Sunday, June 20, 2010

selamat hari bapa...abahku

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:53 PM 0 nak jugak..!!

Beliau seorang yang xkenal erti lelah.
pergi keje berbekalkan air masak dan sebungkus mee/nasi lemak..
kerjanya berat...mengangkut menda berat.
sepanjang beliau bekerja beliau xpernah merungut.
xpernah dgr.."xmau gi kerja"...'malaslah..letihl
ah"..
.aku x pernah dgr...
buat kerja sebaik mungkin...
pakar dalam elektrik dan elektronic(kalau masuk U,mmg sah dpt 4 flat)..
kecenderungan bertukang..bagi je apa sahaja kayu...

maka terbentuklah kerusi,meja,beranda mini..
.malahan xbenda yang rosak x boleh dibaikinya....semuanya berfungsi kembali....
baru-baru nie TVjenama singer zaman tuk kaduk..berjaya dibaikinya..
kipas yang dah dikatakan uzur x leh guna...tup2..dah digunakan kembali
selain itu keistimewaan beliau adalah
beliau teror dalam bab-bab loyar buruk..
disuruh tutup tingkap...dicarinnya kain nak tutup
disuruhnya bukak suis kipas..ditanya kita pulak.."mana screwdiver..meh nak bukak"...
aku kadangkala x larat nak melayan..
beliau sngt suka rancangan tv berbentuk ilmiah..
bagilah rancangan temubual yang melibatkan pemimpin,pembangkang..mala
han suara siswa...
beliau layannnnnnnnnnn......
banyak lagi keistimewaan beliau..

tp kerana terlalu banyak,...sampai xmampu digambarkan dgn kata2


itulah abah aku


en.yahya bin abdullah


abah selamat hari bapa..
sayang abah..

Friday, June 18, 2010

remaja dulu VS remaja kini

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:35 PM 2 nak jugak..!!
Remaja dahulu...

Abbas: Assalamualaikum!
Umair: Waalaikumussalam!
Abbas: Anta tengah buat ape tu?
Umair: Oh, ana tengah cube nak fahamkan satu ayat dari surah As Soff ni... Anta tahu tak sape2 yang lebih a'rif tentang ni...
Abbas: Ha!! Ape kate anta tanye Ustaz Hassan...

Remaja Kini...

Titt..titt..titt..
Amir: Wei.. Pick!! Ko tengah buat ape tu??!!
Syafiq: Haha... Ko ni buat tak tahu plak...
Amir: Tengah layan awek la tu...
Syafiq: Ha!! kau memang kawan sejati aku...
Amir: Wei... Pick!! Takkan kau seorang je ade awek... aku nak gak!! Tak 'cool' la muka 'handsome' tapi takde awek...
Syafiq: Ha.. takpe-takpe... Nanti aku suruh awek aku carikan untuk kau...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

Ammar: Assalamualaikum.. Tuan!! Saya nak daftar untuk sertai peperangan yang akan datang..
Tuan Khalid: Waalaikumsalam! Berapa umur anta??
Ammar: 15 tahun..
Tuan Khalid: Ana minta maaf sangat sebab anta masih belum cukup umur untuk sertai peperangan...
Ammar: Ala... Tolonglah Tuan... Ana merayu!!
Tuan Khalid: Maaf la dik... Ana tidak boleh terima anta...
[di tebing sungai]
Ammar: ......
Hussein: Salam, Ammar! Kenapa anta menangis ni??
Ammar: Ana tidak diterima untuk sertai perperangan...
Hussein: Takpe... Anta bersabarlah... Ana yakin sampai masanya nanti anta akan diterima, InsyaAllah....

Remaja Kini...

Arif: [menyanyi]
Juri: Maaf Arif anda tersingkir...
[di rumah]
Bang!!
Arif:.......
Akil: Ee... Apahal mengamuk tiba-tiba ni??
Arif:........
Akil: Ooo.. Kau tersingkir dalam uji bakat AF9 ye?!!
Arif:.......
Akil: Ala.. Takpe, tahun ni bukan rezeki kau, tahun depan cube la lagi...

--------------------------------------------------------------------------------

Remaja Dahulu...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!...
Ibrahim: Eh dah azan la!! Jom, cepat..nanti lambat... Kene masbuk pulak..
Hamzah: Eh ha'ah la... Kejap-kejap, tunggu ana...

[Sebelum Subuh]
Hafiz: Ahnaf! Bangun! Anta nak qiam tak??
Ahnaf: MUAAH!(menguap).. Sekarang pukul barape??
Hafiz: Pukul 5..
Ahnaf: Ha?!! Kan ana suruh kejut pukul 4, nape anta tak kejut ana..
Hafiz: Maafla Ahnaf... Ana pun baru je bangun ni.. Takpe, masih ade mase lagi..
Ahnaf: okey... .

Remaja Kini...

[Maghrib]
Allahuakbar!! Allahuakbar!!
Alif: Eh dah azan la... Takpe la sikit je lagi cerita ni nak habis..
Ayah: Alif, ko nak ikut pergi surau tak??
Alif: Err... Kejap lagi la, ayah pergi la dulu...
Ayah: Hai engko ni... Takkan tiap-tiap hari nak masbuk, asyik dengan cerita kat TV tu..
Alif: Ye laa..

[Subuh]
Zzzzzzzzzz......
Mak Mah: akim!! Bangun!! Ko da solat subuh ke belum??
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ngantuknye!! Ala,mak baru pukul 6.. Subuh habis pukul 6.59..
Mak Mah: Pukul 6 ape bendenye?!!! Sekarang dah pukul 7.30 la.. Bangun!!!!
Hakim: MUAAH!!(menguap).. Ye laa...

--------------------------------------------------------------------------------


Remaja Kini...


Remaja...
Dimanakah mereka??
Dimanakah mereka ketika ini??
Yang dimana pada suatu hari nanti,
Kan mentadbir dunia ini,
Suatu hari nanti...

Remaja kita,
Telah ditipu dunia yang fana,
Lalai dan leka,
Dari mengingatiNya...

Hancurlah dunia!!
Hancurlah Islam!!
Jika dirimu sebegini rupa,
Remaja Islam kini,
Hubbu dunia bermaharajalela,
Hubbu akhirat kau palingkan,
Dihanyut ombak penipuan,
Oleh manusia bertopengkan syaitan...

Duhai remaja...
Bangunlah,
Bangunlah remaja,
Dari tidurmu yang lagha,
Ayuh bangunlah,
Ayuh kembalilah,
Ke pangkal jalanNya,
Ayuh!!
Lahirkanlah generasi dahulu..

Insaflah!!
Ayuh bangkitlah!!
Engkau harapan dunia,
Tegakkanlah sinar harapan..

AYUH!!

Bangkitlah remaja harapan dunia,
Buktikanlah keluhuranmu,
Buktikanlah,
Generasi dahulu,
Telah kembali,
Bebaskanlah dirimu,
Dari kejahilan yang membelenggu,
Ayuhlah remaja!!
Kita berjihad di medan ujian,
Sanjunglah panji-panji keimanan,
Kerana disana menanti syurga idaman,
Duhai Remaja Harapan.

f.r.i.e.n.d.s.h.i.p a.n.d .l.o.v.e

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:34 AM 0 nak jugak..!!

aku kenal kau
kau kenal aku
kau tinggi
aku rendah.
dulu kau kata "nape suka tgk aku"
aku kata"mana de aku tgk kau..aku tgk kawan kau yg hencem tu..jgn perasan"
sesungguhnya aku cakap betul
kita jadi kawan lepas tu
tak lebey dari kawan
aku hanya anggap kau sebagai kawan
selepas setahun kau minta aku jadi lebey dari kawan
aku kata"bt lawak ek??"
aku tak mau...
kita tetap berhubung
kau di kutub selatan
aku dikutub utara
perhubungan jarak jauh x akan menjadi..
dan aku x percaya perhubungan mcm ini

kau x marah aku menolak
malahan kita tetap kawan'
tahun kedua di uni,kau minta perkara yang sama
aku hanya gelak
ada suatu hari kau tepon citer pasal probs kau..
seyes..itu lah conversation thru phone yg paling lama penah aku buat
sampai panas telinga aku
tapi..
apa gunanya kawan
menjadi pendengar yang setia..


selepas tiga tahun kau menunggu
aku rase kau penat menunggu
aku perasan kau sudah
kurang msg..
kurang bertanya khabar

rupe-rupenya.kau dah berpunya
sebab tu kau diam
nape x bagi tahu aku
sampai aku tahu dalam laman sesawang tu..
kalu tanya aku
adakah aku terkilan..
mungkin ye..

dan sekarang
aku lihat kau sangat bahagia..
sangat bahagia
aku pun tumpang bahagia
lepas nie akan ade telinga yang sanggup jd pendengar untuk kau
bukan aku
tapi dia.

lastly:semoga berbahagia

remember,you still my friend and always be like that



l

Monday, June 14, 2010

jumpa balik

ayat dianyam oleh yana yahya at 9:06 AM 0 nak jugak..!!
perhatian

aku sangat bahagia sekarang+ gembira

sebab

aku jumpa balik kawan sekolah rendah aku dlm FB


PLUS

aku jumpa balik kawan lama sekolah sri tebrau

PLUS

aku jumpa balik orang yang betul2 aku nak jumpa

terima kasih ya allah

terima kaseh juga tuk FB

Tuesday, June 8, 2010

umah-makan rambutan-lata bayu-pantai bersih....dalam satu hari je

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:29 PM 6 nak jugak..!!
aku menulis ari nie dalam keadaan aku yang xberapa nak sihat
uhuk...uhukk...kong!!..uhuk...
batuk x abis start dari ari jumaat ri tu
tetapi memandangkan blog aku lama x update
aku gagahkan jua...demi mu

(abaikan gambo diatas,..bila x sihat,mental pon ikut sekali)

kita orang gi ari ahad ari tu
since paksu aku anta msg ajak gi mandi manda kat lata bayu
apa lagi....semua SETUJU!!!


Menda kat nie mesti aku bawak kemana sahaja aku gi...
xdia..hidup aku bosan dow!!
lagu tema:kump korea :ft island
dari mula gerak sampai balik asyik lagu yg sama


yeah kita org dah sampai
tapi baru kat umah paklong aku dulu
since dia kata sekarang musim buah rambutan..
kita org pon join la sekaki


seyes buah dia sangat merimbun
leh ambik bila2 masa
since aku punya batuk x baik2 lagi
aku x lah pulun sangat makan buah tu..


korg leh tgk la..nie lah kenduri buah rambutan
semua join sekaki
mak long kait..jgn x kait
keje aku waktu nie bukan buat ape pon
sikit2 amik gambo..
x de usaha pon nak tolong kait ke..kutip buah ke
since aku merasakan maklong aku teror bab2 mengait buah..kita serahkan pada yang pakar

lepas puas dah kenduri rambutan
kita org pon bergeraklah ke tempat yg dijanjikan



LATA BAYU

yeah akhirnya sampai gak
alhamdulillah
waktu sampai tgk ramai giler org nak cari pot tuk letak barang pon susah

geng bus sekolah ngah mencari pot terbaek ponya


aik cepat betul family aku masuk dalam air dah
tup2 kat situ
aku x join sebab aku x sihat
huk..huk..huk
tengok dari tepi je la..

kepadatan penduduk di lata bayu


since aku x mandi.so aku juz jalan2 kawasan sekitar
pergh!!naik tangga gi tingkat atas air terjun pon dah memenatkan
baru separuh jek aku dah tercungap2
tapi tetiba ade marka lalu..
muka yg tercungap2 terus jadi ayu tahap gaban
hahahaha
kontrol....kontrol...


selepas berada di sana lebey kurang 3 jam
then gerak gi pantai bersih lak..


abaikan gambo diatas..
mak aku dah panggil aku wartawan dah
asyik2 dok amik gambo je.


since x dapat mandi
men bola pantai pon ok gak la..

pantai bersih,butterworth


akhirnya kul 9.30 sampailah umah
penat2 walaupun x mandi...

Friday, June 4, 2010

i love them so much...

ayat dianyam oleh yana yahya at 1:41 PM 0 nak jugak..!!

nie adelah koleksi buku yang aku beli cendirik ,guna duit cenderik
nie ade lah sebahagian yang ade kat umah..lagi separuh de kat hostel
kalu kira2 tu
ade lebey kurang 15 buku




1.zikir 99:beli time pose,kat masjid jamek ke masjid india..*aku still konpius dua tmpt nie*

2.ECG made easy:beli kat kedai kamal tuk tujuan ilmiah

3.agenda yahudi menakluk dunia:beli waktu time pesta buku 2010...*aku suka betul buku nie*

4.jalan pintas ke arah pelajar cemerlang:tahun bila ntah beli,tp beli kat popular central square sp

5.130 tanda hari kiamat:sumber beli tidak dikenalpasti

6.aku terima nikahnya:pesta buku pwtc 2010...*like*

7.nie tajuk aku lupa..tapi pasal belajar bahasa inggeris..beli waktu darjah 5*sampai skrg ade...*

8.komik under age..karya zint:times squre*beli sebab bosan giler waktu tu...*

9.clinical surgery:beli tuk tujuan ilmiah jugak..kat kedai pak kamal


nie lak novel yang aku sempat beli
aku bukanlah penggemar novel
tapi kalu novel dah ada kat tangan..aku layan jek..

10.ayat-ayat cinta: pesta buku 2008 *aku baca dah dekat 6 kali dah buku nie*

11.rahsia mimpi:popular central square..cerita dia boleh tahan la..*baca sekali je pon*

12.emily zulaikha:POPULAR,central square*seyes citer agak mendatar,bg aku la..tp kalu org lain x tau la*


buku di atas adalah buku yang paling-paling-paling aku sayang nak mampos.
aku sanggup tunggu nak beli
walaupun harga mahal x pa
aku x kisah..
janji aku ada

nie lah dia buku harry potter versi melayu
opsss sori lah..english aku x power
first time aku minat bila form 4 kot
waktu aku ngah cari buku ape ntah kat library sekolah
suddenly,tangan aku terpegang-terpinjam-terbaca
nie yang kita katakan
"buku cari tuan"
lepas tu terus aku jatuh chenta sama dia

1.harry potter dan kumpulan phoenix *buku nie adalah ,menda pertama aku beli lepas dapat gaji pertama*

2.harry potter dan putera berdarah kacukan*beli guna duet ptptn..first ptptn*

3.harry potter dan azimat maut*nie guna duet ptptn yg keberapa sem ntah lupa dow*

buku-buku diatas adalah buku yang paling aku sayang dan susah nak bagi org pinjam..
sorry..tp aku nie cukop riso orgnya..
prihatin katakan
hehehe



nie buku aku suka sebab
leh bawa kemana sahaja
penah aku isi beg yang kosong ngan buku nie pergi sogo
semata-mata tuk jadi pemberat beg..
so bila aku bawak kuar buku nie..x de la obvious sngt aku ngah belajar org potih
tapi bila org tanya tu buku ape..
aku cakap
nie buku org potih
lepas tu dia terus x tanya..
agak2nya dia org paham kot
lagi satu buku nie mcm stylo sikit
ntah kenapa aku rase begitu
maybe sebab cover dia kot
macam mana aku buat???
macam nie
.
.
.
aku balut cendirik cover dia guna kertas majalah remaja
waktu tu aku minat citer grey anatomy..
so aku letak la main cover dia gambo geng2 grey
aku tampal sana..aku tampal sini
aku letak sajak
yang aku rasa sesuai ngan jiwa aku
bila baca mcm semangat jek
so bila semangat..maka bersemangatlah nak baca buku org putih tu
nie lah buku english:improve your english: yang aku beli waktu darjah 5
sampai sekarang aku guna
nak improve bahasa org potih katakan


ciri-ciri buku cari tuan
seperti diatas..



nak tunjuk lama x lama aku beli buku harry potter tu
korg leh tgk la..
semacam fungus or kulat yang tumbuh kat tepi buku..
ari tu bila balik uni,aku tgk dh jadi mcm tu..
harap jangan relai sudah...




insyallah koleksi nie takkan berhenti tapi akan bertambah

aku selalu bayangkan
nanti umah aku cendirik
ada library mini..
dengan hiasan yang simple tp nice..
penataan lampu yang x terang sangat
sesuai ngan pembacaan
lepas tu,ade kerusi empuk..yang boleh membuatkan aku baca sambil baring
lepas tu ade rak2 buku warna kuning langsat..tempat aku mengisi buku aku..

wah bestnyer..impian aku









nota jari:kalu korg nak beli present tuk aku..x yah susah2 beli buku je
gerenti aku trima ngan gembira

Wednesday, June 2, 2010

brown eyed girl--from korea

ayat dianyam oleh yana yahya at 5:53 PM 2 nak jugak..!!

x pasti lah korang kenal ea org ke tak
tapi yang pasti aku cukup kenal ngan mereka
kalu nak kata nie grup wanita latest di korea x lah sangat
sebabnya,ea org dah start tubuhkan grup nie since 2006 lagi
tapi ape yang pasti tuk album ketiga
yang bertajuk
sound G
Dengan mempertaruhkan single
abracadabra
lagu nie
memang sangat menggilakan
seyes,aku sangat addicted dengan lagu nie
nak siap gi 'keje', pasang lagu nie
nak kemas rumah pon,pasang gak lagu nie
even dalam mp3 aku pon
lagu nie menjadi my first priority

aku nak upload video
tapi kalu korang bukak youtube
leh la jumpa
tapi
AWAS!!!
jikalau anda ingin menonton video nie
pastikan kanak2 tidak berada di sekeliling anda okey!!
hehehe
nie aku ade jugak letak link tuk lagu nie
abracadabra *klik je link sebelah*
seyes kalu korang dengat mungkin
akan mendengarnya tuk kali kedua....
*
*
*
*
*
*
*
*
selamat mendengar

Tuesday, June 1, 2010

wa nak sembang sikit

ayat dianyam oleh yana yahya at 6:42 PM 0 nak jugak..!!
tadi wa de masuk facebook wa..
wa tgk la ape yang member2 wa anta kat wa
wa tgk gambo2 member2 wa,yg dia org up load
lepas tu wa tgk la status member2 wa..

tapi wa pelik la..
bukan semua,tapi de segelintir la dah mula menukarkan
gambor profile mereka kepada bendera palestin..
wa tau ,wa xde hak nak komplin pasal dia org ponya profile wat so ever
malahan ade jugak yang mula masuk grup2 yang berkaitan palestin
tapi hati terdetik..tertanya...
apekah motif mereka menukarkan gambor tersebut
wa tau semalam pasal berita
cerita pasal tentera israel serang kapal bantuan untuk palestin
dan ramai yg cedera...tak juga yang meninggal dunia
al-fatihah kepada mereka
persoalannya,adakah mereka menukar gambo profile semata-mata peristiwa yang berlaku
semata-mata mahu menunjukkan satu bentuk sokongan
wa rasa baguslah kalu ia menunjukkan satu bentuk sokongan
tapi cuba kalau kita flash back kembali

sekiranya,serangan itu tidak berlaku
sekiranya,serangan itu tidak masuk berita
sekiranya serangan itu tidak melibatkan rakyat malaysia sendiri
adakah golongan2 facebooker akan mengingatinya?????
wa rase xde sape yang akan ingat
kalu yang ade ingat tu alhamdulillah..
tapi kalu yang baru teringat....macam mana pulak??
sekali tahun baru nak ingat
tapi wa x tau la
kalu tiap2 hari dia org berdoa kesejahteraan palestin
kita jangan prasangak buruk
mak wa cakap x bek


sebab ape wa cakap macam nie
menda2 ini ibarat macam tahi-tahi ayam
sekejap je dia orang ingat
tapi bila isu nie reda
wa gerentinya ponya ,x kan ade lah yang akan meletakkan bendera tu la
x kan adelah yang akan masuk grup2 tersebut
ibarat mereka lupa..
tapi bila isu nie timbul...
menda nie akan akan bermula semula
ibarat macam musim
bila musim sejuk mulalah
beli baju tebal2...warna pulak yang 'dull'
bila musim panas
mulalah beli baju yang shot2 x cukup kain
{bayangkan situasi ini di luar negara}
macam tu la metaphor yang wa cuba sampaikan

lagi satu..tadi wa de tgk berita tengahari kat tv3
cerita pasal sekumpulan hamba allah nie buat memorandom,lebih korg mogok depan wisma nato,malah de jugak yang dok bakar2 bendera israel kalu x salah wa
waktu wa tgk wa geleng kepala
wa x faham la...
kalu buat mogok..boleh halau ka israel dr palestin
kalu berkumpul depan wisma nato/pbb pon,agak2nya...bang ki moon setiausaha pbb
tau ka yang kita dok buat bantahan
lagi mengharukan,bakar bendera tu
kalu ikut lu ponya pikiran,agak2
tentera israel tau ka??
agak2lah,kalu buat mcm tu tentera2 akan kuar ke dr tanah palestin
wa xpikir dengan buat macam tu
menda2 atau permasalahan dunia mcm nie
akan selesai..x akan ponya
even kalu menda nie dibawa ke pihak atasan pon
akan dipandang sepi
percayalah
kalu lu tgk sebelum nie pon,
setiap tindakan yang ingin dibuat keatas tentera israel
mesti ade satu dalan konspirasi yg siap sedia mencantas
ape jua tindakan ke atas mereka
mereka kata kuasa besar didalangi oleh org yahudi sendiri


jangan kata wa sokong israel
DEMI ALLAH,sedetik dalam ati wa
wa x penah sokong perbuatan mereka

cuma wa haraplah
jangan putus berdoa
cuma itulah senjata sejati org mukmin


Friday, May 28, 2010

menantu ke antoooo

ayat dianyam oleh yana yahya at 4:04 PM 0 nak jugak..!!
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas
semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka
, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

Super Junior’s new song BONAMANA is out!

ayat dianyam oleh yana yahya at 12:51 PM 0 nak jugak..!!



at-10-tion---- at-10-tion
for all ladies out there

lagu terbaru dari super duper grup bes ever from korea
which is

SUPER JUNIOR


officially released on 13 th may 2010.

TAJUK LAGU :BONAMANA

yang bermaksud: beauty-pretty-canteek
of coz la lagu lagu dia org semestinya berkaitan ngan pompuan
x kan la laki kot
x sesuai...


sepatutnya ada 13 org member
TETAPI
untuk kali ini hanya ada 10 orang sahaja
yang x de ialah

kibum: cibuk berlakon xabes- abes
kangin: continue military services
hangeng: kena gantung sementara sebab kes saman ari tu la


seyes beb!!! lagu nie sangat F.U.N.K.Y


sedap didengar




nota jari: selamat mendengar
 

LePaK LePaK ChILL Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea