hujung minggu nie de exam..

-sigh-


nota jari:ati mau beli novel nie,tapi bila pikir2 out of budget lak

sesapa yang baik hati nak adiahkan novel nie kat aku...

plissssss

kalu aku dapat,memang i love u sama lu la


P/s: at lez aku dah bagi tahu adiah aku nak tuk next birthday

doakan aku paham segala bentuk perkataan dalam buku nie

obviusla,semuanya dalam bahse omputih..
huhuu

Monday, July 26, 2010

tarikh yang penting tuk aku buat masa nie

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:11 PM 0 nak jugak..!!
yana yahya sangat sibuk!!!!

@ OSCE --> submit 30/7/2010
Soklan ape pon aku tak tahu
yang pasti nak baca apa pon aku x tahu
susah betul la kalu xde specific syllibus nie

@ case based stduy -->submit 2/8/2010
okey..perhatian semua aku dah amik kes acute choleystitis
so x de sesiapa dah yang boleh amik kes tu
unless korang ada pt baru tapi yang penyakit sama ...xpe
sebabnya..kes aku sama la ngan sorang member nie
adoiii

@ tesis-->1/9/2010
semua proposal perlu dihantar sebelum tarikh tersebut
yang nie yang banyak menganggu fikiran aku nie...
satu ape pon x jalan lagi..huhuhu


@ log book....setiap masa nak kena isi
adoi...sampai buku log book pon buat sendiri
then,satu kes ape pon x present lagi..huhuu

@ final exam ---> 2/11/2010
nie yang buat wa kecut perut nie...


@ yana yahya kena jimat cermat sem nie
sebabnya manyak duet dah melayang beli lulabby baru..
huhuhuhu
mau nanges
T_T


Satu hospital,satu wad,berlainan cerita

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:58 PM 0 nak jugak..!!

Setiap kali aku posting ke wad pelbagai cerita akan aku perolehi dari pesakit.Walaupun ,kadangkala aku sendiri tak tanya pun soalan tu,tetapi aku perasan mereka sangat ‘berbahagia’ untuk bercerita mengenai kehidupan susur galur keluarga mereka.

Kadangkala aku pun bosan jugak nak mendengar, sebab kebanyakkan cerita yang sedih aku dengar pasal keluarga mereka.aku tak suka cerita sedih-sedih nie,kang tak pasal-pasal aku lak yang feeling sorang2 kat wad tu kang.Dan aku rasa, semua yang diceritakan adalah kebenaran .Kebenaran yang pahit untuk ditelan oleh pesakit tersebut.

Kadangkala aku perasan yang pesakit nie pandai ‘berlakon’.Bukan aku nak kutuk mereka ke apa,tetapi aku sedar yang mereka saja buat macam tu ,sekadar untuk menyedapkan hati yang duka.Pada zahirnya sangat happy,tetapi secara batinnya siapalah tahu.

kadangkala aku macam boleh ‘tebaklah’ perasaan mereka di wad.kita leh lihat sendiri kat pesakit.Ada pesakit, hatinya sedih sebab anak tak datang melawat walaupun dekat je rumah dengan hospital. Hati sedih sebab anak tak boleh melawat katanya kerja banyak sangat kat tempat kerja.Hati sedih sebab masalah kat rumah masih lagi ada walaupun dah masuk hospital.aihhh..macam2 cerita aku dengar.

Kadangkala, aku pun sedih jugaklah tengok mereka macam tu.Tetapi ada juga cerita yang gembira,tetapi terlalu sedikit.Boleh dibilang dengan jari.

Kat sini aku nak sharing sikitlah dengan korang pasal apa yang berlaku kat hospital.

Cerita 1:

Ada seorang apek cina,baru masuk wad 4 hari yang lepas.Sakit sebab buasir atau kalu omputih panggil hemarroid.Pada zahirnya sangat tua. Muka dah berkedut,leh nampak sangat. Bila tanya datang dengan sapa,naik apa.Dia kata sorang.Datang naik motor,motor dia parking kat dalam hukm.Boleh bayang tak ,sepanjang aku posting wad kat situ,family dia tak penah datang melawat.Usahkan isteri ,anak pon tarak tak datang jugak.Sedangkan umah dekat je dengan hospital.Aku kesian tengok apek nie, datang sorang2, family tak datang melawat. Kalau kat wad tu,aku tengok apek nie dok lah sorang2.Kejap baring atas katil,kejap buat tawaf satu wad.kejap termenung….yang nie paling banyak kali aku tengok.apek nie suka termenung…ape yang dimenungkan pun tak tahulah.

Even, waktu ari dia keluar dari hospital pon ,tak da sape pun datang amik dia.Aku tanya ada family datang amik uncle tak,dia kata takde.Balik sendiri. Pergi sorang ,balik pon sorang. Nie yang orang kata,’kubur masing-masing’,masing-masing punya hal’. Boleh korang bayangkan,apek tu baru ja lepas buat operation untuk buasir dia,tapi dia dah banyak jalan2 pergi ke sana,pergi kesini.Even,bayar bil hospital pun dia sorang2 gi bayar.Aku tengok pun tragis.tapi nak buat macam mana.Lumrah dunia.Anak dia sendiri yang ditatang dari kecil,tak kunjung tiba.nak buat macam mana?????kalu sibuk pun,tak kan tak boleh telefon bertanya khabar.sekurang-kurangnya,biar apek tu rasa yang dirinya ada orang ambil berat.Dirinya dihargai oleh anak-anak.

Sampai sudah,apek tu kuar dari hospital, family tak jugak datang………

Cerita 2:

Cerita nie,sangat kontra dengan cerita satu tadi.Cerita yang sama tetapi berlainan situasi.Tetapi cerita inilah yang aku rasa kita patut puji dan patut kita ikut.kalu korang tengok dengan mata kasar pun,korang akan rasa terharu…

Masih lagi cerita pasal apek cina ,tetapi apek cina yang datang jauh dari skudai johor.Misi datang ke hukm adalah untuk menjalani satu pembedahan perut.Apek nie seorang yang tua,dalam lingkungan 70,tetapi nampak macam muda.walaupun luaran kita Nampak muda,tapi dalaman dah sangat tua.Disebabkan itu jugaklah , perut apek nie kena tebuk sebab nak masukkan makanan melalui tiub.

Walaupun seteruk mana apek nie lalui,walau sebanyak mana pembedahan yang bakal apek nie lalui,walau sesakit mana penyakit apek tersebut, tetapi itu tidak menjadi alasan apek tu untuk putus asa.Sebabnya,ke mana apek tu pergi, akan ada seorang wanita yang cekal hatinya yang sanggup menemani apek tersebut.Ada seorang wanita yang sanggup datang dari jauh semata-mata kerana apek.Seorang wanita yang boleh membuatkan hati apek gembira,walaupun penyakitnya amat membebankan beliau. Akan ada seorang wanita yang sanggup bersengkang mata untuk menjaga apek.Ada seorang wanita yang comel yang selalu bersembang dengan apek mengenai apa sahaja topik.Ada seorang wanita yang apek akan selalu tengok muka wanita tersebut untuk mengurangkan kesakitan yang dirasai.Wanita itu ialah isteri apek sendiri. Orangnya sangat kecil molek,sangat peramah.Baju kegemaran beliau ialah t-shirt dan seluar pendek paras lutut.Rambut panjang paras bahu.Selalu diikat dibelakang,ala-ala ponytail.Menurut aunty,sebelum nie aunty selalu masuk hospital,dan apek jugaklah yang selalu jaga aunty.Nie sekarang apek susah,aunty pulak jaga apek.Masing-masing jaga.aunty tak mau uncle sunyi-sunyi duduk sorang-sorang kat hospital.Aunty bukan orang sini, datang dari jauh,johor.Doktor sana kata,uncle kena datang sini untuk buat pembedahan.itulah kata-kata aunty yang aku masih ingatlah,waktu aku mula-mula sekali perkenalkan diri kepada dia.orang dia baik dan sangat ‘lincah’.since,aku jaga wad tersebut,aku selalu lihat pasangan nie.Aku rasa inilah pasangan paling bahagia yang pernah aku nampak. Dia orang selalu bercerita sesama sendiri.

aunty lihat apek,apek lihat aunty. Lihat bukan dengan pandangan kosong,tetapi lihat dengan perasaan penuh kasih sayang dan penuh dengan perasaan cinta. Macam sweet sangat!!!!!!!!!!!!!!!!.Kadangkala,apek suka tenung muka isterinya.Aku selalu perasan.bila aku sembang dengan aunty,apek mesti lihat muka isterinya dia dengan satu macam perasaan cinta……dia tengok ja muka isteri dia, macam ari esok dia dah x berkesempatan nak tengok muka isteri dia tu lagi…..[pasangan macam nie lah yang kita perlu cari]..

Walaupun pun duduk jauh,tapi tak menghalang anak apek untuk datang melawat apek.anak dia dah keje kat Singapore,tapi boleh ja datang melawat.bila aku tengok tiga beranak nie duduk kat katil apek sambil sembang-sembang…,bestnya…aku harap jugak suatu hari,kalu aku berada dalam situasi macam tu, aku nak orang yang aku sayang jugaklah menemani aku.so, sweet…..

Aku selalu ingatkan diri aku supaya tidak akan berlaku perkara tersebut kat family aku.kalau mak dan ayah dah sakit,jenguklah2 mereka.Tak kisahlah,sesibuk mana kerja kita,sesukar mana kita nak nak dapat cuti ,cubalah cari masa untuk jenguk mereka.Setidak-tidaknya,kesakitan yang dirasai oleh mak dan ayah kita boleh dikurangkan.

Tuesday, July 20, 2010

dah tukar

ayat dianyam oleh yana yahya at 2:44 PM 0 nak jugak..!!
secara rasminya kos sains perubatan kecemasan
telah bertukar dari fakulti sains kesihatan bersekutu
ke
fakulti perubatan
sekian,harap maklum
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea