Friday, February 6, 2009

episode 18:penat

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:24 PM 0 nak jugak..!!
only one word for today
penat
penulis sangat penat
ditambah dengan
mata yang mengantuk
x leh tido waktu makrib


x elok
emmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Wednesday, February 4, 2009

6 perkara ALLAH sembunyikan

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:04 PM 0 nak jugak..!!
"Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as
dengan bentuk yang cantik,
dan Allah menciptakan pula baginya 600sayap yang panjang ,
sayap itu antara timur dan barat
(ada pendapatlain menyatakan 124, 000 sayap).
setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baikdaripada aku?.
" Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud..
"Tidak"Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepadaAllah swt.
dan tiap-tiap rakaat itulamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat,
makaAllah SWT berfirman yangbermaksud. "Wahai Jibrail, kamu
telah menyembah aku dengan ibadah
yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyemba hkepadaku seperti ibadat kamu, akan
tetapi di akhir zaman nanti akan
datang seorang nabi yang mulia yang
paling aku cintai, namanya
Muhammad.'
Dia mempunyai umat yang
lemah dan sentiasa berdosa,
sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua rakaat yang hanya sebentar
sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa
serta serba kurang, fikiran mereka
melayang bermacam-macam dan dosa merekapun besar juga.
Maka demi
kemuliaannKu dan ketinggianKu,
sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu.
Kerana mereka
mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.
"Kemudian Jibrail as berkata: "YaTuhanku, apakah yang Engkau hadiahkankepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?
"Lalu Allah berfirman yang bermaksud.
"Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal..."Kemudian Jibrail as meminta izin kepadaAllah untuk melihat syurgaMa'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izindari Allah SWT maka pergilahJibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,
setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia bolehmenempuh jarak perjalanan 3000tahun,
terbanglah malaikat jibrail as selama300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah
dan akhirnya dia turun singgah berteduh
di bawahbayangan sebuah pohon dan dia sujudkepada Allah SWT lalu ia berkatadalam sujud:
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh
jarak perjalanan setengahnya,atau sepertiganya, atau
seperempatnya?
"Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kalaukamu dapat terbang selama 3000 tahundan meskipun aku memberikan
kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan,
nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah kuberikan
kepada umat Muhammad terhadap imbalan
solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... .
"Marilah sama2 kita fikirkan danberusaha lakukan... Sesungguhnya AllahS.W.T telah menyembunyikan enam perkaraiaitu :



* Allah S.W.T telah menyembunyikanredhaNya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikanmurkaNya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikannama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikanLailatul Qadar di dalam bulanRamadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan(tarikh terjadinya) hari kiamat didalam semua hari.




p/s:Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Tuesday, February 3, 2009

kepada yang bersedih hati...janganlah kamu berputus asa

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:28 PM 2 nak jugak..!!
Hidup ini penuh dgn ujian. Memang perit dan pedih utk menghadapinya. Tapi kita kena faham konsep "ujian" di dalam perspektif Islam. Kerana sekiranya kita tidak faham dengan jelas, kita akan cepat putus asa, kecewa dan lebih membahayakan apabila kita buruk sangka terhadap Allah SWT. Jadi, bagaimana ingin memujuk hati yg sedang berduka lara itu??? Pujuklah dengan berzikir dan mengingati Allah....dan bacalah Al Quran... sesungguhnya, byklah sudah isi2 yg tersingkap di dalamnya......segala jawapan ada di dalamnya....

KENAPA AKU DIUJI?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi mau membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.-
Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).- Surah Al-Imran ayat 200

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk- Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka.....-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.- Surah Yusuf ayat 12


p/s: penulis kena redha ..itu yang pasti

episode 17:juz pretending that i'm ok..

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:04 PM 0 nak jugak..!!
assalamualaikum
ola readers..
ri nie penulis cukup xde semangat nak ke kuliah
de merancang tuk ponteng kelas..(tapi akhirnya gi gak)
separuh semangat tu dah hilang...lepas berakhirnya exam ari tu
actually,penulis masih lagi kesugulan..kesedihan..keciwa
bila teringat balik exam ari tu...
segala perasaan bercampur baur...ala2 nasi campur gitu
di depan semua org ...penulis berlagak 'cool'
bila member penulis membincangkan kembali exam tersebut..
pelbagai reaksi boleh dilihat..
de yang x puas hati la...de yg nak nangis la...de yg buat x bagus la..de yg kata..lantak la...mcm2 la
tapi siapa tahu perasaan penulis pada waktu tu
pedih di hati ..keciwa...rasa lagi tau sampai bone marrow..hahaha
mcm nak cabut je hati nie..biar x mau rasa semua perasaan tu balik...huhuhu
cian jugak penulis tgk kawan penulis lagi sorang
sama situasi ngan penulis
sugul je ari nie
tanya sepatah jawab sepatah...
emmmm
penulis nak tutup buku pasal benda nie..(tapi x boleh...keep thinking bout this)
let bygone be bygone...
emmm(boleh ke??)

Ya Allah..... Hambamu ini lagi rasa kecewa. Berbagai bagai perasaan yang sedang bermain di dalam hati ini yang sememangnya milikmu. Perasan-perasan ini juga Engkaulah yang telah memberikan kepadaku Ya Allah. Aku tidak larat. Aku tidak mampu. Aku tidak kuat. Tetapi aku tetap redha. Aku takut untuk mengatakan yang aku kesal dengan pemberianmu kerana aku takut untuk mendapat kemurkaanmu Ya Allah. Jadikanlah aku hamba yang sentiasa redha untuk menerima segala-galanya. Berikanlah aku kekuatan untuk menahan ujian-ujian yang telah disiapkan untukku. Aku akan cuba sedaya-upaya untuk menerimanya Ya Allah tetapi aku masih mengharapkan pertolonganmu untuk menghadapinya. Aku tidak ada kekuatan walau sedikit pun. Tiada siapa selain Engkau yang mempunyai kekuatan dan kemampuan.


.......................in the end i'm still repeater....................

Sunday, February 1, 2009

cinta sejati langit n laut

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:49 PM 0 nak jugak..!!
Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya laut kepada langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit kepada laut, warna langit sama dengan warna laut.
Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata ‘aku cinta padamu’ ke telinga langit. Setiap kali si langit mendengar penuh cinta laut, langit tidak menjawab apa-apa, hanya tersipu-sipu malu, wajahnya kemerah-merahan. Suatu hari,datang awan..
Begitu melihat kecantikan si langit, awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit. Tentu sahaja langit hanya mencintai laut, setiap hari hanya melihat laut sahaja. Awan sedih, namun tidak berputus asa, mencari cara dan akhirnya mendapat akal. Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin dan menyusup ketengah-tengah langit dan laut, menghalang pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.
Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit, sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi, tentu sahaja tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan laut dan langit. Angin rasa harus membantu mereka menyingkirkan awan yang mengganggu.
Dengan tiupan yang keras dan kuat, angin meniup awan. Awan terpecah-pecah menjadi banyak bahagian, sehingga tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas, tidak berupaya lagi mengungkapkan perasaan terhadap langit. Kerana berasa tersiksa dengan perasaan cintanya mengunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.
Hinggalah sekarang, kasih antara langit dan laut tidak terpisah. Kita juga boleh melihat di mana mereka menjalin kasih. Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada satu garis di antara laut dan langit, di situlah mereka berpacaran.

Saturday, January 31, 2009

Isu Gaza: Erdogan ‘naik angin’ tinggalkan sidang Davos

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:06 PM 0 nak jugak..!!
korang..korang...dah tengok surat kabo belum
kalu belum, meh usha citer paling menarik dlm surat kabo ari nie
BENGANG... Recep Tayyip Erdogan berjalan keluar melintasi Peres, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa (kanan sekali) selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres mengenai isu keganasan rejim Zionis pada Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, semalam. – AFP.......................................................
...............................................................................................................
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meninggalkan Forum Ekonomi
Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, selepas bertikam lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung serangan tentera Zionis di Genting Gaza.
Dalam detik paling dramatik yang jarang berlaku pada forum dunia itu, Erdogan berjalan keluar melintasi Peres dan Setiausaha Agung PBB,
Ban Ki-moon selepas dia ‘dipaksa’ memendekkan ucapannya mengenai isu keganasan Israel itu.
Erdogan sedih kerana hadirin yang terdiri daripada elit politik dan tokoh perniagaan memberi tepukan menyokong ucapan Peres mengenai kewajaran serangan ke atas Gaza yang mengorbankan lebih 1,300 penduduk..
Sekembalinya dari Davos, Erdogan semalam diberi sambutan sebagai wira oleh ribuan rakyatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk, Istanbul
.................................................................................
inilah wira sebenar yang kta cari dlm memerangi masalah israel palestin
.......................................................................................................
p/s:emmm..ari tu wartawan dari iraq dah bowat perkara tergempak sekali di muka bumi nie ngan melempar kasut ke arah Bush(director yg menyebabkan malapetaka di iraq n palestin)
ari nie perdana menteri Turki pulak lakukan benda yang sama...tapi cara yang sungguh berbeza. n berstail.(juga mengenai palestin)
emmm...penulis masih menunggu wakil dari mesir pulak...bila ye???

klik di bawah nie ye


Friday, January 30, 2009

episode 16 : i'm repeater...sigh~~~

ayat dianyam oleh yana yahya at 7:11 PM 3 nak jugak..!!
apa kena suria baja hitam/mask rider nie mencapap dlm nie entry


uzumaki naruto

apa kena mengena nya ngan entry nie ngan naruto
dan apa kaitan mereka berdua

let's check it out




assalamualaikum..



ola readers...rinie cuaca agak mendung sikit petang nie kan..hujan renyai2



then...gerimis sikit2...x menentukan..



dah la hujan waktu petang



mcm sesuai sangat dengan jiwa aku sekarang nie



actually...ri nie penulis de exam...






basic life support nyer exam...






entah la nak komen pasal nie...(tapi hati meronta-ronta nak komen)



penulis mendambakan sesuatu dlm exam nie..



mengharapkan yang terbaik..



berpandukan pada slogan "usaha tangga kejayaan"



mcm semua x leh pakai...(adakah nie dugaan buat penulis dlm merealisasikan azam yang dibuat pada tahun nie)



penulis rasa nie adalah cabaran /dugaan bowat penulis






tapi...(ade tapi di situ)



orang cakap kalu minda kita kata boleh bowat or yakin bole



mmg kita akan yakin pada apa yang kita buat...penulis cuba serapkan segala 'rempah ratus'



agar menjadi sebati ....(mcm nak bowat ayam percikla pulak)...



dlm menempuh exam ari nie....



tapi apakan daya tidak selalu langit akan cerah...dan tidak selalu di akhir hujan akan da pelangi



dan tidak semua perkara di pengakhirannya akan "cerah"



bila ALLAH kata itu yang berlaku ...maka berlaku lah ea...



walau seperfect mana usaha kita......walaupu bagus mana kita yakin



mmg itu takdirnya....(setiap perkara ada hikmahnya..cuba menenangkan hati)



dlm exam ari nie..penulis leh katakan penulis gagal/fail....



adakah penulis nie tak pandai



tu yang penulis rasa=(



exam cpr yang penulis bowat...x sebagus yang diharapkan...ditambah pula dengan kehadiran



DR.ismail...yang meletakkan harapan yang tinggi...



membuatkan penulis jatuh bergolek2...ibarat buah nangka yang jatuh kedebuk...






apakan daya,examiner ari nie JUGAK delah DR.ismail...



pelbagai soalan ambush diberikan on the spot...penulis still lagi dpt menjawab






tapi bila di pengakhiran 'cerita'...penulis tidak dapat menepis..kuasa aura suria baja hitam terlalu kuat..tidak setanding ngan kuasa cakura naruto yang cuba penulis berikan kembali...






penulis cuba bertahan...agak tidak nampak 'lemah' di hadapan seteru....tetapi ..



apakan daya...hanya kerana tersilap di akhir cpr .....actually..penulis rasa bukan tersilap...tapi berlaku pencanggahan pemahaman...



sepatutnya selepas 5 cycle cpr patutnya chek pulse....



tapi menurut DR.faizal...adalah better check kembali A-airway,B-breathing,






C-CIRCULATION






yang tu penulis salah....penulis cuba kata yang semalam penulis belajar mcm tu



tapi examiner kata penulis terlalu IKUT BUKU.....waktu tu penulis rasa.....AISHHHHHHHHHHH....apakah semua nie...ibarat kuasa suria baja hitam mengenai betul2 dlm dahi kepala..(nampak banyak bintang waktu tu)



ingat kembali bait katanya-"awak terlalu ikut buku,awak x cuba mengasimilasikannya...



waktu tu cm nak berderai air mata pon ada...tapi kena maintainkan jugak..



WALAU APA PUN AFTER 5 CYCLE...CHECK CAROTID PULSE...COMPULSORY....ok



dan akhir nye penulis duduk tercungap-cungap(hiperbola)



disebabkan kuasa suria baja hitam yang terlalu tinggi...



naruto mana leh menang...ea lah ea tinggal dikampung kampung KONOHA...so ea mana de alatan canggih nak bertarung..hanya mengharapkan kuasa cakura...len la ngan suria baja hitam



complete ngan pistol canggih manggih,tali pinggang yang berkuasa....siap ngan pengangkutan lagi..motor yang leh terbang n segala mcm mak nenek ea ada..dis..dus..duss



in the end..penulis kena la repeat balik cpr tu.....



waktu tu mmg x rasa apa dlm bilik exam tu...tapi bila dah balik bilik...rasa.....%%$&#*#>$$#!#&)&^ [itu bukan mencarut ye..itu suatu bahasa yang penulis sendiri x tau nak terjemah]



bila pikir balik sedih pon ada....mcm x layak pon ada...mcm nak berhenti pon ada....mcm...apa lagi....rasa down giler sangat....



hurgh................!!!!!!!!!!!!!!!!!



tapi kalu ikut positif nye...kita akan belajar melalui kesilapan...



bukan senang nak dapat pengalaman "kena ambush" mcm nie...



tu la sekarang penulis asyik pujuk hati je...ayat"belajar dari kesilapan"



senantiasa bermain2 dlm otak penulis sekarang...(pujuk hati yang kechiwa)



takpa



next exam da lagi



so finis coronut opus



ok!!! n also try to "asimilasi"
















ps-suria baja hitam a.k.a:examiner


naruto(my fav anime) a.k.a :penulis




dan pada sesiapa yang tidak paham pada entry kali nie






amat dikesali






tima kasih

Wednesday, January 28, 2009

episode 15 : pot paling besh!!!...yeke

ayat dianyam oleh yana yahya at 8:21 PM 0 nak jugak..!!
anda kenal nie apa..
of course la
anda tahu itu apa
apa itu??
itu gambo apa
warna biru tu...
ades tu la buaian
bukan buaian bawang merah tau
tapi buaian bawang biru
gelak sikit ( hahahahahahahahahaahahahahahahahhahah...over seh)
nie buaiankeramat...
buaian nie walaupun nampak bese2....[mmg bese pon]
buaian nie pon dapat free sebab renovate umah
gambo nie diambil waktu penulis balik umah ari tu
raya kong chi fat coi
xde apa nak bowat waktu cuti aritu
then tangkap la a few gambo dlm umah tu
then penulis cdng nak masukkan gambo nie dlm blog
maybe de org kan ckap"pa kelas buaian nie nak letak dlm entry"
tapi sangat la de sentimentel value
kat sini lah waktu sokola dulu penulis study
siap bawak bantal...baring lagi atas tu
ngan meja tulis kecik dok depan
[kalu tgk kat gambo meja tu dok sebelah ngan buaian tu]
lagi2 waktu pmr n spm..tmpat nie bnyak penulis abiskan masa
nak menghafal itu ini...sinilah..
study sampai penin kepala...bila penin ..penulis blah la cari pot lain...
x pon tido nak hilangkan penin
teringat kalu waktu spm n pmr ptg2 mesti hujan..
bila studywaktu petang je...then hujan turun..waktu tu rasa nyaman sangat
kat sini lah tenang fikiran
kalu serabut je kepala...penulis akan naik buaian nie..buai laju sampai lah penulis rasa penat dah...samapi penulis rasa pening dah n sampai la penulis rasa benda yang serabut tu xde dah dlm kepala barulah penulis berenti
kadangkala penulis leh tertido atas tu
tapi bukan selalu...berbirat jugak badan kalu selalu sangat tido atas tu
dah la keras...
kalu waktu tu penulis rasa sedey/down sinilah penulis akan cari...
nie lah tmpatnya
buaian nie mudah sangat bowat org penin kalu lama sangat naik[sambil berbuai]
sebab tu gak tidak menjadi kegemaran segelintir penghuni umah..
itulah cerita serba sedikit carca merba pasai buaian

Tuesday, January 27, 2009

episode 14 :blurrrrrr

ayat dianyam oleh yana yahya at 1:26 PM 0 nak jugak..!!
ola readers
hari nie penulis xde mood nak citer somtin dlm blog nie
entah la sebab apa..
tggu la penulis balik dr kg..maybe de idea tuk menulis apa2 yg patot...
skunk nie penulis ngah blur...
actually banyak perkara yang nak disharekan..
but..it's seems hard for me to do that.....
and it is happened frequently everytime i'm sit in front of this laptop...
to share my opinions...knowledge....stories....
in the end....i donno how to start
i'm speechless n blurring right now....
then.......i got the answer
it is ...F.U.L.L.S.T.O.P for this entry...
hahaha
see you then..

Saturday, January 24, 2009

episode 13:bersalahnya diriku

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:30 AM 0 nak jugak..!!
selamat malam semua
sekali lagi malam nie penulis rasa bersalah
bersalah penulis ,sendiri saja yang tahu...
dan semua tu salah penulis...
penulis bersalah....salah pada diri penulis sendiri...
akhirnya akan memakan diri...
x mau benda tu terjadi tuk kali kedua..ketiga..n seterusnya
x mahuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea