Wednesday, May 4, 2011

gambo konvo

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:26 PM 1 nak jugak..!!
adakah aku je sorang2 yang dok excited upload gambo konvo
gambo nie diambil sewaktu nak masuk uni..
so macam x valid la polak kan
but
aku rasa macam lawak la
ye la, first thesis tak anta lagi
correction pon x sentuh lagi
second :result exam x kuar lagi
apepon dalam hati aku , aku berdoa
agar aku dan partner aku dapat siap kan thesis tu
then, aku berdoa jugak agar aku dan semua coursemate aku lulus dengan cemerlang dalam exam aritu..

moga -moga tiada yang sangkut(amin)


selamat pagi

ayat dianyam oleh yana yahya at 11:02 AM 0 nak jugak..!!
wah pagi nie mangun jek dari tido, terasa sejuk semacam
rupa-rupanya hujan kat luar..
patutla mata nie malas nak bukak...berat je rasa..ditambah ngan taik mata ...lagi bertambah berat...hahaha
pagi nie bangun ada azam sebenarnya nak buat
aik bukan azam la yana, tapi orang potih kata things to do /or list to do
antaranya aku nak buat adalahu


1-thesis correction
mende nie memang mengangggu betul la idop.seyes idop jadi x tenang ..bila tengok tv, minda melayang dok teringat thesis tu yang masih elok tersimpan di dalam beg , walaupun dah 3 hari dah sampai dirumah, masih belum disentuh dibelai dan dimanja...hati dok pujuk suruh pi buat, tapi tu la another side asyik dok kata..relax yana..cuti la dulu...
kalu macam nie selalu memang mereng la aku..dah la kena submit before 25/5 2011..
sebab tu mangun awal hari nie nak buat mendealah nie la....tapi jam dah menunjukkan 10.35am...tapi masih xdisentuh...ditambah pulak kat meja aku manyak pulak nyamuk...dari mana nyamuk nie datang aku pon tak tahu..dok gigit sana sini....nie pon dah membantut niat aku yang awalnya tadi nak buat thesis correction, bertambah la x jadi....macam kena postpone je...tapi aku mesti jugak kena FACE TO FACE ngan mende alah nie....


2-nak donload variety show korea running man episode 35...semalam try xleh....so pagi nie try sekali lagi ..yeah ...sedang mendonload....lagi 35% huahuaha..citer nie bes la...bagi orang yang minat, dia akan suka la...orang yang menperkenalkan aku pada citer nie ialah dd...seyes waktu mula tengok dah gelak terbahak-bahak..dia macam hide and seek game..best...


3-nak cari kerja...tapi nak kerja ape?????????


4- upload gambo konvo ..etc..etc..etc


itulah je la kot mende -menda yang nak dibuat..




aishhhh...dok kat umah pon tak tenang

Wednesday, April 27, 2011

::PACKING AND RE-PACKING::

ayat dianyam oleh yana yahya at 1:45 PM 2 nak jugak..!!

dok tengah packing barang
suddenly aku jumpa menda nie
tak sangkaaaaa


korang tahu apa


buku akaun aku yang aku buat waktu first and second year

ingat lagi waktu semua perbelanjaan akan masuk dalam
kertas kira-kira tu
even beli barang yang berharga rm 1.oo pon masuk jugak

waktu tu kagum jugak la aku..
sebab masih boleh jimat
makan sekali sehari je..
wow
aku pon x sangka
kalu xcaya leh la tengok berapa manyak total duet yang ada terpampang kat kertas tu
nie rasanya sepanjang tahun 2 kalu x salah
banyak betul debit kreadit aku


bila masuk tahun tiga
macam tersasar sikit
hilang panduan dan pedoman
asyik dok beli blouse/kemeja jek
ye la...untuk buat pakai waktu posting
(sebelum ada official uniform)
lepas tu dah berhenti sampai la tahun 4.
iskiskisk


dan lagi satu aku jumpa balik beg hijau aku waktu guna tahun first&second year

pakai sampai warna jadi pudar

ingat lagi first time beli
beli ngan mak sanggup redah tengahari yang terik pi kedai cina
beli beg untuk dibawak ke universiti
sebab malam tu memang nak bertolak dah gi kl
untuk daftar masuk uni...

nostalgic betul laaa..huhu(sebak)

beg nie memang sungguh berjasa kot

last guna waktu pi camping selangit

waktu tu ingat lagi, beg tu rosak sebab zip dia rosak

btw, beg nie memang banyak memori dengan aku

SERIOUS!!!!!!!!!!
aku memang sayang ko wei,wahai beg
tapi terpaksa....


terpaksa....

terpaksa....


letak ko kat sini
sebab aku x leh bawak balik ko
lagi pon manyak lagi barang yang nak dibawa balik

huhuhu


anyway...tenqiu bag.....

pesta buku 2011

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:25 PM 2 nak jugak..!!
huaaaaaaaaaaaaaaaaa
aku nak pergi pesta buku
tapi ada beberapa perkara yang membantutkan niat itu
antaranya ialah duit..
duit yang ada sekarang pon cukup2
kalau aku pergi pun, tentunya aku akan beli buku yang banyak
aku nie kalu dah pergi tempat tu memang akan lupa dirinya
nampak buku nie nak beli....lepas tu buku tu la..
pendek kata semua nak beli....
ikut nafsu...
(tapi, kalu bab buku--buku nie tak yah berkira sangat, tul tak???)
emmmm

tengok tahun lepas sudah la...
cadang nak beli satu je..
tapi sampai 3 sekali sapu..
tapi seriusli hati nie memang meluap-luap nak pergi

tadi lepas abes kuiz ,nad pon ajak gak gi pesta buku
tapi hati nie dok berbelah bahagi
nak.taknak.nak.taknak.

alih-alih aku balik umah
on laptop
on internet
bukak isubs
download : RUNNING MAN episode 29.
lepas tu tengok sorang-sorang tuk hilangkan boring aku
aishhhhh












hati memujuk: kalu memang ditakdirkan di luh mahfuz kau pergi yana
memang kau akan pergi


so ,yana biar masa menentukan....

Monday, April 25, 2011

yana is back

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:30 PM 0 nak jugak..!!


akhirnya, aku dah boleh fokus kat blog..........sem yang sungguh memenatkan

Wednesday, March 23, 2011

barangsiapa

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:50 PM 1 nak jugak..!!
Barangsiapa menginginkan teman,
cukuplah Allah menjadi temannya.
Barangsiapa menginginkan kekayaan,
cukuplah qana’ah menyertainya.
Barangsiapa menginginkan nasihat,
cukuplah kematian menasihatinya.
Barangsiapa menginginkan harta simpanan,
cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya.
Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya.

Monday, March 21, 2011

hurgh!!!!!!

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:49 PM 0 nak jugak..!!

1. Mini - CEX. Bermula pada 4 April 2011 - 8 April 2011
(Isnin - Jumaat). Berkumpul di EDCC. Pensyarah yang
terlibat dan masa akan diberitahu kemudian.



2. Dops - Bermula pada 22 Mac 2011 - 28 Mac 2011. Yang
terlibat adalah CI. Saya sertakan jadual sekali. Nanti
tengok yea.........
Table -top dan HVA akan bermula pada minggu ke -15. Tarikh 29 mac 2011 (SELASA)
Tempat : Bilik Bougenvilla
a) Table Top = 8.30 pg - 1.00 petang
b) HVA = 2.00 petang - 5.00 petang



Kursus Defensive Driving akan bermula pada 30 Mac 2011 - 1 April 2011. (3 hari)
Kuliah : 30 Mac 2011 (Rabu)
Tempat : Bilik Bougenvilla
Assessment bagi reflective writing, semua pelajar hendakah menghantar reflecting writing yang berkaitan Penempatan Perubatan Kecemasan Kritikal pada 4 April 2011 (Isnin).

Sunday, March 20, 2011

jangan remehkan sesuatu kebaikkan

ayat dianyam oleh yana yahya at 3:39 PM 0 nak jugak..!!


oh selamat tengahari...merangkap petang
saat ini ,hujan turun dengan lebatnya..
sepatutnya time hujan macam nie mesti korang dah membuta tuli kan
aku pon ade niat nak buat macam tu, tp ati nie xde feel pulak nak tido...
walaupun bantal sejuk(bukan bantal busuk) dah mula memanggil-manggil...
sesungguhnya iman ku terlalu kuat untuk menepis godaan si bantal sejuk itu
maka ku langkahkan kaki ku ke laptop dan mula bercadang nak stalker orang...
jeng.....jeng...jeng.....

btw,ari nie xde sape nak di stalker
mulalah aku bukak blog aku yang dah keusangan di mamah usia..
sebenarnya, tujuan aku menulis aku nak share la sedikit ilmu yang aku dapat sewa
ktu pergi ceramah pagi tadi..

hati berkata:" seyes yana pergi ceramah....apakah dunia dah terbalik ke?"

otak kata:"betul la...ari nie dia bangun awal seh....sebelum subuh dia dah bangun

tangan:" kalu x caya tengok tu, dia dah sterika baju kurung dia tu nak pegi sana"

mata:" haaah, betul la....."

semua organ berkata:"yana, si pemilik tubuh nie dah berubah la......

jeng......jeng....jeng.......

btw, itu cuma drama semata-mata..
dan lagi satu aku bukan nak heboh satu kampung yang aku pergi ceramah
tujuannya adalah aku akan share ngan korang apa yang aku dapat..
jangan pikir or berperangsangka buruk..

secara jujurnya, dah lama aku x pegi ceramah yang berbentuk rohani nie..
boleh dibilang dengan jari..
itulah lah satu kerugian yang aku rasa sangatlah sewaktu berpindah ke hukm..
kalu dulu, kat ktsn ade jugak lah usrah...ceramah kat surau..
tapi sekarang sibuk memanjang..
salah aku jugak tak mencari....(jangan terlalu memberi alasan ,yana)

berbalik kepada tadi..
alhamdulillah ari nie, berkesempatan dapat pergi ceramah
itu pun mendapat undangan dari adik junior nursing..
ceramah disampaikan oleh DR....jap..lupa lak nama...nak amik buku jap...

1 minit kemudian


5 minit kemudian







7 minit kemudian

hah jumpa dah..nama dia DR. ariza muhammad
pakar o&g Hospital Ampang.
so, dia lah bagi ceramah..
orang dia humble...bahasakan dirinya makcik lagi...
orangnnya sangat sibuk..sebelum dtg dia kata dia pergi kelas hadis...(dlm ati kagum2)
sebab tu sampai lewat..

so tajuk yang diberikan adalah berkenaan:"you choose the path"
tajuk berkenaan dengan pilihan yang ada dan pilihan apa yang anda pilih.
so ceramah yang berlangsung selama 2 jam, ade beberapa intipati yang sempat aku tulis

1-sesiapa yang meringankan satu kesulitan hamba lain, maka ALLAH akan ringankan kesulitannya di padang mahsyar.

sebagai contoh yang kita boleh ambil, nie pon contoh terdekat
(contoh-contoh yang diberi oleh dr itu sendiri)
kalu pt/pesakit tu ngah sesak nafas, dimintanya kita angkat katil/prop ups,...itu pun dah dikira pahala, sebab kita dah singkir or usir kesulitannya yang di hadapinya.
pt nak termuntah, disuanya plastik itu pun sudah dikiranya membantunya.
pt nak pergi tandas, pt nak kencing...itu pun dah mendapat pahala.
yela...sesentengah orang meremehkan kerja tu..
kata jijik la...tu bukan kerja kita la...ape la..itu la..ini la..
DR tu kata...orang itu tidak tahu ape yang pt rasa selagi dia x menjadi pesakit itu sendiri.
bayangkan kalu diri anda terbaring di katil hospital
sedangkan kita very severly nak kencing..tapi x de org nak bantu..
ape perasaan anda???
kita akan paham ape yang orang rasa bila kita jadi pesakit..
DR.kata hati kena ikhlas..
anda yang menentukan ia bagus atau pun tidak.


2-janganlah kita meremehkan sesuatu kebaikan, walaupun kecil

bak kata makcik(tukar lah pulak)...
kerja yg dibuat mesti disertai dengan niat yang betul
tugas kita sebagai perseorangan yg memberi perkhidmatan kepada orang lain
doktor dengan pesakit
nurse dengan pesakit
or paramedic dengan pesakit.
semua itu perlu dilakukan dengan niat nak membantu
janganlah kamu meremehkan kerja yang dilakukan
kerna setiap itu adalah amanah..
setiap itu kebaikkan

(btw, waktu nie memang betul-betul bukak minda aku..kadangkala aku pun mengeluh jugak ngan apa yang aku buat, x dinafikan
malas nak pi posting....malas nak buat tu..mengeluh jugak kadangkala kena bt mende remeh..
lagi lagi buat ecg...
adik ecg...
adik lepas nie ecg sini yek..
lepas tu repeat lepas 30 minit..
itu adalah salah satu contoh yang sering dirungutkan oleh rakan-rakan aku dan juga aku)

so, pesanan :jgn meremehkan sesuatu kebaikkan, walaupun kecil ..
ingat ye kawan-kawanku sekalian


3-setiap orang didepannya, terbentang pilihan sama ada
- the road travelled by majority
or
-the road less travelled.

mana satukah anda..tapi kadangkala pilihan yang kita buat adalah berdasarkan kepada majoriti
perasan tak..
ikutlahlah mana satu
sekiranya nya pilihan yang kita buat itu membawa kebaikan..makan tegakkan pendirian anda
walaupun anda terpaksa memilih"the road less travelled"



4-ikutlah fitrah yang ditetapkan oleh allah..

(btw, aku x berapa fokus sangat sebab dah mula menguap-guap macam rimau dah)
huhuhu


5.sebenarnya, dugaan hamba yang diberi nikmat melihat dan mendengar lebih banyak dari orang buta dan pekak

agak-agak paham x ayat di atas
yela godaan tenet yang mengandungi mende-mende yang x patut ade.
tgk orang seksi la
pendek kata, x jaga mata la
lagi banyak yang disediakan untuk mata kita melihat, lagi cenderung kita melakukannya.
betul tak.
kita kurang menjaga mata..
berbanding orang buta..
oleh tu adalah salah anggapan sekiranya
orang buta lebih banyak menerima dugaan..
sebenarnya orang yang celik lagi bergunung dugaan sedang menanti mereka.

so, jangan dok cuci-cuci mata selalu


6-janganlah kamu mengumpat kerna ia diibaratkan seperti memakan bangkai saudara kita sendiri


itulah sahaja yang aku dapat sepanjang ceramah tadi..
moga-moga leh diambil iktibar dari apa yang disampaikan...


(p/s: penat tul menulis amik masa 2 jam nak mengarang..adei..)

Sunday, March 13, 2011

Saya mengaku saya x chantekkk

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:17 PM 2 nak jugak..!!

Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.

Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa.

second last day kat HA

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:41 PM 2 nak jugak..!!
nak bagi tahu
esok hari last kat ampang hospital
seyes
sekejap giler masa sebulan
aktuali saya x berapa berkenaan nak masuk posting kat h***
kalu leh xyah tukar pon takpe
ramai geng yang posting kat sini mengeluh ..
hahaha...
Tapi terpaksa...
btw, ini adalah antara sebab-sebab saya saya tak nak meninggalkan hospital ampang

1-suasana yang konduksif(betul ke aku eja nie) untuk belajar tanpa any prejudism and criticism dari staff atau dari sesiapa .

2-kita diberi untuk membuat apa sahaja...(but still under supervision)..kebanyakkan idea kita akan diterima tanpa perlu ditolak mentah-mentah.

3-xde lah kita nak dengar perli-perlian "kamu kan student degree...patutnya kamu tahu"
aishh.....kalu kita buat salah..perbetulkan, bukan perli...
so kalu student degree pon seharusnya perfect ke....nama pon manusia..mana ada perfect.

4-all staffs are so friendly...seyes...mcm abang adik...berbanding kat tempat bakal aku berposting nanti....aku terasa terasing dow.....aishhh...dari pk(penolong kesihatan) sampai ke doktor semua baik-baik....xde la nak "act" sangat..

5-kat sini ade kedai siam...nama WEY AMAN...Kedai makan nielah aku selalu lepas makan...sedap jugak makan kat sini...selalunya asyik dok makan air tangan makcik-maikcik indon...macam xde rasa dah...kali nie kita dapat makan dari air tangan rakyat mesia sendiri...hahaha.aktuali tu je satu-satu kedai yang aku tahu dan aku jumpa...heheh..since kafe kat hospital tu tutup sebab makanan x sedap...lepas tu xde sape nak amik tender kat cafe tu...

6-susah nak mengulat...itu yang aku suka...mengulat tu maksudnya curi tulang..sepanjang posting kat sini, aku selalu kena tagging kat yellow zone.yellow zone tu adalah tempat menerima rawatan separa kritikal.so ,kat sini leh lah kamu handle pt dari A-Z

7- pt(patient/pesakit) akan ada...maksud aku jumlah pesakit yang datang sama jek setiap ari...dia xde lah macam ari pt sikit giler....besok pt manyak giler....jarang macam tu la...
tapi setiap hari akan penat lah kalu balik posting...hehehe

8-lagi ape lagi ye ...sebab aku xmo pi posting tempat lain....sebab .....sebab leh cuci mata...hahahahaha( abaikan..)


9-sebab, HA is paperless hospital...so jimatlah...pokok-pokok kat hutan tu...(lagi xde kene mengena)

10- ape lagi...tak tau dah...


itu sahaja dari saya...
kepada next grup...selamat berposting....



pesanan penaja: jangan mengulat yek..btw surau kat sini sejok gila ...x sesuai bt tempat tido...hahahaha...
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea